
Hayla, anak kedua pasangan selebriti Aeril Zafrel & Wawa Zainal buat video mekap dan mendapat perhatian para netizen. Comelnya alahai!
Kata Hayla “Nak mekap macam mama” tapi hasilnya anda lihat sendiri pada gambar ini. Telatah comel Hayla ini mendapat tontonan lebih 700 ribu di Instagram.
cantik tak hayla makeup??? malingkat rang…pakai lipmatte @wawacosmeticshq
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Aksi memakai gincu dan menggunakan berus pemerah pipi itu mungkin kerana melihat ibunya yang sering mengenakan solekan. Selain Hayla, ada lagi anak selebriti lain yang minat untuk berdandan seperti Aisyah Dhia Rana anak Rozita Che Wan.
Perbualan keluarga ini menggunakan slang Sabah guna menarik perhatian netizen.
TIRU MAMA
SUKA VIDEO HAYLA
TIGA KALI ULANG TENGOK
LIPSTICK SAMPAI KE BAWAH HIDUNG!
Sumber: Instagram Aeril Zafrel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belajar Kerana Allah.” Anak Raih 10A Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Bersyukur

Tiada apa yang menggembirakan ibu bapa melainkan melihat kejayaan anak-anak. Situasi ini juga sama pada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor apabila beliau berkongsi momen gembira apabila anak gadisnya, Bella dan Tasha berjaya meraih 10A dalam peperiksaan dan dilantik menjadi pengawas di sekolah.
Pelajar cemerlang tahun 2 dan 4
Menerusi video 0:58 saat itu, Bella dan Tasha kelihatan sangat gembira apabila menerima keputusan 10A. Bukan itu sahaja, Bella turut mendapat surat tawaran sebagai pengawas di sekolah.
Ternyata, impian Bella untuk menjadi seorang pengawas tercapai. Menerusi video tersebut juga, Dr Sheikh Muszaphar kelihatan tersenyum dan memeluk anak-anaknya. Sebagai bapa, Dr Sheikh Muszaphar memberi pesanan kepada anak-anaknya agar belajar kerana Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Berjaya kekal prestasi dalam akademik
Tambah beliau lagi, Bella dan Tasha berjaya mengekalkan prestasi mereka sebagai pelajar cemerlang setiap tahun.
Bella sentiasa cemerlang dalam semua perkara yang diceburinya. Sama ada sukan atau pelajaran. Dia telah menjadi No 1 sejak tahun 1 dan telah berada dalam keadaan yang lengkap sejak itu. Rahsia dia? Dia memberi perhatian dalam kelas. Tasha pula mengikut jejaknya cuba bersaing dengan Bella dan membuktikan sesuatu. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Belajar kerana Allah
Anak sulung memainkan peranan yang besar dalam keluarga. Mereka perlu memimpin melalui teladan dengan harapan adik-beradik yang lain akan memandang tinggi kepada mereka. Mereka perlu rajin. Mereka perlu bersabar. Mereka perlu bertanggungjawab. Mereka perlu mengambil berat. Mereka perlu mengalah pada setiap masa.
Taruh harapan pada setiap anak
Ibu bapa biasanya mempunyai harapan yang tinggi terhadap mereka dan ia boleh menjadi sangat tertekan berharap adik-beradik yang lain akan mengikutinya. Tidak mudah untuk menjadi yang sulung. Saya gembira saya nombor 3. Selalunya No 2 adalah yang nakal. Anak tengah lebih banyak relaks. Bongsu selalu manja.
Di posting tersebut juga, Dr Sheikh Muszaphar sempat berkongsi karakter anak-anak. Ujar Dr Sheikh Muszaphar, anak sulung perlu memainkan peranan yang penting dalam keluarga. Ini kerana, mereka merupakan contoh kepada adik-adik.
Kebanyakan anak sulung memiliki sifat bertanggungjawab, ambil berat dan sentiasa mengalah. Mereka mahu jadi yang terbaik dan merealisasikan hasrat seorang ayah dan ibu.
Kredit: Dr Sheikh Muszaphar ; OB
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Kongsi Video Bantuan Kecemasan Yang Ibu Ayah Wajib Tahu Buat Bila Anak Tercekik!

Panik bila si kecil tiba-tiba tercekik? Video bantuan kecemasan dikongsi oleh doktor ini wajib ibu ayah tahu untuk mengelakkan daripada berlaku perkara lebih buruk.
Bila ada anak kecil macam-macam perkara yang di luar jangkaan kita boleh berlaku. Semakin anak membesar, semakin aktif dan bijak dia meneroka maka semakin tinggilah risiko dia terdedah pada bahaya.
Tabiat suka mengutip objek dan masukkan ke dalam mulut di kalangan bayi kecil boleh meningkatkan risiko mereka tercekik. Bagi anak yang sudah besar sikit, tabiat mereka yang suka makan sambil berlari dan ketawa juga boleh menyebabkan masalah tercekik.
Jangan main-main bab anak tercekik objek kecil atau makanan, kalau tidak diberi bantuan segera boleh mengundang maut!
Maka bagi yang bergelar ibu ayah, wajiblah mempelajari bantuan kecemasan asas untuk menyelamatkan nyawa si kecil sebelum dibawa ke hospital berjumpa doktor.
Dr Ahmad Firdaus berkongsi video bagaimana bantuan kecemasan boleh diberikan sekiranya anak kecil anda tercekik.
Sambil bersantai di rumah, tiba-tiba anak kecil kelihatan batuk dengan kuat. Semakin lama, batuknya semakin perlahan sehingga tiada lagi pernafasan.
Apa yang harus dilakukan?
Nak bawa terus ke klinik, perjalanan memakan masa hampir 5 minit. Dalam masa 5 minit jantungnya boleh terhenti akibat salur pernafasan yang tersumbat.
Sebelum bantuan tiba, lakukan langkah-langkah BANTUAN KECEMASAN. Tonton video ringkas yang saya hasilkan ini.
Share dan like video ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh ketahui bantuan asas ini.
Anda boleh membantu.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia
#andabolehmembantu
#basiclifesupport #bls
#paediatricchoking
*Video ini adalah contoh ringkas bantuan kecemasan yang boleh dilakukan. Untuk dapatkan ilmu yang lebih mendalam, daftarkan diri anda untuk menghadiri kursus BASIC LIFE SUPPORT.
Sumber: Facebook Ahmad Firdaus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Marahlah Anak Ketika Buat Salah, Puji Anak Ketika Dia Buat Kebaikan

Real Case : Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak. Parents…. Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak. Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang. Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
Sanggup ke kita tengok anak kita buat salah tapi kita biarkan je anak buat tingkahlaku macam tu? Sanggup ke kita biarkan anak baling barang dekat kita, sepak, tampar kita?

Kita mungkin sanggup, tapi bagaimana bila di luar? Jika anak buat perkara yang sama dekat kita kepada orang lain. Ada yang kata takut anak berdendam. Ada yang kata takut anak trauma dan emosi. Hm. Marah ada hadnya. Jangan marah sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan negatif kepada anak. Jangan marah setiap masa pulak, tu parents yg ada masalah!
Marah anak ketika dia buat kesalahan. Puji anak ketika dia buat kebaikan.
Dari sini anak akan belajar bahawa setiap perkara yang baik akan diberi pujian dan dihargai & perkara yang buruk jika dilakukan pasti akan dihukum. Yang salah tetap salah, dan yang betul kita raikan.
Biarkan anak menangis harini. Jangan satu hari nanti kita pula yg menangis melihat anak kita
Ini pendapat saya
Sumber: Aishah Kassim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI