Cemasnya keadaan apabila anak yang sihat tiba-tiba ditumbuhi tompok merah pada kulit muka dan badan. Tidak disangka telur yang di makan mengandungi bakteria berbahaya!
Telur salah satu makanan yang kaya khasiat dan tergolong dalam makanan superfood. Lazimnya pakar pediatrik akan menggalakkan ibu bapa untuk diperkenalkan telur ke dalam diet bayi bermula daripada usia 7 bulan sebelum suntikan vaksin MMR.
Antara tanda-tanda alahan telur ialah seperti bintik pelbagai bentuk yang timbul pada kulit atau dipanggil gegata (hives). Telur putih selalunya menyebabkan alergi yang kuat berbanding kuning telur. Maka berikan kuning telur terlebih dahulu sebelum putih telur.
Artikel berkaitan: Kenapa Perlu Berikan Telur Sebelum Suntikan Vaksin MMR? Ini Ulasan Pakar Pediatrik
KISAH TELUR TAK DIMASAK SEPENUHNYA!
Perkongsian daripada ibu ini boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa. Puan Rozalina Razak berkongsi kejadian berlaku kepada bayinya yang ketika itu berusia 8 bulan di mana anaknya ditumbuhi tompok merah pada muka dan badan apabila memakan telur tidak dimasak sepenuhnya. Lebih mencemaskan apabila telur tersebuat dicemari bakteria berbahaya!
“Masa ni Rania 8 bulan, ibu bagi dia makan telur yg tak dimasak 100%. Sebab nak bagi dia makan lembut-lembut kan.
“Dalam masa 3 minit lepas makan telur tu terus jadi merah-merah kat muka. Gelabah gila masa ni. Kesian sangat kat dia. Lepas tu terus pergi hospital. Dalam perjalanan naik pulak kat badan dia.
Padahal sebelum ni bagi dia makan telur takdak masalah mcm ni pun. Dok cakap mungkin dia alergik telur, rupanya tak.
Ia bukan alergik telur tapi telur yg tak dimasak sepenuhnya walaupun 80% masak telur tu ada BAKTERIA SALMONELLA.. sebab tu jadi mcm ni..
Kita yang dewasa pun kalau makan telur yg tak dimasak sepenuhnya membahayakan kesihatan.. tapi org kita selamba je makan telur goyang gedik gedik tu..
So nak buat pesanan untuk semua jangan lah jadi mcm ni ya.. jangan bagi anak anak makan telur yg tak dimasak 100%..org dewasa pun tak digalakkan utk makan sebenarnya.. tapi disebabkan takdak sakit apa pun makan je jugak kan..
Rozalina turut mengatakan ramai yang mengecam dirinya kerana memberikan makanan yang tidak selamat walhal dia sendiri tidak tahu telur tersebut berkuman.
“Saya share kisah ini untuk pengetahuan semua. Saya sendiri pun tidak tahu yang benda tu ada kuman. Telur tersebut bukan telur separuh masak tapi dah 80% masak.
Kalau saya tau benda tu membahayakan anak saya tak ada lah saya nak bagi dia makan.. Sebab saya tak nak jadi kat anak orang lain saya share dengan semua. Tapi tak apalah yang fikir negatif tu kita abaikan sahaja,” kata Rozalina kepada Pa&Ma.
Sumber: Rozalina Razak
Artikel berkaitan: “Doktor, Isteri Saya Asyik Mengidam Telur Goyang”, Wanita Hamil Sila Elakkan, Bahaya!