Tanyalah mana-mana ibu ayah pasti rasa cemas bila mana anak mengalami pendarahan hidung. Apalagi anak menangis tanpa henti, ibu ayah makin bertambah cemas.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan