Menyedari kepentingan simpanan pendidikan anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan program Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN yang berlangsung di Genting Skyworld Theme Park, Pahang pada 12 Julai 2025.
Team Simpan SSPN bergambar kenangan bersama Dr. Fie Tawfek dan kru Pa&Ma yang bertugas di Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Seramai 25 keluarga menyertai cabaran ini dan beraksi penuh semangat bagi menyelesaikan tugasan di lima checkpoint yang mencabar minda dan mengeratkan kerjasama seisi keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyampaikan mesej penting tentang kepentingan merancang masa depan anak-anak melalui tabiat menyimpan sejak awal usia.
Ucapan Aluan Dari Pn. Wan Zawiah & Perkongsian Penuh Inspirasi Dari Dr. Fie Tawfek
Program dimulakan dengan senaman bertenaga daripada GTP Dance Group, diikuti ucapan aluan daripada Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN yang berkongsi mesej penuh inspirasi buat semua ibu bapa.
Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN) memberi ucapan aluan kepada semua peserta terlibat
Turut hadir memeriahkan acara ialah Dr. Fie Tawfek dan keluarga, yang turut berkongsi pengalaman membuka akaun Simpan SSPN untuk ketiga-tiga anak mereka sebagai langkah awal menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Dr. Fie Tawfek turut berkongsi tentang kepentingan simpanan pendidikan demi masa depan anak-anak
Cabaran Bermula, Semua Peserta Penuh Semangat!
Peserta kemudian diberi taklimat cabaran oleh wakil Genting Skyworld, Mr. Raja, sebelum memulakan Simpan Challenge Hunt yang penuh warna-warni dan aksi. Paling menarik di checkpoint yang pertama, kesemua peserta diminta untuk membuat hiasan pada tabung Simpan SSPN bagi merebut gelaran anugerah khas Tabung Impian Tercantik.
Ads
Antara peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan membuat hiasan pada Tabung Impian
Tamat tugasan pertama, para peserta kemudiannya mengelilingi Genting Skyworld bagi memastikan mereka dapat menyelesaikan kesemua lima cabaran di checkpoint yang telah disediakan. Memang meriah sungguh!
Bersemangat para peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka
Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti akaun Simpan SSPN bernilai RM50, beg sekolah PTPTN, kotak istimewa Pa&Ma, hamper serta baucar penginapan di hotel.
Semua Peserta Hebat-Hebat, Tahniah Kepada Pemenang!
Ads
Terdapat empat kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Tabung Impian Tercantik dimenangi oleh keluarga Pn. Aimi Rahman manakala untuk kategori Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) berjaya dirangkul oleh keluarga Pn. Suryani Samsul.
Pemenang kategori khas Tabung Impian TercantikPemenang kategori khas Simpanan Terbanyak
Bagi kategori Family Paling Sporting pula telah dimenangi oleh keluarga Pn. NorHafizah Hamlan manakala keluarga Pn. Rodiah Abdul Mokti telah merangkul gelaran Pakaian Keluarga Tercantik.
Pemenang kategori khas Keluarga Paling ‘Sporting’Pemenang kategori khas Pakaian Keluarga Tercantik
3 Juara Utama, 7 Pemenang Saguhati. Semuanya Dapat Hadiah Akaun Simpan SSPN!
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM550 dalam bentuk akaun Simpan SSPN adalah keluarga Pn. Jufen Kamin manakala Naib Juara pula disandang oleh keluarga Pn. Nur Aini Amran menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Ads
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPNNaib Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga En. Muhamad Safiy Syazwan yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang Tempat Ketiga Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Tahniah juga diucapkan kepada keluarga En. Mohd Zulkifli, Pn. Aziyana, Pn. Nor Hafizah, Pn. Khadijah Ishak, Pn. Fatin Rimaton, Pn. Farhani, dan En. Nur Ikmal yang telah memenagi hadiah saguhati. Kesemua mereka telah memenangi RM100 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar diiringi Penolong Editor Pengurusan Family & Parenting, En. Shahir Rahim.
Banyak Belajar, Aktiviti Bonding Bersama Keluarga
Simpan Challenge Hunt kali ini ternyata berjaya mengukir senyuman di wajah para peserta, sambil memberi pendedahan bermakna tentang Simpan SSPN. Anak-anak kecil terutamanya berpeluang belajar tentang kepentingan menabung, manakala acara ini juga menjadi ruang ‘bonding time’ terbaik buat ibu bapa dan anak-anak sepanjang hari tersebut.
Terus nantikan lebih banyak aktiviti menarik anjuran Pa&Ma bersama Simpan SSPN. Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan sama-sama membina masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak kita!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini yang dikatakan rezeki! Macam tak percaya kan tapi hakikatnya betul. Tak dapat dibayangkan apabila kita yang dah berkahwin dan telah pun dikurniakan anak, dalam masa sama dapat pula adik yang seusia anak sendiri tetapi beza beberapa bulan saja.
Nampak macam lucu kan namun kisah ini telah dikongsikan oleh seorang wanita yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktoknya sehingga menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, pada mulanya dia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada April lalu. Difahamkan ini adalah anak keduanya dan anak sulung adalah perempuan.
Bulan Jun abah bagi adik lagi. Sekali terus kembar!
Bagaimanapun, selang dua bulan kemudian, abah pula hadiahkan adik kembar lelaki kepadanya sekeluarga. Ia benar-benar rezeki berganda, sekaligus, pak cik dan anak buah sebaya!
Situasi ini memang jarang-jarang sekali berlaku zaman sekarang. Kalau zaman mak ayah kita dulu memang ada je.
Video yang tular di aplikasi Tiktok itu telah meraih lebih 800 ribu tontonan setakat ini.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen tumpang gembira dan kagum dengan rezeki cahaya mata yang dianugerahkan kepada keluarga ini.
Malah ada antaranya berkongsi pengalaman membesar dengan anak buah dan pak cik,
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut bapa arwah, semua proses dipermudahkan sehingga proses pengebumian selesai.
ALHAMDULILLAH..
Arwah adik khaleel Islam bin mohamad ehafizuddin telah Selamat dikebumikan.. sesungguhnya sangat mudah perjalanan adik.♥️
Terima kasih semua yang terlibat Dan mendoakan wahai sahabatku yang mulia 🙂
Selamat tinggal adik. Jumpa abi Dan umi di syurga
Menurut laporan berita, arwah dikatakan terjatuh dari katil sehingga mengakibatkan tulang kepala retak.
Ketika itu arwah dijaga oleh pengasuh yang berusia 24 tahun, pengasuh terus menghubungi ibu bapa arwah dan memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Namun menurut ibu bapa arwah Khaleel, mereka reda dengan pemergian anak tercinta.
“Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari. Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..kami pasti akan rindu semua gelagat adik ☺️.. Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.”
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik buat untuk anak-anak mereka. Salah satunya dari aspek penjagaan kulit kerana sudah tentu ibu bapa mahukan keselesaan pada Si Manja. Tambahan di dalam keadaan pandemik seperti sekarang, ibu bapa perlu menggandakan usaha untuk melindungi kesihatan anak.
Tahukah anda, kulit bayi adalah tiga kali lebih sensitif berbanding dengan dewasa? Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan kulit yang mesra kulit bayi, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Jagalah Kulit Si Manja Sebaiknya!
Untuk memastikan kulit Si Manja berada dalam keadaan yang baik, jangan abaikan rutin penjagaannya. Ibu bapa harus peka dan mengamalkan penjagaan kulit secara berdisiplin supaya kulit anak sentiasa lembut dan dilindungi.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Memandikan anak
Anak-anak memang sukakan air! Mereka suka mandi dan sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak untuk kerap mandi tambahan dalam keadaan sekarang.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pilih sabun yang terbaik
Pastikan ibu bapa memilih jenama yang diyakini serta berkualiti. Mandi secara kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika pemilihan sabun tidak sesuai dengan kulit anak. Jangan beri anak menggunakan sabun mandi yang merengsakan.
Penggunaan losen
Selain produk mandian, ibu bapa juga boleh menggunakan losen untuk melindungi kulit Si Manja. Ia memastikan kulit anak sentiasa dalam keadaan yang lembap dan dilindungi.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pemilihan rangkaian produk terbaik
Untuk menjaga kesihatan kulit anak, ibu bapa perlu bijak membuat pilihan yang tepat. Pastikan anda memilih rangkaian produk yang mempunyai kualiti terbaik dan bahan kandungan yang selamat untuk digunakan pada kulit anak anda.
Jangan Risau, Cetaphil Baby Pilihan Yang Tepat!
Jika masih lagi tercari-cari produk yang bagus untuk kulit anak, Cetaphil Baby adalah jawapannya. Ada dua rangkaian produk Cetaphil Baby yang boleh anda pilih untuk keselesaan Si Manja.
Rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula dan Cetaphil Baby Regular telah dihasilkan oleh pakar kulit dan diformulasi khas untuk melindungi kulit bayi yang lembut dari iritasi. Malahan ia akan membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit serta masalah kekeringan.
Kualiti produk Cetaphil Baby ini tidak perlu diragui lagi kerana ia telah berada sekian lama di pasaran. Rangkaian produknya adalah hypoallergenic, lembut pada kulit bayi, bebas paraben serta disarankan oleh pakar pediatrik, memang sesuai sangat untuk melindungi kulit Si Manja!
Apa produk Cetaphil yang ada?
1. Bersihkan kulit dan rambut bayi menggunakan Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo with Glycerin and Panthenol. Yang mana satu pun pilihan anda, ia tetap yang terbaik buat Si Manja kesayangan!
2. Cetaphil Baby Calendula Lotion pula membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Selain losen ini, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Daily Lotion with Shea Butter yang merupakan pemenang utama bagi ‘Try and Review 2021’ bagi kategori barangan bayi.
3. Lindungi kulit Si Manja dari iritasi terutamanya jika ada masalah kulit kering dengan Cetaphil Baby Advanced Protection Cream.
4. Kekalkan kelembapan kulit anak dengan menggunakan Cetaphil Baby Moisturizing Bath and Wash with Aloe Vera and Almond Oil.
Untuk maklumat tentang produk Cetaphil Baby, anda boleh layari:
Berita baik buat semua pembaca Pa&Ma! Cetaphil akan menawarkan potongan RM5 dengan pembelian produk bayi Cetaphil yang berharga RM40 ke atas. Masukkan kod promosi CETAPAMA5 di Shopee! (https://shopee.com.my/shop/112778093/search/?shopCollection=12326748). Sah sehingga 30 September.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.