Keibubapaan

26 Tahun Berkahwin, Ibu Berusia 44 Tahun ini Bakal Lahirkan Anak Ke-22 Tahun Depan, Meriahnya!

Share

Mesti meriah jika setiap pasangan yang berkahwin mempunyai zuriat yang ramai. Pasti tak sunyi dengan keletah setiap anak yang ada. Suami isteri warga Britain antara pasangan yang bertuah dan dimurahkan dengan rezeki anak yang ramai. Sue Radford, 44 dan suaminya Noel, 48 baru-baru ini berkongsi khabar gembira kepada keluarga besarnya bahawa dia bakal melahirkan anak yang ke-22 pada April tahun hadapan.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh pasangan ini melalui laman perkongsian Youtube baru-baru ini, mereka mengumumkan bahawa kandungan tersebut sudah mencecah 15 minggu.

“Jadi sekarang anda semua tahu, kami akan mempunyai anak lagi. Usia kandungan mencecah 15 minggu dan kami akan mengetahui jantina bayi tidak lama lagi.

“Saya berharap ia adalah bayi lelaki kerana kelahirannya akan menyeimbangkan bilangan 11 anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarga kami,” jelas Ranford yang turut mempunyai tiga orang cucu.

Sebelum ini pasangan itu mengatakan bahawa selepas anak terakhir mereka lahir pada tahun 2018, tidak akan ada lagi ahli keluarga baharu keluarganya. Pasangan terbabit mempunyai 21 cahaya mata berusia 30 tahun dan 18 bulan.

Difahamkan salah seorang anak pasangan ini yang dinamakan Alfie meninggal dunia ketika usia kandungan mencecah 23 minggu pada 2014.

Perlu lebih RM160,000 setiap bulan untuk keperluan

Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria dilengkapi 10 bilik yang dibeli pada tahun 2004. Kesemua mereka selain Chris dan Sophie masih tinggal bersama dalam satu rumah.

Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makanan dan pakaian anak-anak mereka. Kos mingguan membeli barangan keperluan rumah adalah sekitar RM1,850 termasuklah, 126 liter susu, lebih 20 buku roti, 21 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas. Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.

Sue juga berkata dia memerlukan 3 jam untuk mengemas rumah dan Sembilan kali cucian mesih basuh tanpa henti setiap hari.

Walaupun mempunyai keluarga besar, mereka masih berpeluang bercuti Bersama ke luar negara selain mereka sekeluarga juga gemar menonton wayang terutama pada cuti sekolah.

Namun demikian, Sue menambah perkara yang paling seronok ialah membawa mereka berkelah atau jalan-jalan di taman dengan anak-anak sementelah ia adalah percuma sepanjang hari.

 

Sumber: Sinar Harian & Mingguan Wanita

 

Published by
SAHR