Sejak anak kita kecil, kita sebagai ibu bapalah yang memainkan peranan dalam memilih makanan pada anak. Anak-anak ikutkan sahaja. Bila serasi dengan seleranya, barulah dia mula makan bertambah. Jadi kitalah yang sepatutnya membuat keputusan apa makanan terbaik dan kaya nutrisi untuk anak kita.

Malah menurut Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera juga turut berpesan agar cuba mengelakkan beberapa jenis makanan yang sudah semestinya tidak memberi apa-apa nutrisi buat anak kecil kita.

Malah menerusi perkongsiannnya di instagram, beliau turut berkongsi beberapa jenis makanan yang mempunyai nutrien penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Sebaiknya cubalah seperti yang disarankan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

“3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran” – Dr Izzar Anwari


Pemakanan sihat untuk kanak-kanak amatlah penting tumbesaran dan perkembangan yang normal dan juga untuk mencegah pelbagai penyakit.

Jom tengok jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak:

✅ Nasi, mi, roti, bijiran – Membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama.

✅ Buah-buahan dan sayuran – Membekalkan vitamin, serat, dan mineral yang penting untuk meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit.

✅ Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang – Membekalkan protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Protein amat penting untuk membina dan membaiki tisu-tisu otot, organ, darah, rambut, dan kuku. Sistem imun badan akan terganggu kalau protein tak cukup.

IKLAN

✅ Susu dan Produk tenusu – Sumber yang penting kerana kaya dengan kalsium, protein dan riboflavin. Kalsium membantu dalam menguatkan tulang dan gigi. Kalsium amat penting semasa fasa kanak-kanak membesar semasa tulang mereka tengah membina. Contoh produk tenusu adalah seperti yogurt dan keju.

“3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran” – Dr Izzar Anwari

✅ Lemak – Lemak memainkan peranan penting dalam diet kanak-kanak kerana ia membekalkan asid lemak perlu serta membantu penyerapan vitamin larut-lemak. Ikan, dan minyak sayuran mengandungi lemak baik (unsaturated fat). Daging, ayam, mentega, minyak kelapa, ais krim mengandungi lemak tak tak baik (saturated fat).

Elak 3 Jenis Makanan
Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut mendedahkan tiga makanan yang sama sekali patut dielakkan oleh semua ibu bapa. Walaupun mengejar masa kerana bekerja, tiga makanan yang dikongsinya patut sama sekali dijauhi kerana tidak mempunyai nutrisi untuk kanak-kanak.

Malah bapa kepada Ayra Aneesah ini juga turut berpesan agar mengurangkan minuman tinggi gula kepada anak kecil. Malah katanya lagi, cubalah galakkan anak-anak bersenam dan menyeru agar ibu bapa turut melakukan aktiviti itu bersama-sama. Barulah anak makin seronok.

IKLAN

“3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran” – Dr Izzar Anwari

“Amat penting untuk ibu bapa memberi anak-anak makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan yang diterangkan tadi. Pastikan diet anak-anak adalah SEIMBANG, SEDERHANA, dan PELBAGAI.

“ELAKKAN dari memberi anak-anak junk food seperti nugget, sosej, fries, serta fast food yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta perasa tambahan. Tak patut dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran. Dapat penyakit adalah. Gula-gula, dan air manis pun elakkanlah. Kang obese anak. Kasi minum air kosong dan susu je.

“GALAKKAN anak-anak untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal keluarkan peluh. Ibu bapa pun joinla sama. 🏃

“Kesimpulannya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak untuk menyediakan hidangan makanan sihat serta melakukan aktiviti gaya hidup sihat. Jadi contoh kepada anak-anak. Baru anak-anak ikut kan,” katanya berkongsi.

IKLAN

Jadi walau sibuk macam mana sekalipun, usahakanlah untuk melakukan aktiviti sihat dengan anak-anak dan jangan lupa turut menjaga pemakanan anak supaya daya imun anak makin kuat dan sihat.

View this post on Instagram

Pemakanan sihat untuk kanak2 amatlah penting tumbesaran & perkembangan yang normal dan juga untuk mencegah pelbagai penyakit.🥗🍱 Jom tengok jenis2 makanan yang mempunyai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak2 : ✅ Nasi, mi, roti, bijiran – Membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama. ✅ Buah2 dan sayuran – Membekalkan vitamin, serat, dan mineral yang penting untuk meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit ✅ Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang – Membekalkan protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Protein amat penting untuk membina dan membaiki tisu2 otot, organ, darah, rambut, dan kuku. Sistem imun badan akan terganggu kalau protein tak cukup ✅ Susu dan Produk tenusu – Sumber yang penting kerana kaya dengan kalsium, protein dan riboflavin. Kalsium membantu dalam menguatkan tulang dan gigi. Kalsium amat penting semasa fasa kanak2 membesar semasa tulang mereka tengah membina. Contoh produk tenusu adalah seperti yogurt dan keju ✅ Lemak – Lemak memainkan peranan penting dalam diet kanak-kanak kerana ia membekalkan asid lemak perlu serta membantu penyerapan vitamin larut-lemak. Ikan, dan minyak sayuran mengandungi lemak baik (unsaturated fat). Daging, ayam, mentega, minyak kelapa, ais krim mengandungi lemak tak tak baik (saturated fat). Amat penting untuk ibu bapa memberi anak2 makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan yang diterangkan tadi. Pastikan diet anak2 adalah SEIMBANG, SEDERHANA, dan PELBAGAI. ELAKKAN dari memberi anak2 junk food seperti nugget, sosej, fries, serta fast food yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta perasa tambahan. Tak patut dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran. Dapat penyakit adalah. Gula2, dan air manis pun elakkanlah. Kang obese anak. Kasi minum air kosong dan susu je. GALAKKAN anak2 untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal keluarkan peluh. Ibu bapa pun joinla sama. 🏃 Kesimpulannya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak2 untuk menyediakan hidangan makanan sihat serta melakukan aktiviti gaya hidup sihat. Jadi contoh kepada anak2. Baru anak2 ikut kan? #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang ya!

“3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran” – Dr Izzar Anwari

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

Menarik: Tiada Lagi Lagu Monkeys Jumping On The Bed Baby Boy Saya Kuat Anak Jaclyn Victor Alami Kecederaan Bahu!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI