Besarnya pengorbanan seorang ayah mencari rezeki untuk anak-anak namun jangan menidakkan tanggungjawab yang digalas seorang ibu buat anak-anaknya. Isteri dan ibu kepada anak-anak kita sebenarnya bekerja lebih lama dari kita, tanpa henti. Bangun seawal pagi untuk menguruskan anak-anak dan tidur lewat untuk memastikan semua urusan anak-anak dan rumah tangga selesai. 24 jam!

Kata-kata Dr Ezairy M Sallih ini memang benar, jadi para suami kenalah belajar untuk sentiasa fahami hati isteri kita. Insyaallah rumah tangga akan aman bahagia. Gaduh-gaduh sikit tu biasa.

24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak, Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai!

Ramai kan antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.

24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak, Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai!

Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.

Ads

Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.

Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.

Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.

Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.

Ads

24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak, Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai!

Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.

Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.

Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.

Ads

24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak, Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai!

Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.

Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.

Hargailah pasangan anda.

Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini.

Isteri untuk dihargai…

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI