3 Bulan Batuk On Off & Muntah Berkahak, Haziq Hussni Tak Sangka Anak Radang Paru-Paru

Share
Tanda-tanda batuk berkahak dan selesema biasa. Simptom terakhir ialah muntah berkahak yang banyak. Haziq nasihatkan ibu bapa lain lebih berhati-hati.
Haziq Hussni yang merupakan deejay di saluran radio HotFM telah berkongsi mengenai keadaan anak pertamanya, Nufael Heidy, 1 tahun 9 bulan. Kata Haziq anaknya sentiasa aktif dan dia sama sekali tidak dapat menyangka Heidy telah mengalami keradangan pada kedua-dua belah paru-paru.
Malah Haziq memaklumkan anak sulungnya itu mungkin mengalami keadaan tersebut sejak anak keduanya, Chayra Auliya mengalami batuk kokol [Artikel berkaitan: Anak Haziq Hot FM Dijangkiti Bordetella Pertussis, Isteri Mohon Netizen Doakan Kesembuhan Chayra]
Berikut ialah perkonsgian Haziq;

haziq_hotfm “Heidy anak aktif. Senyum n ketawa je keje. Takde pun nampak dia sakit ke apa. Even bwk klinik pun doktor cek ckp ni batuk, kahak n selsema biasa. Makan la 2 3 jenis antibiotik. Tak jalan.”

RADANG PADA KEDUA-DUA BELAH PARU-PARU

“3 bulan gak la dia batuk on off. Smp minggu lepas dia kerap batuk teruk muntah berkahak banyak. Haaa ni tak boleh jd. Dah tak leh cek2 biasa dah ni. Kena xray. Ambik darah. Ambik hingus. Baru tau apa jadi sbnrnya! Heidy radang paru-paru. Bukan sebelah tp dua-dua belah!”

DAH ADA RADANG LAMA SEJAK CHAYRA BATUK KOKOL

“Dia dah ada radang lama since Chayra kena batuk kokol bulan 9 last year! See? Sumpah tak nmpk langsung sakit.”

SEDIH ANAK SEOLAH-OLAH MENYEMBUNYIKAN KESAKITAN

“Dia hide sakit dia dgn ketawa & happy happy depan daddy.
Baby pun pandai sorok sakit. Mendeee ?

PESANAN KEPADA IBU BAPA LAIN

Parents, kalau anak tu nampak batuk or selsema even sikit. Bawak-bawak la cek darah or x-ray cek dada.

Dah takleh cek biasa-biasa mkn ubat mcm tu je.

Kena cek betul-betul batuk tu batuk apa. Zaman sekarang ni senang dapat penyakit. Lagi-lagi virus batuk ni plak ada macam2 jenis. Daddy hope Heidy stay strong n happy sampai sihat ya? Love you #PrinceHeidy

Sumber: haziq_hotfm

Published by
Azma ML