Anak-anak yang tengah membesar mereka akan tengok contoh yang paling dekat dengannya. Sebab itu penting tunjuk yang baik-baik depan anak.
Kajian juga banyak buktikan anak kita adalah peniru nombor satu mak ayah. Jika baik tingkah laku yang kita tunjuk dan ajar pada mereka, mereka akan ikut dan membesar jadi anak yang penuh dengan perasaan hormat.
Namun jika ibu bapa sendiri tunjukkan sikap tak baik, jangan salahkan anak jika kita nampak anak kerap tinggi suara dan tiada rasa hormat.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais seorang bapa yang suka berkongsikan ilmu keibubapaan.
3 benda ni memang saya tak akan buat depan anak..
Walaupun nasi goreng tu rasa macam pasir sekalipun jangan merungut depan anak. Diam-diam je, kalau tak boleh habis tinggalkan. Jangan makan nanti sakit perut pula.
Nak ajar anak sentiasa bersyukur masa makan la kena ajar. Kalau kita ajar mengutuk makanan, sampai ke tua nanti dia tak pandai nak bersyukur.
Yang ni memang haram! Anak memang tak boleh tengok. Sebabnya sekali kita dah marah isteri depan anak sampai besar mereka tak mahu hormat pada ibunya. Tinggi suara pun tak boleh.
Nak berbincang atau bertekak pun pilih tempat yang jauh dari anak.
Marah anak orang pun tak boleh. Walaupun anak orang tu gaduh dengan anak kita. Jangan marah! Tegur baik-baik.
Sekali kita tunjuk guna ’emosi’ marah pada sesiapa pun, sampai bila-bila anak akan ikut cara kita. Ni punca anak tak boleh bergaul dengan orang, asyik nak marah je bila kehendak dia tak di ikuti.
Kenakalan dan keburukan anak-anak tu bukan di warisi. Anak kita bukan lahir lahir je pandai tengking orang, pandai marah-marah orang.
Tapi mereka belajar daripada ‘icon’ mereka iaitu mak ayah.
Mula memberi contoh paling baik sejak anak kecil, biar anak dah besar nanti kita tak merungut.
“Bapa borek, Anak rintik”
Sumber: Mohd Fhais