Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri dalam melahirkan bayi, tambah pula ia merupakan pengalaman bersalin anak pertama. Penyanyi Fara Hazel yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 18 Oktober lalu berkongsi melalui fasa sakit kontraksi yang agak lama iaitu selama 26 jam.
“Saya tahan sakit contraction lama juga. Mengikut perkiraaan saya kira-kira, ada sekitar 26 jam tahan sakit.
“Masa dah masuk dewan bersalin tu baru suami dapat teman. Alhamdulillah bayi semua sihat, cuma ada kuning (jaundice) sikit,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Selamat melahirkan bayi lelakinya secara normal dengan berat 3.57 kilogram, Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri, 24, menjalani proses bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 6.05 pagi.
“Alhamdulillah,18 oktober 2020 (6:05 pagi )selamat melahirkan putera sulung kami 3.57 kg
“Doakan semoga kami dapat menjadi ibu & ayah yg terbaik buat putera kami ..
“Terima kasih juga pada yang mendoakan , hanya allah yg dapat membalas kebaikan korang semua,” kongsinya di Instagram.
Berkongsi pengalamannya bergelar ibu pada usia muda, kata Fara, dia mengakui rutinnya sudah jauh berbeza.
“Saya pernah jaga bayi, jaga adik. Cuma itulah, kalau dengan adik jaga menyambil sahaja tolong mak. Ini memang kena 24 jam jaga sebab nak menyusukan.
“Dulu bolehlah juga nak layan movie, sekarang ini memang kena layan anak sahajalah,” katanya yang kini menjani tempoh berpantang di rumah mentuanya di Terengganu.
Menurutnya lagi, dia juga sudah mempunyai nama buat bayi tersebut, namun memilih untuk merahsiakan terlebih dulu sebelum didedahkan kepada umum.
Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Sumber: Gempak & IG Fara Hazel
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)