
22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.
22 Tahun Hidup Bersama, Rumah Tangga Edika Yusof Dilanda Badai
Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim, selepas menghadiri sebutan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
“Prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) hadir ke mahkamah, namun kami telah menerima surat makluman ketidakhadiran yang dipercayai disebabkan urusan kerja atau hal lain,” ujar beliau kepada Kosmo! Online.
Menurut Mohd. Yazid lagi, mahkamah telah menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi kes tersebut.
Apabila ditanya mengenai sebab di sebalik permohonan perceraian itu, beliau enggan mendedahkan secara terperinci atas alasan subjudis, namun mengesahkan wujudnya konflik dalaman sebagai punca utama.
“SECARA UMUM, PERCERAIAN INI BERPUNCA DARIPADA MASALAH KETIDAKSEFAHAMAN ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN. PERINCIAN LANJUT MUNGKIN AKAN DIDEDAHKAN PADA SESI MAHKAMAH YANG AKAN DATANG, BERGANTUNG KEPADA ARAHAN HAKIM,” KATANYA.
Nor Hidayah pula memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung keputusannya membawa hal ini ke mahkamah.
“Semua orang tahu situasi saya. Kalau saya sudah berada di tahap ini, tentu ada sebab yang sangat kukuh. Itu sahaja yang saya boleh katakan,” ujarnya.
Beliau turut menyerahkan kepada pihak suami untuk memberikan penjelasan lanjut dan menyatakan tidak mahu sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihaknya buat masa ini.
Hidayah turut mengakui bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung, namun enggan mendedahkan sejak bila keadaan itu berlaku.
Untuk makluman, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga selama hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.
Sebelum ini, kisah Edika yang cekal menjaga isterinya yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah mendapat pujian dan simpati ramai.
Sumber: Kosmo online
Kredit foto: Instagram Edika Yusof
Baca artikel lain juga: Rumah Tangga Berakhir, Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa Diteruskan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI