Tinggal berasingan dengan suami atau perhubungan jarak jauh (PJJ) sememangnya tidak mudah. Lagi-lagi jika hamil anak pertama. Mengharungi kepayahan hamil tanpa suami di sisi memang payah.
Mental dan emosi perlu kuat dan kental, apa lagi saat dilanda alahan yang teruk diawal trimester. Isteri sudah semestinya perlu berdikari dalam menguruskan banyak hal oleh kerana suami tiada di sisi.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @applemerqh yang berkongsi saat sukar tanpa suami dikala dirinya sedang hamil anak sulung mengundang rasa sayu wargamaya.
Katanya menerusi perkongsian video Tik Toknya, dia mengakui sedih dan terasa cabarannya saat berjauhan dengan suami.
“Aku dah 3 kali tukar ubat dan tiga-tiga jenis ubat aku muntah. Sampai aku strees tak tahu nak buat apa.
“Last-last lepas pergi KK aku pergi beli ayam yang aku teringin nak makan,” tulisnya berkongsi.
Kata bakal ibu ini lagi, dek kerana kejauhan ada waktunya dia makan bertemankan tangisan. Apa lagi dikala emosi tidak stabil ketika hamil.
“Sampai satu tahap aku makan pun sambil menangis, nak hadap semua benda ni sorang-sorang. Kau teringin nak makan apa-apa kena beli sendiri.
“Nak layan mabuk muntah semua sendiri. Malam tidur dengan bantal.
“Baru aku faham macam ni lah hidup long distance relationship (LDR) dengan suami. Lagi-lagi time pregnant anak sulung,” luahnya sebak.
Video perkongsiannya yang makan ketika di dalam kereta sendirian itu mengundang rasa sayu wargamaya. Tambah sayu bila mana melihat airmata dikesat perlahan ketika begitu teringin menikmati makanan kegemarannya. Pilu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya turut menitipkan kata semangat untuknya terus kuat sambil berkongsi beberapa tip dan jenis ubatan yang boleh diambil bagi menghilangkan rasa loya dan muntah ketika hamil.
Semoga dipermudahkan urusan dan semakin kuat demi bayi dalam kandungan.
@applemerqh aku dah 3 kali tukar ubt. dan 3² jenis ubt aku mnth.. smpai aku strees xtahu nk buat pe. last² lpas g kk aku g beli ayam y aku tringin nk mkn😭..#pregnant ♬ Bintang di Surga – Noah
Menarik: Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Tik Tok @applemerqh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI