Selain pizza yang dihasilkan daripada kepingan roti gardenia untuk ke sekolah, Homemade Garlic Bread ini juga antara yang cukup mudah mama sediakan di pagi hari. Tak perlu bahan yang banyak, hanya perlukan tiga bahan sahaja dan teruslah dibakar. Tak perlulah buang masa yang lama di dapur. Cukup mudah!
Resipi Homemade Garlic Bread yang dikongsikan oleh Pn Nurhazwana Nazir untuk bayinya, Melur ini cukup ringkas. Bukan bayi sahaja berselera, mak ayah pun boleh tumpang sekali. Jom cuba resipi ringkas tapi sedap ini!
HOMEMADE GARLIC BREAD
1 sudu Unsalted Butter
2 keping roti (sebaiknya roti wholemeal)
Mixed Herbs
Bawang putih 3 ulas -ditumbuk
Sapu Unsalted Butter & bawang putih pada roti.
Tambah Mixed Herbs.
Bakar Suhu 160c selama 10 minit. Siap!
Lagi rangup lagi Melur suka
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Cuba: Bubur Ayam Jadi Lebih Sedap Terangkat Dengan Tambahan Bahan Special, Memang Power!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI