Masalah Hb rendah di kalangan ibu hamil bagaikan suatu perkara biasa. Ramai ibu hamil mengalaminya. Lazimnya, di trimester pertama, bacaan Hb ibu hamil berada di tahap normal. Namun, memasuki trimester kedua dan ketiga, bacaan Hb mula menunjukkan penurunan.
Walaupun keadaan ini sudah menjadi kebiasaan buat ibu hamil, namun anda jangan sesekali memandang perkara ini sebagai sesuatu yang remeh. Anda perlu sedar bahawa hal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda sendiri dan bayi yang dikandungi.
Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan.
Apabila badan anda kekurangan zat besi, ia tiada sumber nutrien untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Dikatakan wanita hamil kerap mengalami anemia jenis ini.
Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukannya untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Semasa hamil, anda perlukan lebih asid folik. Sudah pasti anda sedia maklum mengenainya, bukan?
Kekurangan asid folik akan menyebabkan tubuh anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangannya juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan berat badan bayi kurang semasa dia dilahirkan.
Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk anda mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Sekiranya tidak makan daging, produk tenusu dan telur, anda berisiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pramatang.
Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
Pembawaan faktor genetik contohnya talesemia.
Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan.
Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.