Selama 28 jam dalam labour room. Itu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.
Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin dengan pelbagai perasaan yang berdebar.
“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.
“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.
IKLAN
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya sempena tarikh kelahiran yang ke-2 bagi anak sulungnya. Harum telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.
Rezeki setiap orang melahirkan anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang ambil masa berhari-hari menahan sakit kontraksi dan inilah membuktikan seorang wanita itu sangat kuat.
IKLAN
Bukan mudah bagi seorang isteri berjuang melahirkan anak tetapi jika suami memahami dan melihat sendiri proses kelahiran ini, boleh menitik air mata melihat perjuangan isteri melalui saat ini. Hargai dan sayangilah isteri!
Sumber: IG Ezzaty Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keperluan susu bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas seharusnya diteliti oleh ibu ayah. Pengambilan susu dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan boleh bebankan ginjal mereka.
Susu asalnya adalah keperluan utama bayi selepas dilahirkan. Bagi bayi yang mengambil susu formula, ada yang mengakibatkan pergantungan sehingga mengabaikan keperluan zat dan nutrisi daripada makanan pelengkap dari jenis real food atau whole food.
Dato’ Dr Suriyakhatun memberikan ulasan mengenai susu formula. Beliau menekankan yang susu formula bukanlah makanan semula jadi. Malah ramai kanak-kanak alah kepada susu lembu, lactose intolerance serta kandungan gula yang menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.
Berikut adalah perkongsian beliau;
Saya membaca comments dibawah posting tentang susu formula lebih dari 2 tahun dan dapati ada ramai yang berkata mereka tidak faham apa yang saya tulis .
BOLEH MENIMBULKAN ALAHAN
Saya cuba fikirkan kenapa pula ada yang tak faham mesej yang cukup jelas bahawa susu formula bukan makanan semula jadi, ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar.
BOLEH MEMBERIKAN BEBAN KEPADA GINJAL JIKA PERGANTUNGAN LEBIH DARI 2 TAHUN
Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
TULANG & GIGI BOLEH JADI LEMAH Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya ions yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu .
Ini antara masaalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan. Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun. Salah faham tentang susu mungkin timbul dari iklan tv. Iklan tv tidak semestinya mengutarakan fakta.
Menjadi kebiasaan kita akan menyimpan segala ubat-ubatan yang diberi oleh doktor jika masih ada baki. Yelah, sebagai persediaan jika anak-anak demam atau sakit sekurang-kurangnya kita ada bekalan ubat untuk diberikan.
Tapi sebenarnya menyimpan ubat yang telah digunakan sangat tidak digalakkan. Tapi kenapa? Ini penjelasannya.
“SIMPAN UBAT DEMAM?”
Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya. Semoga dihari mulia ini kita diberkati dengan tubuh badan yang sihat dan bahagia. Hari ini, Klinik Mabello Helmina ingin berkongsi tentang PENYIMPANAN UBAT DALAM PETI SEJUK… Jom kita ketahui bagaimana cara penyimpanan ubat yang betul.
Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?
Jawapan: Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit. Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
😮Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka. Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
🧐Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
😰Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam. Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut. Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya. Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak. Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.Buang ubat yang tak perlu okay.
Belajar sesuatu? Bukan tak berjimat tapi untuk selamat. Semoga perkongsian sebentar tadi, dapat membantu anda diluar sana.
Sebarang makanan atau minuman yang anda ambil semasa penyusuan adalah amat penting, terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal, iaitu sewaktu tubuh anda mula menghasilkan susu ibu.
Bagi menghasilkan susu badan, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal.
Angka ini diukur dalam enam bulan pertama penyusuan penuh atau eksklusif, di mana bayi hanya diberikan susu ibu sahaja. Selepas tempoh ini, anak anda akan memerlukan kurang susu badan, dan, lantaran itu, anda juga akan memerlukan kurang tenaga.
Vitamin dan mineral penting untuk ibu yang menyusukan bayi;
Protein
Bayi yang sedang membesar memerlukan banyak protein, jadi anda perlu untuk membekalkan banyak protein dalam diet anda. Ini bagi memenuhi keperluan si manja anda. Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu penyusuan perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih.
Sumber protein termasuklah:
Daging
Telur
Tenusu
Sayur kacang, kekacang dan produk soya
Folat
Folat ialah jenis vitamin B yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat bayi anda. Secara purata, ibu yang menyusukan bayi memerlukan 450μg folat sehari, tetapi anda mungkin perlu 500μg setiap hari, atau lebih. Sumber folat termasuklah:
Sayuran berdaun hijau
Bijirin penuh
Kacang pis dan kekacang
Avokado
Ekstrak yis
Iodin
Iodin ialah mineral penting untuk penghasilan hormon tiroid untuk memastikan perkembangan otak dan sistem saraf. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 190μg iodin setiap hari, tetapi sesetengahnya perlu mengambil 270μg setiap hari.
Sumber baik iodin termasuklah:
Makanan laut
Susu
Sayuran
Zink
Zink adalah penting untuk perkembangan sistem imun bayi. Ibu yang menyusukan bayi perlu 10mg zink setiap hari, tetapi sesetengah ibu memerlukan 12mg zink sehari, atau mungkin lebih. Sumber zink termasuklah:
Bijirin gandum penuh
Susu
Makanan laut
Sayur kacang, kekacang, dan produk soya
Vitamin A
Vitamin A adalah penting untuk perkembangan normal anak dan membantu untuk melawan jangkitan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 800μg vitamin A setiap hari, tetapi sesetengah ibu mungkin memerlukan sehingga 1,100μg setiap hari, atau lebih.
Sumber baik vitamin A termasuklah:
Susu
Keju
Telur
Spesies ikan berlemak
Sayuran berwarna oren-kekuningan
Buah-buahan seperti labu, mangga, aprikot
Sayuran seperti lobak merah, bayam, dan brokoli
Vitamin B6
Vitamin B6 membantu proses metabolisma dan pembentukan sel darah merah. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 1.7mg sehari vitamin B6, tetapi anda juga mungkin perlu 2mg setiap hari atau lebih.
Sumber baik vitamin B6 termasuklah:
Daging organ dan otot
Ayam itik
Ikan
Bijirin penuh
Kubis Brussels
Kacang pis hijau
Sayur kacang
Kekal hidrat
Penyusuan boleh membuatkan ibu berasa amat dahaga. Jadi, anda perlu minum sekurang-kurangnya 700ml air setiap hari untuk menggantikan cecair yang hilang dari penyusuan. Kekal mendapatkan cecair yang sihat seperti air kosong, susu, jus, dan mengelakkan alkohol. Minuman berkafein (teh, kopi, dan kola) boleh diambil, tetapi perlu dihadkan pengambilannya.
Tip untuk bantu anda makan dengan betul
Penyusuan semasa beberapa hari terawal boleh jadi amat memenatkan untuk ibu. Jika anda berasa sulit, minta bantuan bagi kekal mendapatkan diet yang sihat.
Dengan hasrat untuk mendapat diet yang sihat, seimbang dan berserta air, anda perlu makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari, berbanding tiga hidangan besar sehari. Bagi memberikan kualiti susu terbaik untuk anak anda, ingatlah untuk mengambil sedikit daripada makanan yang dinyatakan di atas dalam diet anda, dan elakkan makanan yang pedas dan panas, begitu juga dengan yang berkafein dan minuman beralkohol.