Bayi seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya. Bayi yang baru dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 – 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang memegangnya.
Pada jarak ini, dia dapat ‘membaca’ emosi yang terpapar pada wajah anda. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat anda senyum kepadanya. Walaubagaimanapun jarak penglihatannya masih agak sedikit. Dia tidak dapat fokus kepada apa yang dilihat.
Oleh itu, kerap jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dan pastikan jaraknya antara 20 – 25 sm. Misalnya, ketika anda bermain dengannya atau ketika sedang menyusukannya. Kepekaan retina mencapai keseimbangan setelah menjelang akhir tahun pertama usia bayi.
Jangan letakkan bayi anda terlalu hampir dengan cahaya yang terlalu terang dan jangan pula kerap meletakkan bayi di tempat yang terlalu gelap kerana perkara ini akan melambatkan kepekaan retina bayi.
Pada peringkat umur bayi 0-3 bulan, daya penglihatan paling baik bagi bayi anda adalah pada jarak 23 – 30 sm. Anda boleh menggunakan objek berwarna kontra seperti merah dan putih dan diletakkan pada jarak yang berbeza iaitu tinggi dan rendah.
Aktiviti ini bagus bagi menguji perkembangan visual bayi anda. Malah ia juga membantu keupayaan otaknya untuk menyusun maklumat dan membentuk daya tumpuan penglihatan yang lebih baik.
Antara bulan keempat dan keenam, benda-benda optik yang berwarna-warni dan bergerak dapat menarik minat bayi anda dan mempesonakannya. Dia boleh bertahan selama beberapa minit tanpa melelahkan otot-otot matanya. Bayi anda pun semakin cepat menangkap rangsangan lebih kecil.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI