PKP yang semakin berpanjangan ini mula menampakkan kebosanan pada anak-anak kita yang terperangkap lama di rumah. Jangan biarkan anak tepu sebaliknya buatlah aktiviti anak di rumah.
Anak yang aktif, bermain 24 tanpa henti memerlukan sesuatu untuk menyalurkan tenaganya dengan baik. Jadi mak ayah bantulah anak beraktiviti di rumah. Ini tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh Pn Ayesha Sairi.
Anak bergerak tanpa henti?
Memandangkan esok kita akan bercuti hujung minggu, saya hendak berkongsi mengenai kisah anak yang suka bergerak, berlari sana sini.
Ada ibubapa datang bercerita kepada saya. Mereka mengatakan anak mereka di rumah tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. Apabila dipanggil untuk duduk, anak tidak boleh duduk lama. Sekejap sahaja dan dia akan bangun semula.
Ibubapa bertanya apa yang mereka boleh buat supaya anak boleh duduk lebih lama. Saya bertanya kembali, kenapa hendak anak duduk lama? Sekiranya dia hendak bermain, tidak semestinya perlu dalam posisi duduk.
Ibubapa menjawab, dia tidak mahu duduk diam. Kami letih tengok dia sentiasa bergerak.
Ada ke ibubapa yang lain menghadapi masalah yang sama? Masalah ‘letih melihat anak bergerak tanpa henti’.
Ibubapa yang mulia, Anak bergerak maksudnya dia tubuh badannya sihat secara fizikal. Mari bersyukur tentang itu.
Ads
Anak bergerak tanpa henti mungkin membawa maksud: 1. Tenaga yang sedia ada tidak dapat disalurkan ke tempat yang sesuai. Anak sedang mencari cara yang boleh dia keluarkan tenaganya.
2. Input sensori yang diterima anak tidak mencukupi bagi membolehkan anak bertenang dan mengawal dirinya. Contoh mudah, seperti orang yang sukakan kopi, selagi tidak dapat kopi pada hari itu, hidup tidak tenang dan berasa gelisah.
3. Tidak ada aktiviti yang menarik perhatian anak dan bermakna untuknya. Oleh itu, anak cuba mencipta aktiviti sendiri.
Sekiranya ibubapa sedar, ketiga-tiga kemungkinan ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya ibubapa menyediakan aktiviti yang sesuai dengan anak.
Namun, ia memerlukan penglibatan ibubapa secara aktif, bukan pasif. Maksudnya, ibubapa kena rancang dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan hanya biarkan anak selepas berikan arahan.
Ads
Contoh aktiviti yang ibubapa boleh lakukan di rumah:
✅Lakukan kemahiran motor kasar di dalam rumah seperti merangkak, berguling, melompat, berlari dan sebagainya. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan ruang rumah kerana kita masih perlu melawan Covid.
✅Boleh buat aktiviti ini ala-ala sukaneka di dalam rumah.
⭐️Melompat setempat 5 kali, merangkak menujuk ke meja, gunting mengikut garisan.
⭐️Berguling ke depan ke belakang 5 kali, lompat atas trampolin, baling bola masuk bakul.
⭐️Merangkak pusing sekeliling meja makan, panjat kerusi makan dan lompat ke bawah, duduk dan susun blok mengikut huruf.
Ads
✅Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan kemahiran anak. Sekiranya adik beradik yang lain turut serta, boleh ubahsuai aktiviti tersebut.
Aktiviti ini dapat memberikan anak tempat untuk melepaskan tenaganya. Selain itu, input sensori seperti proprioseptif (daya otot dan sendi), vestibular (keseimbangan badan) turut dapat diterima oleh anak.
Aktiviti itu akan jadi bermakna apabila ibubapa turut serta, adik beradik yang lain turut serta. The more, the merrier bak kata orang putih.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pernah tak terfikir kenapa ruangan dalam rumah atau bilik seakan-akan ada bau yang tidak menyenangkan? Seperti bau busuk dan hapak. Sedangkan rumah selalu kemas dan dibersihkan habuk. Ibarat kata yang mudah rumah masih tiada harum aroma yang best.
Sebenarnya, walaupun kita mengemas rumah setiap hari kita hanyalah membuang habuk dan kotorannya saja. Sedangkan bau hapak itu tetap ada.
Bagaimana nak pastikan keadaan dalam rumah sentiasa segar dengan haruman yang wangi, boleh cuba cara ini. Selamat untuk yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang alah dengan bau pewangi terlalu kuat.
Hanya menggunakan daun pandan yang dihiris halus, rumah anda pasti bau wangi semerbak. Ini cara yang dikongsikan oleh Puan Wani Rashid.
Pewangi semulajadi. Natural Fragrance.
Racik racik daun pandan, masukkan dalam kain berjaring dan bunjutkan dia macam rempah sup bunjut. Pastu letak la kat mana-mana tempat yang sesuai.
Bau bilik hapak pun boleh hilang. Masuk bilik semerbak bau pandan. Lagi lagi yang pasang aircond. Sedap baunyaaaa. Dah macam bilik pengantin.
Explain sesiap kat suami tu daun pandan. Bukan bunjut sihir. Jangan suami ingat korang nak sihir dia sudah. 😆
Kita letak la peraturan elok mana pun. Mesti anak-anak nak langgar. Tak kisah la beratus kali kita pesan jangan. Siap ‘warning’ dengan muka bengis. Peduli apa diorang.
Sabar ya mak ayah.
Anak-anak ni tak sengaja pun nak jadi degil. Mereka cuma makhluk Allah yang belum fully-develop otaknya.
Especially yang umur 4-5 tahun ni.
Pada fasa ni, Impulse Control mereka masih lemah. Kawalan diri mereka tak cukup kuat. Keinginannya untuk ‘explore’ mengatasi keupayaannya untuk mereka ikut peraturan.
Sebab tu, lagi kita larang, lagi dia rasa ‘tergoda’ nak buat.
Apa yang boleh dibuat jika anak tak nak dengar kata?
#1 – Pujuk Anak Untuk Bertenang
Sebagai ibubapa kita tetap perlu pujuk anak walau anak tak makan pujuk. Kerana itu, antara langkah yang pertama patut ibubapa cuba adalah dengan pujuk anak yang tak dengar cakap dengan baik dahulu.
Cakaplah dengan lembut, dukung dan pegang anak dengan penuh kasih sayang. Mudah mudahan hati anak akan menjadi lembut. Sebenarnya anak-anak sangat sukakan perhatian.
#2 – Alihkan Perhatian Anak Pada Perkara Yang Lain
Anda juga boleh cuba alihkan perhatian anak dengan aiskrim atau sebagainya kemudian bercakap dan bertanya dengan baik apakah punca dia tak dengar cakap, mengamuk dan merajuk supaya kita lebih memahami anak kita.
Bila anak sebut mainan sedangkan anda tidak mahu beli mainan tersebut untuknya, anda boleh alihkan perhatian anak dengan benda lain yang dia sukai. Anda juga boleh cuba bawa dia ke tempat lain dan ingat jangan gunakan handphone sebagai penyelesaian.
Memberi handphone untuk selesaikan masalah begini hanya akan membuatkan anak semakin rasa bagaikan raja. Sebagai ibubapa, kadang-kadang anda perlu bersikap lebih tegas dengan anak. Tidak salah gantikan handphone dengan membawanya ke kedai buku untuk beli buku-buku mewarna yang sangat murah dan sebagainya.
#3 – Buat Perjanjian Dengan Anak Secara Berhemah
Kalau dapat anak tak makan pujuk atau tak dengar cakap begini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi anak anda. Contoh, jika anak anda mengamuk tak tentu pasal maka anda boleh buat perjanjian dengan anak.
Penjanjian ini dengan memintanya untuk berkelakuan baik dan sebagai ganjaran anda akan berikan sesuatu. Berikan ganjaran yang dia suka dan tidak memudaratkan seperti bila malam akan bacakan dia buku, belikan buku baru, temankan dia main basikal di laman, bawa main di taman permainan dan lain-lain.
Tapi pastikan ganjaran itu bukan dalam bentuk wang ringgit. Bahaya jika beri ganjaran dalam bentuk wang ringgit untuk perkara sebegini takut nanti makin jadi biasa dengan hadiah berupa wang.
Jika beri wang untuk hari tertentu seperti dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya tidak mengapalah. Ajar anak terima wang selepas usaha adalah lebih baik untuk bina peribadi anak.
#4. Beri Kata-Kata Nasihat
Sebenarnya anak-anak tak dengar cakap ini ada cara untuk kita mendekati mereka. Jangan sesekali membebel pada anak, tapi nasihatlah dengan cara yang betul.
Pilih waktu yang sesuai, habiskan masa dengan mereka dan dengar masalah mereka dengan baik. Walau masih kecil mereka juga ada di lema.
Mereka takkan mengamuk tanpa sebab yang munasabah dan nasihatlah dengan baik bahawa perbuatannya itu adalah salah dan ibu ayah memarahi kerana kamu sayang bukan kerana benci.
#5. Gunakan Sedikit Ketegasan
Jika semua langkah sudah anda cuba tapi perangai anak tidak mahu mendengar kata ini masih juga tak berubah, ini bermakna anda perlu bersikap lebih tegas. Jangan ugut anak pula.
Anda mungkin boleh beri sedikit hukuman dengan memendekkan waktu untuknya. Atau beritahu yang barang-barang kesukaannya akan disorok jika masih berdegil. Biar dia rasa kecewa dan setelah semuanya okay jangan lupa untuk terangkan padanya sebab kenapa anda lakukan begitu.
#6. Berdoa Pada Allah SWT Supaya Hati Anak Menjadi Semakin Lembut
Disebalik pelbagai cara yang sudah anda cuba itu, jangan lupa untuk berbalik pada Allah SWT. Berdoalah untuk anak anda kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Berdoalah agar hati anak anda lembut dan mudah mendengar kata.
Doa Untuk Anak Dengar Kata
Surah As-Syuura Ayat 19: “Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Dan ingatlan tak ada yang mustahil bagi allah Anak-anak nih adalah amanah dari allah bila dapat anak tak makan pujuk anggaplah ianya ujian dari Allah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik.
Jangan terlampau stress atau tertekan anak-anak masih kecil sebagai ibu bapa kite perlu banyak bersabar insyallah semakin membesar anak-anak akan semakin mendengar kata.
Biasanya ibu-ibu akan melalui satu fasa iaitu kemas dan asingkan baju-baju anak yang dah tak muat. Jika ada anak lelaki atau perempuan berderet mungkin tiada masalah sebab adik-adik boleh pakai semula mana yang masih elok kan?
Cuma jika anak sulung lelaki, yang kedua perempuan dan nak tunggu untuk dapat anak seterusnya tu lambat lagi, baju pasti akan penuh almari. Tambah pula anak kecil cepat besar. Baru pakai sekejap dah tak muat.
Jadi penyelesaian dalam hal ini, ibu-ibu boleh dapatkan “vacuum seal bag” untuk nak jimatkan ruang dalam almari atau dalam tong simpanan pakaian. Lagi mudah sebab ia boleh mampat dan dilabelkan. Kalau nak sedekahkan baju tu pada orang pun nampak lebih elok.
Berikut perkongsian dari seorang ibu, Puan Faizah Ismail caranya kemas baju anak-anak dengan lebih fleksibel.
– Boleh guna vacuum biasa je. Pastu pijak-pijak sikit biar lagi mampat.
Saya nak share cara saya kemas dan simpan baju-baju baby yang dah tak muat. Baju dewasa pun boleh buat macam ni. Toto, comforter, pun boleh. Jimat ruang.
Nama bag ni “vacuum seal bag”. Saya beli kat Shopee, klik sini
Bagi ibu-ibu yang ingin dapatkan plastik macam ni, saya syorkan untuk simpan baju, beli size 40 x 50 .
Manakala untuk toto, comforter beli saiz 60x 80. Selesai kemas, declutter barang bilik tengah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang tengah cari cara minimize barang.
– Beg plastik ini juga boleh di dapati di Kedai ECO. Memang berbaloi jika nak beli.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.