28 Jam Dalam Labour Room Cukup Mendebarkan. Rasa Serik Tapi Rindunya Momen Ni

Share

Selama 28 jam dalam labour room. Itu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.

Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin dengan pelbagai perasaan yang berdebar.

“Dua tahun lepas, pukul 6 petang (5 Disember) ibu dah masuk labor room. Ingatkan malam ni nak keluar la anak ibu.Tapi bukaan baru 2 cm.

“Bosan, nervous, tak sabar. Semua ada sampai tak rasa sakit contraction macam orang selalu cerita.

“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.

“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya sempena tarikh kelahiran yang ke-2 bagi anak sulungnya. Harum telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.

Rezeki setiap orang melahirkan anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang ambil masa berhari-hari menahan sakit kontraksi dan inilah membuktikan seorang wanita itu sangat kuat.

Bukan mudah bagi seorang isteri berjuang melahirkan anak tetapi jika suami memahami dan melihat sendiri proses kelahiran ini, boleh menitik air mata melihat perjuangan isteri melalui saat ini. Hargai dan sayangilah isteri!

Sumber: IG Ezzaty Abdullah

 

Published by
Wan Amy