28 jam bertarung dengan kontraksi, akhirnya instafamous Anissa Faizul berjaya mendakap anak sulungnya, Ainul Mardhiah. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

Melalui proses kelahiran ada cabarannya, terutamanya bersalin cahaya mata sulung. Perkongsian ibu muda yang juga instafamous Anissa Faizul ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu lain.

Menghadapi kontraksi dan kemudian proses meneran adalah dua perkara yang berbeza. Saat ini dirasakan seperti nyawa di hujung tanduk! Namun pengalaman ini sangat bermakna buat insan yang bernama ibu. Berikut perkongsian oleh Anissa;

28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin, Instafamous Pesan Ibu-Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

SYUKUR ATAS PENGALAMAN BERMAKNA INI

Ya Allah, terima kasih atas pengalaman bermakna ni. Bagi Nissa antara beranak & contraction yang mana paling sakit.. Nissa pilih contraction. Sakit dia ya Allah, Tuhan je yang tahu. 3 suntikan pain killer pun masih belum dapat hilangkan sakit contraction tu.

28 JAM KONTRAKSI

28 jam berlawan dgn contraction, 2am (7/1/2019) Contraction pertama & berterusan.. 11:30am, Nissa kena tahan dalam wad sbb nak suntikan pain killer (suntikan pertama) Dan suntikan kedua pada belah malam (lupa dah jam berapa sbb pain killer ni kena gap 6jam) Dan suntikan ketiga pkul 4am.

Sepanjang contraction, memang Nissa tak makan. Tidur pun sejam je selepas kena suntik pain killer. Lepas tu contraction datang balik. And setiap kali nak kena suntik pain killer, nurse akan check laluan.

IKLAN

28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin, Instafamous Pesan Ibu-Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

BUKAAN MASIH 1CM,  ESOK KENA INDIUS

Laluan still 1cm Sampai nurse bagitau, esok pagi masuk labour room doktor akan induce Ya Allah, time tu mmg dah tak fikir nak beranak normal. Sbb induce ni 10x ganda sakit dari contraction (nurse yg bagitau) So, malam tu Nissa bagitau Syahmi kalau betul esok kena induce mmg Nissa nak mintak caesar je.

BUKAAN 4CM. MASA MANDI TURUN DARAH

8/1/2019 (8:30am)
Time ni laluan dah 4cm tp masih lg takde turun air ketuban or darah. So, sblm masuk labour room doktor suruh isi perut & mandi utk segarkan badan. Time mandi tu la, baru tanda (darah) turun. So, cpt2 Nissa bersiap & call nurse utk ke labour room.

28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin, Instafamous Pesan Ibu-Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

IKLAN

 

MASUK LABOUR ROOM & SEDUT ENTONOKS

Pkul 9 lebih Nissa masuk labour room, doktor bagi gas untuk kurangkan sakit [Tips : Sedut time sakit shj, and sedut melalui mulut, hembus melalui hidung]. 15 minit lepastu doktor dtg balik & check jalan dah boleh beranak.

TAK SAMPAI SEJAM, BAYI DILAHIRKAN

Alhamdulillah tksampai sejam keluar lah @babyainulmardhiah? Allah swt permudahkan urusan beranak selepas bertarung dgn contraction selama 28jam lebih. Tp Nissa kena gunting sbb tak de tenaga nak teran & tak pandai nak curi nafas time meneran.

IKLAN

Dan time doktor tgh jahit tu, mmg tak rasa pape?? Tambah-tambah perasaan memang happy bila dgr suara baby nangis. Mcm tak percaya yg kita melahirkan baby yang tengah nangis tu.

28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin, Instafamous Pesan Ibu-Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

NASIHATKAN IBU NAK BERSALIN KENA PANDAI CURI NAFAS MASA MENERAN

So, yang mana nak dkt dah dgn due date jgn risau tau. Sbb lain org lain pengalaman. Yang penting kena tenang & pandai curi nafas time meneran. Jgn keluarkan suara time meneran & yg penting push time sakit je kalau tak mmg uolss akan habis tenaga. Mcm mana nk tahu sakit tu?? Dont worry nurse & doktor akan bagitau @ kita mmg akan rasa sakit tu (mcm nak berak)

SYUKUR KERANA TIDAK PERLU INDIUS

Habis cerita yang tak berapa nak best ni. Tp Nissa bersyukur sgt tak kena induce or epidural. Ohh, satu lg tips! Bila sakit contraction, pegang kuat2 tgn husband n tarik nafas dalam2 n hembus kot mulut. Ulang smpai la sakit tu hilang. Istighfar byk2 & selawat byk2..

Sumber: anissafaizul


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI