Anak-anak sebenarnya mudah dengar kata jika ibu bapa memahami apa yang mereka mahu. Apa yang menjadi masalahnya adalah sikap ibu bapa yang lebih cepat menghukum dan menengking bila anak tak ikut apa yang disuruh.
Ingat anak-anak bukan robot yang sekali beri arahan terus ikut. Ada anak yang mudah tapi ada juga anak yang kena cakap elok-elok supaya moodnya tak mudah berputar 36o darjah.
Walaupun anda dah mempunyai lebih dari dua anak, tapi jika masih lagi mengamalkan sikap tegas yang melampau tak bermakna juga. Berikyt diberikan 3 cara positif yang boleh dilakukan tanpa menghukum.
Merancang Lebih Awal
Merancang lebih awal dan pastikan kita memberikan masa yang secukupnya untuk anak beralih dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Kebanyakan kanak-kanak lebih berdisiplin jika mereka tahu rutin harian mereka.
Ads
Contohnya, ajak anak-anak untuk buat jadual harian yang lengkap dan tampalkan di dinding. Ambil kira juga pendapat mereka dan jelaskan supaya mereka faham. Katakan waktu mandi adalah pada pukul 6 petang. Aktiviti sebelum mandi ialah bermain di luar rumah. Ibu atau bapa seharusnya memberi cukup masa untuk anak beralih dari aktiviti bermain di luar kepada aktiviti mandi dan ingatkan mereka tentang masa. Ibu bapa jangan jemu menjadi ‘alarm clock’ kepada anak-anak kecil kerana mereka belum memahami konsep masa, mudah lupa, lebih mudah terpengaruh dan ralit dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.
“Syafiq, Asyraf, lagi 15 minit adalah waktu untuk mandi”
15 minit kemudian,
“Dah pukul 6 petang, Syafiq dan Asyraf boleh masuk dan mandi sekarang”
Ads
Jika anak-anak masih tidak memperdulikan dan terus bermain, hampirilah mereka dan ingatkan mereka tentang jadual yang mereka buat. Ambil segala yang membuatkan mereka ralit bermain. Sekiranya mereka protes, ibu atau bapa boleh cuba gunakan kreativiti untuk mengajak mereka masuk dan mandi.
“Syafiq dan Asyraf boleh bermain lagi esok. Sekarang waktu mandi. Syafiq dan Asyraf boleh melompat macam katak untuk masuk ke bilik air. Kita tengok siapa sampai dulu”
Beri Peluang Kedua
Jika anak membuat kesilapan jangan terus marah-marah. Berikan mereka peluang kedua. Ini adalah satu peluang yang besar untuk mereka mempelajari nilai bersemangat kental, tidak berputus asa dan berani mencuba sekali lagi. Jika ibu bapa asyik menengking ketika anak membuat salah, selain mereka tidak berani mencuba lagi, self esteem dan keyakinan diri mereka juga akan menurun dan yang paling buruk jika anak-anak menyimpan dendam kepada ibu bapa.
Bermain Dan Berjenaka
Ads
Meminta anak melakukan sesuatu dengan cara berjenaka bukan saja menyeronokkan malah ia lebih mudah mendapat kerjasama daripada mereka. Gunakan kreativiti untuk membuat jenaka ketika meminta anak melakukan sesuatu. Contohnya, ibu bapa boleh menggunakan binatang mainan seperti itik plastik.
“Kuek..kuek..dah pukul 6 petang. Itik nak mandi. Asyraf dan Syafiq, jom mandi sekali dengan itik..kuek..kuek”
Ketawa, gembira, dan keseronokan menggalakkan tingkah laku dan kelakuan yang positif. Cubalah ikut kreativiti anda. Anak gembira anda pun senang hati.
Sumber: ibubapacemerlang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Miliki kesemuanya anak perempuan? Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”dapat anak perempuan, anak semua perempuan, kelebihan anak perempuan, anugerah anak perempuan, keistimewaan anak perempuan
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlak dirinya.
Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang menjadi trend ibu bapa memberikan anak-anak gadget sebagai hiburan dan peneman namun kesan gadget jika tidak dikawal akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak yang masih kecil. Ketagih kepada gadget sesuatu yang amat membinmbangkan. Perkongsian daripada Dr.Taufiq boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa diluar sana.
Sedih saya bila nampak ramai kanak-kanak duk main handfon masa imam tengah khutbah tadi. Paling sedih bila nampak 3 orang kanak-kanak yang duduk dalam satu barisan saf dengan penuh khusyuk mengadap skrin henfon masing-masing tanpa pedulikan saya yang menjeling mereka.
Rasanya mereka tengah berlawan sesama sendiri dalam game tu kot! Ye, semasa khutbah jumaat sedang berlangsung! Ada juga di belakang saf sana ada anak anak yang main game sambil tunggu khutbah jumaat selesai.
Benda ni dah jadi trend baru ke? Hilangkan bosan dengar khutbah dengan main game?
Sebak saya. Kenapa bagi anak anak yang belum ada self control yang matang bawa smartfon ke masjid? Dah la tengah khutbah jumaat tu. Anak anak kita ni dah la jarang dapat ‘sentuhan rohani’ di rumah. Sekurang kurangnya bagi la mereka peluang untuk dapatkan pengisian rohani tu di masjid tiap jumaat. Kosong anak kita tu nanti kalau hati dan rohaninya tak diisi!
“Aduh! Saya nak buat macam mana. Anak saya macam dah ketagih dah dengan henfon”
Allahu..wahai ayah..wahai ibu..Memang henfon ni boleh membuatkan anak anak kita ketagih. Dopamine dalam otak mereka akan meningkat. Mereka akan jadi enjoy dan rasa tenang.
Masalahnya, lama kelamaan mereka akan terperangkap dalam Dopamine Loop. Mereka jadi craving! Mereka nak lebih lagi. Bagi seminit, nak sejam. Bagi sejam nak sehari!
Sebab tu la tugas kita untuk bantu mereka kawal kemahuan mereka tu! Tu la kenapa mak ayah kena jadi LEADER kepada anak.
Mereka perlukan bimbingan kita. Mereka perlukan keputusan kita. Mereka perlukan ketegasan kita.
Ini je saya nak pesan..
“Jom tunjukkan kasih sayang kita dengan tak mengikut semua kemahuan anak kita Kita batasi kerana cinta. Kita batasi kerana kita taknak mereka binasa!”
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
Didik anak mengikut zaman, tetapi zaman ini adalah zaman yang ‘menakutkan’ buat Hanis Zalikha. Yusuf tidak didedahkan dengan gajet.
Menjadi kebiasaan di mana-mana, bayi dan kanak-kanak diberikan gajet untuk ‘didiamkan.’ Namun aktres Hanis Zalikha, mendidik anak perlu mengikut peredaran zaman tapi zaman ini menakutkan baginya sebagai ibu.
BILL GATES PUN BAGI ANAK GAJET BILA 14 TAHUN KE ATAS
Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
NAK DIDIK IKUT ZAMAN, TAPI ZAMAN INI MENAKUTKAN
Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
KINI HANYA TV CHANNELS UNTUK YUSUF,
Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa.
YUSUF BANYAK BELAJAR TATABAHASA DI BABY TV
P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...