Pernah dengar mirepoix? Ia adalah masakan dari Perancis yang menggunakan hanya 3 bahan iaitu bawang holand, batang celery dan lobak merah.

Seperti bone broth, ia juga di gunakan sebagai “perasa semulajadi” masakan. Tanpa menggunakan penambah rasa yang dijual secara komersial, mirepoix ini pun dah boleh menyedapkan makanan yang anda sediakan.

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & Keluarga

Boleh digunakan untuk penyediaan makanan anak dan juga untuk seisi keluarga. Mirepoix ini juga menjadi pilihan Dr Nurhaya untuk hampir semua masakannya.

Ia kerap digunakan sebagai bahan menumis untuk membuat sup, asas perapan dan pelbagai lagi.

Berikut langkah-langkah penyediaan yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya melalui FB Dr Nurhaya Lactation Center.

Ads

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & KeluargaPotong dadu dan kecil-kecil untuk memudahkan urusan memasak.

Ratio bahan adalah 2:1:1
2 bawang
1 celeri
1 lobak merah

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & Keluarga

Panaskan kuali dan cairkan butter

Ads

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & KeluargaMasukkan 3 bahan yang di dadu.

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & KeluargaMasak sehingga kekuningan. Saya masukkan satu gelas air dan tutup kuali sehingga 15 ke 20 minit. Sesekali lihat untuk tidak rentung.

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & Keluarga

Tadaaa siap dah. Sekejap je dalam 30 minit. Kalau nak buat untuk masukkan dalam makanan bayi, boleh lah guna handmixer untuk blend atau masuk dalam blender/food processor. Nak lenyek pun boleh sebab lembut sangat.

Ads

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat, Penyedap Makanan Anak & Keluarga

Saya simpan dalam tempt penyimpanan begini. Dinginkan dan kemudian bekukan. Stok ni cukup untuk seminggu je kalau kegunaan saya. Semua masakan keluarga saya masukkan cube mirepox ni. Sekali pakai 2 atau 3 cube.

Selamat mencuba.

Kredit: Dr Nurhaya Lactation Centre

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI