Penyanyi Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya, Rindu Dayyana kepada peminat.
Rindu yang dilahirkan 25 Oktober lalu iaitu dua minggu awal dari tarikh jangkaan adalah anugerah yang tak disangka-sangka selepas mengalami keguguran sebanyak 3 kali.
Berkongsi mengenai kehamilan dan kelahiran Rindu, Cira menyatakan saat disahkan hamil, kegembiraan itu tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
“Ibaratnya kami berdua cukup teruja nantikan orang baru. Masa kandungan berusia 3 hingga 4 bulan tu pun, Black dah dapat rasa Cira mengandungkan bayi perempuan berdasarkan bentuk badan berbanding mengandungkan Dayyan.
“Apabila kandungan masuk 6 bulan dan doktor sahkan memang perempuan, perasaan itu hanya Allah yang tahu. Walaupun perit melalui 3 kali keguguran, Allah dah buat perancangan terbaik dengan beri kami bayi perempuan,” jelasnya.
Ads
Cira menyatakan, sejak Rindu lahir dia seorang anak yang sangat berdikari dan baik. Tak pernah meragam kecuali menangis nak susu. Sangat mudah nak jaga.
“Letak je di mana-mana dia tak kisah untuk tidur berbanding abangnya yang sentiasa nak melekat masa dalam pantang.
Rindu Macam Muka Daddy
Ads
Bila ada peminat menyatakan Rindu ada iras muka daddy, mungkin juga ya. Kebiasaannya anak perempuan ni orang kata ikut ayah.
Rindu juga cukup manja dengan Black. Dengan hidung yang mancung, raut wajah yang seiras daddynya tak mustahil lepas ni abang Dayyan terpaksa mengalah dengan adik.
Setakat ini menurut Cira, Dayyan sangat sayang pada adiknya dan tiada rasa cemburu. Terlalu melindungi adiknya takut orang ambil dan seolah-olah faham dia dah jadi abang.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi berenang? Kini, bukan lagi sesuatu yang pelik. Sudah ramai ibu bapa yang menyedari kepentingan serta kebaikan berenang buat bayi mereka.
Mengajak bayi berenang boleh membahayakan jika tidak dilakukan dengan tepat. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang sihat. Di samping itu, anda juga perlu memperhatikan suhu dan cuaca jika ingin membawa bayi ke kolam renang yang terdedah pada cuaca panas dan hujan. Anda juga perlu memilih kolam renang yang sememangnya sesuai buat bayi yang kandungan airnya tidak mengandungi klorin yang banyak dan sebagainya.Jadi,pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul atau tepat kerana kebaikan berenang buat bayi anda terlalu banyak.
Berikut beberapa kebaikan yang boleh diperoleh apabila anda melatih anak anda berenang sejak bayi lagi.
Meningkatkan Keyakinan Diri
Kemampuan menakluki air akan membuatkan bayi menjadi lebih berkeyakinan. Jika dilakukan secara rutin, kemampuan renangnya akan meningkat dari hari ke sehari. Keyakinan diri anak anda juga akan jadi semakin mantap.
Melatih Ketenangan
Bayi yang sudah terbiasa berada di dalam air tidak mudah diserang rasa panik atau cemas. Mereka sudah terbiasa dengan keadaan cemas seperti nyaris tenggelam, tertelan air dan mencari pegangan ketika tergelincir.
Meningkatkan Kemampuan Belajar
Bayi akan belajar merespons perintah repetitive ketika berenang. Perkara ini baik untuk menajamkan kemampuan mental serta meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap kata-kata.
Memperkenalkan Gaya Hidup Sihat
Berenang sejak bayi membuatkan anak akan terbiasa dengan gaya hidup sihat. Berenang juga merupakan aktiviti fizikal terbaik untuk membuatkan bayi anda tidur lebih nyenyak dan lama.Berendam dalam air suam juga akan membuatkan tubuhnya menjadi lebih relaks dan berenang akan menstimulasi nafsu makan.
Kemampuan Bersosial
Bayi yang kerap diajak ke kolam renang atau ke kelas renang bayi biasanya lebih banyak berinteraksi dengan orang lain. Mereka tidak takut atau canggung ketika berada di persekitaran yang ramai orang, tidak takut untuk bersentuhan dengan orang lain serta berinteraksi dengan orang baru.
Bagi yang mengikuti drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi lelaki yang comel dan gebu.
Di beri nama Ayden Mikael Mohd Zainuddin, bayi berusia 8 bulan setengah ini mula menjadi bualan ramai kerana cukup sporting dan begitu beri kerjasama sepanjang lakonan tersebut hingga berjaya mencuri hati peminat setia drama ini.
Berkesempatan bertanya pada ibunya, Anna Abdullah Kim, Ayden Mikael ini sememangnya anak yang sangat friendly dengan semua orang. Dari dia kecil hingga sekarang dia senang dijaga dan tak meragam.
“Jumpalah dengan orang yang tak dikenali pun, dia mudah senyum dan tak takut orang.
“Jika orang tanya apa yang istimewanya Ayden Mikael ini, bagi saya perkembangan sama seperti bayi lain. Cuma mungkin rezeki saya dapat anak yang mudah dijaga dan rezeki dia juga bila orang tengok terus sukakannya walaupun pertama kali berjumpa,” kata Anna.
Menurut Anna, lakonan Ayden Mikael dalam drama Pujaan Hati Kanda adalah perkara baru buatnya sekeluarga.
“Tak terlintas pun sebenarnya untuk ketengahkan Ayden Mikael di kaca televisyen tetapi bila saudara mara dan rakan-rakan mencadangkan untuk saya cuba nasib, alhamdulillah berjaya.
“Dari 10 bayi yang disenarai pendek, 9 darinya adalah perempuan dan Ayden Mikael satu-satunya lelaki. Memang langsung tak jangka dia terpilih. Kalau ikut skrip asal memang nak watak bayi perempuan.
Membesar seperti kanak-kanak lain
Anna berkongsi, setelah Ayden keluar di kaca televisyen, diakui ramai yang sukakannya. Soalan biasa orang akan tanya, Ayden Mikael makan apa?
“Sejujurnya tiada yang istimewa dari segi pemakanannya. Dia makan seperti bayi lain juga seperti bubur nasi, puri buah dan sayur.
“Saya juga bersyukur sepanjang penggambaraan tersebut, kesihatannya juga baik walaupun jadual lakonannya padat,” katanya.
Jika ada lagi rezeki Ayden Mikael selepas ini, Anna menjelaskan dia dan suami akan melihat dulu keselesaan anaknya.
Kalau situasinya tak membebankan anak, semua itu akan dipertimbangkan cuma saya dan suami tak mahu terlalu bawanya ke depan sehingga kehidupan sebagai kanak-kanak jadi terbatas.
Bagi yang nak tahu drama lakonan Ayden Mikael ini, dia adalah bayi yang dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan.
Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama adaptasi novel. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 dan dibintangi pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Keletihan
Selera makan menurun atau kurang menyusu
Sembelit
Tangisan yang lemah
Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot)
Kelemahan muka
Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
BAYI TERLALU KECIL UNTUK MELAWAN BOTULISME
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar, "Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja." Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,"Jangan marah, maki...