Pada Ahad lepas pihak polis telah menerima panggilan pada kira-kira 1.20 tengah hari melaporkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Yadi Klang dan kematian kanak-kanak itu disahkan oleh pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian.
Bedah siasat yang dijalankan pada keesokannya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, mendapati bahawa punca kematian adalah kerana kecederaan intra abdomen akibat hentakan objek tumpul serta terdapat kira-kira 41 kesan kecederaan baru dan lama di tubuh mangsa
Polis telah menahan sepasang suami isteri semalam kerana disyaki mendera sehingga mati anak asuhan mereka yang berusia empat tahun pada 29 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata berdasarkan siasatan awal pasangan rakyat tempatan berusia 36 dan 30 tahun itu turut dipercayai mendera seorang lagi anak asuhan mereka dan dua orang anak mereka.
Ads
Tambah Shamsul Amar, semasa pegawainya sedang membuat siasatan ke atas pasangan berkenaan, pegawainya turut membuat pemeriksaan fizikal ke atas tiga kanak-kanak yang dibawa bersama oleh pasangan itu.
“Pemeriksaan di badan kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang merupakan kembar kepada si mati itu terdapat bekas kecederaan baru dan lama disyaki akibat didera oleh kedua-dua suspek.
“Dua kanak-kanak lelaki ini merupakan daripada perkahwinan terdahulu suspek wanita berkenaan dan ketiga-tiga mereka kini ditempatkan di HTAR bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.
Ads
Kenal Pengasuh Melalui Laman Sosial (Facebook)
Sumber berkata, ibu mangsa berusia 28 tahun mengenali suspek wanita berusia 30 tahun di Facebook sejak tiga tahun lalu.
Katanya, kembar berumur empat tahun itu bersama kakak tirinya berusia 10 dan 11 tahun dalam jagaan suspek dan suaminya berusia 36 tahun sejak pertengahan Ogos lalu. Difahamkan, sepanjang lebih sebulan mereka di rumah pengasuh itu, hanya sekali sahaja ibunya datang melawat.
Ads
“Ibu mangsa bekerja di Cyberjaya dan berasal dari Johor”
Menurut jiran suspek, dia kerap mendengar tangisan kuat kanak-kanak perempuan sejak tiga minggu lalu namun tidak menyangka ia berpunca daripada perbuatan dera.
Terdahulu, suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Polis menerima maklumat kejadian pada 1.21 tengah hari Ahad lalu dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada abdomennya akibat hentakan objek tumpul selain ada 41 kecederaan baharu dan lama selain lebam.
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka dan sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua.
Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT untuk anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 2, mendapat adik.
“Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga berusaha,” katanya.
Tambah Datuk Siti lagi, dia bersyukur kerana Aafiyah diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan bijak.
Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa akan berusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.
Sebelum ini Datuk Siti menantikan kehadiran Aafiyah selama 11 tahun selepas dia pernah keguguran dan melakukan rawatan IVF manakala Datuk K pula menantikan selama 18 tahun untuk memiliki anak perempuan.
Sekiranya Allah izinkan, insya-Allah akan ada rezeki untuk pasangan ini menambah cahaya mata lagi.
Sumber: Gempak & ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular, Wawa Zainal sangat teruja melihat anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar atau mesra dipanggil Attar akhirnya meminta untuk makan ayam setelah 7 tahun hanya memilih untuk makan nasi dan sup kosong sahaja.
Masalah anak memilih makanan bukan hanya terjadi kepada Wawa sahaja malah ada warga maya yang mengakui bukan mudah untuk menarik selera makan anak-anak kecil.
Video tersebut dikongsi oleh Wawa melalui instagramnya dan berharap selepas ini Attar akan meminati sayur pula.
Menurut Wawa, pada mulanya Attar masuk ke dapur dan terbau kari ayam dan apabila anak sulungnya itu mencuba ayam tersebut dia terus menyukainya dan meminta lagi untuk Wawa menyediakan menu ayam hari ini.
“Alhamdulillah after 7 years Attar dah pandai makan ayam🥺”
“Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur. dia cakap bau sedap & dia nak try. Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. so harini masakkan lagi ayam untuk Attar & he loves it!”
Gembira dengan penerimaan anak sulungnya terhadap masakan ayam, Wawa menceritakan bahawa Attar sememangnya tidak menyukai ayam dan sayur-sayuran sejak kecil hinggalah besar. Attar hanya akan makan nasi dengan sup kosong sahaja. Wawa berharap agar Attar akan menyukai sayur pula selepas ini.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi & kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak. Tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak😆😆”
Wawa sempat bertanya kepada para pengikutnya di instagram jika ada yang mempunyai pengalaman sama denganya dalam menguruskan anak ‘picky eater’
“Baru dia tau betapa nikmat & lazatnya daging ayam ni🤣 korang ada tak anak macam ni jugak??”
Rata-rata warga maya tertarik dengan kecomelan anak Wawa Zainal dan ada juga yang mengalami situasi sama seperti Wawa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.