Hujung minggu dan cuti panjang ini jangan dibazirkan masa. Inilah masalah untuk mempersiapkan stok makanan anak atau perasa untuk anak. Selain serbuk ikan bilis, mama jangan pula lupa stok serbuk pati ayam buat anak. Barulah anak makan berselera sekali.
Nak sediakan serbuk pati ayam homemade ni tidaklah mengambil masa yang lama. Sambil-sambil masak untuk suami dan anak-anak pun boleh sediakan serbuk sedap ini. Tiga langkah sahaja serbuk sudah pun siap disediakan. Tak sampai 30 minit. Jom cuba resipi langkah demi langkah yang disediakan oleh Puan Wanie Yusoff ini difacebooknya. Mudah!
Ibu buat serbuk ayam homemade untuk awe dondey, nak beli mahal dan sikit cinonet je haa. Buat sendiri ni dapat la banyak dan puas hati sikitkan. Modal RM5.50 je pun untuk beli isi ayam.
Ads
Dah siap blend halus letak dalam bekas. Nanti korang simpan dalam peti la ye sebab saya pun tak pasti berapa lama boleh tahan, sebab tak ada bahan pengawet kan.
3 bahan utama
Isi ayam
Bawang putih
Halia
Air secukupnya
Ads
Isi ayam rebus bersama bawang putih dan halia.
Ads
Dah siap rebus toskan. Lepas tu carik-carikkan isi tu. Nak cepat blend je kejap haa, lepas tu sangai (goreng tanpa minyak) sampai kering dan nmpk garing kekuningan. Api slow je tau jangan kuat sangat dan sentiasa kacau.
Dah siap sangai blend halus then simpan la dalam bekas kedap udara. Nanti tingal tabur or gaul je dalam bubur nasik baby. Nanti jangan lupa simpan dalam peti ais tau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan ringkas tapi mengenyangkan seperti bebola ayam boleh dijadikan pengganti nasi bagi anak-anak yang tak suka makan nasi. Tapi mama kenalah bijak sediakan bebola homemade supaya terjamin kandungannya. Paling penting bebas garam dan perasa, barulah senang hati nak bagi anak makan.
Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Md Som di facebooknya ini boleh mama cuba untuk variasikan hidangan di rumah. Sesekali mencuba resipi orang lain boleh juga menambahkan ilmu memasak. Anak-anak pun suka. Jom cuba!
Resipi Ringkas Tapi Sedap
Bebola adalah makanan yang ramai diantara kita selalu gunakan dalam menu pemakanan. Yang budak-budak memang suka makan. Nak masak pun senang, setakat goreng pun selalu tak cukup. Campak dalam mee buat rencah, masak sup dan macam-macam la yang menyenangkan para ibu-ibu jadikan sebagai pilihan menu ringkas.
Saya gunakan dada ayam frozen yang sudah dibuang tulang. Kita tinggal nak buang kulit sikit saja. Harga lebih kurang dari RM18.50 – RM 23.00 untuk 2 kilo. Resepi ini dapat banyak juga. Lepas la seminggu nak guna kalau kat rumah saya. Bahan-bahan tambahan lain pula macam jenis sayur dan herba ikut pada kreativiti dan kesukaan anak-anak.
Tekstur resepi ini agak padat sebab saya kisar tanpa tambah air. Jika adunan agak lembut, boleh imbangkan dengan lebihkan tepung jagung dan serbuk roti. Penggunaan serbuk roti memberikan rasa macam bebola yang beli di kedai. Sebab nampak budak-budak lagi selera nak makan dari hanya guna ayam dan tepung sebagai bahan asas.
1. Dada ayam 2 kilo dikisar halus.
2. Herba kesukaan dan seasoning ( seasoning sebagai pengganti garam )
3. Lobak merah dan daun sup.
4.Tepung jagung 1/2 cawan
5. Serbuk roti 3 cawan ( guna yang asli pun boleh )
6. Telur sebiji ( Lupa nak interprem daaa )
Ini lah rupa lobak merah, daun sup dan telur dikisar halus bersama.
Dah selesai kisar, campak segala bahan bersama. Gaulkan dan imbangkan kepekatan serta rasa yang kita suka. Jika nak guna garam, buat air garam lagi senang untuk kita adjust.
Bulat-bulatkan sebelum di rebus. Untuk tekstur yang agak lembut dan melekit boleh bentukkan semasa merebus.
Rebus sampai yang dah masak akan naik ke atas.
Ini lah rupa yang dah siap digoreng. Adalah sikit rupa macam yang beli kat kedai kannnn.
Jom cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan menu berkuah, bersantan dan sambal, apa kata kita cuba menu ringkas pula untuk hidangan sekeluarga. Telur goreng belacan ini tidak kurang hebatnya. Pedas lagi menyengat. Menu ringkas dan simple semacam ini sememangnya buat kita makan nasi bertambah.
Resipi ringkas Wan Luqman ini mama kena cuba, cukup padu! Resipi pun ringkas dan menjimatkan masa di dapur.
Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu. Jadi hari-hari lah kita makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.
Harini resepi TELUR GORENG BELACAN. Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan…belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau. Haha.
Ni je bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih
Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu. Haha…
Tumbuk sampai jadi macam ni.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan sedikit serbuk perasa.
Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandailah.
Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.
Eh lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam…next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu.
Hidangkan, taburlah daun bawang ke bawang goreng ke. Sedia dinikmati!
Walaupun kita beraya dalam tempoh PKPB dan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung, kita masih boleh menghargai waktu di rumah bersama anak-anak. Para isteri pula semakin bersemangat untuk mencuba pelbagai resipi baharu.
Terdahulu, tular resipi roti puri ini. Dimakan bersama kuah kari atau sambal sardin. Modal untuk menghasilkannya juga tidak mahal, sangat sesuai untuk anak-anak. Kalau ada lebihan rendang, boleh juga dimakan bersama roti puti ini. Resipi roti puri ini dikongsikan oleh Eisya Rahman melalui laman Facebook. Jika masih ada para ibu yang belum mencubanya, bolehlah dibuat.
Ikuti perkongsiannya ini:
Assalammualaikum
Dalam tempoh RMO ni Kaksha nak ucapkan terima kasih Kepada rakan-rakan Fesbuk yang bagi sumbangan resepi di muka buku masing-masing sebagai ibu anak 4, buntu hari-hari nak masak apa
Tak pernah buat roti puri inilah pertama kali Bukan makanan mahal Inshaa Allah semua mampu makan Kenyangkan perut yang gelisah Ceriakan anak bila roti kembung dan bulat macam perut Doraemon
Muka hepi hepi masak pong pang pong pang bukan bermakna hati tidak gundah gelana memikirkan barisan hadapan yang sedang berjuang kami pun ada orang tersayang, ahli keluarga dan rakan baik yang berada di luar sana
Biarlah badan kita negatif virus tapi minda kita masih positif dalam menghadapi fikiran yang ‘super complicated’ rasa jiwa yang paranoid berfikir secara baik, menulis secara baik dan berkata secara baik moga yang datang pun baik-baik
Duduk di rumah, solat awal waktu, zikir dan doa.
Resipi Roti Puri
Bahan-bahan Roti Puri:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Cara-cara :
1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata
3. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
4. Perap selama 15 minit
5. Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan
Lenyekkan dengan penggelek
6. Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya).Goreng sampai agak kekuningan
7. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal ikan bilis/sardin/kari.
Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul betul garing.
2. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
3. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, cili merah hiris dan bawang besar hiris. Boleh lah diangkat untuk dihidangkan.
*Resipi ini diambil dari blog masakan AzieKitchen. Mudah sangat, selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!