3 Minuman Segar Sesuai Minum Musim Panas, Ini Resipinya!

Share

Cuaca yang panas kebelakangan ini sangat sesuai kalau kita dapat nikmati minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Lagi jimat dan sedap jika kita dapat sediakan sendiri. Jom sama-sama cuba!

 

  1. Air Soda Herbs

Bahan-bahan:

  • 2 Batang serai diketuk
  • Lemon dipotong bulat
  • Daun Pudina
  • Air bekarbonat (aiskrim soda)
  • Laici tin
  • Asam boi
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau.

 

2. Air Ribena Laici 

Bahan-Bahan: 

  • 3 sudu besar jus ribena
  • 3 sudu besar air gula*
  • 3 sudu besar jus laici dalam tin
  • 3 biji laici dalam tin
  • Daun pudina
  • Air serta ais batu secukupnya
*air gula terlebih dahulu dimasak bersama daun pandan untuk aroma dan rasa lebih menarik.
Cara penyediaan:
  1. Campurkan jus ribena,air gula dan jus laici.
  2. Tuang air sejuk secukupnya.
  3. Kacau2.
  4. Tambahkan laici dan ais batu.
  5. Masukkan sedikit potongan daun pudina untuk lebih kesegaran.

 

3. Air Katira 

Bahan-bahan:

  • 1 litre air panas
  • 1 tin susu cair
    1 tin susu pekat
    Bes minuman perisa tebu(brand double lion)
    Gula secukup manis
    Air cincau dlm tin
    Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air panas,susu cair,susu pekat, bes minuman perisa tebu dan gula. Kacau sampai larut kemudian masukkan air cincau dan biji selasih.

 

 

Mudah bukan resipi ini, boleh cuba buat dan hidangkan untuk tetamu datang beraya. Selamat mencuba!

Published by
Humaira