Penyanyi Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya, Rindu Dayyana kepada peminat.
Rindu yang dilahirkan 25 Oktober lalu iaitu dua minggu awal dari tarikh jangkaan adalah anugerah yang tak disangka-sangka selepas mengalami keguguran sebanyak 3 kali.
Berkongsi mengenai kehamilan dan kelahiran Rindu, Cira menyatakan saat disahkan hamil, kegembiraan itu tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
“Ibaratnya kami berdua cukup teruja nantikan orang baru. Masa kandungan berusia 3 hingga 4 bulan tu pun, Black dah dapat rasa Cira mengandungkan bayi perempuan berdasarkan bentuk badan berbanding mengandungkan Dayyan.
“Apabila kandungan masuk 6 bulan dan doktor sahkan memang perempuan, perasaan itu hanya Allah yang tahu. Walaupun perit melalui 3 kali keguguran, Allah dah buat perancangan terbaik dengan beri kami bayi perempuan,” jelasnya.
Cira menyatakan, sejak Rindu lahir dia seorang anak yang sangat berdikari dan baik. Tak pernah meragam kecuali menangis nak susu. Sangat mudah nak jaga.
“Letak je di mana-mana dia tak kisah untuk tidur berbanding abangnya yang sentiasa nak melekat masa dalam pantang.
Rindu Macam Muka Daddy
Bila ada peminat menyatakan Rindu ada iras muka daddy, mungkin juga ya. Kebiasaannya anak perempuan ni orang kata ikut ayah.
Rindu juga cukup manja dengan Black. Dengan hidung yang mancung, raut wajah yang seiras daddynya tak mustahil lepas ni abang Dayyan terpaksa mengalah dengan adik.
Setakat ini menurut Cira, Dayyan sangat sayang pada adiknya dan tiada rasa cemburu. Terlalu melindungi adiknya takut orang ambil dan seolah-olah faham dia dah jadi abang.