Saat yang mendebarkan tetapi semuanya selamat. Itu yang buatkan pelakon Hafizul Kamal mengucapkan syukur selepas selamat menimang cahaya mata perempuan kedua beberapa hari lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
Penantian penyampai radio, Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam.
Lebih manis lagi bila mana anak pertama itu dilahirkan pada hari kebangsaan kita, 31 Ogos.
Berkongsi perkhabaran itu menerusi Instagram, sekeping gambar yang dikongsikan Issey jelas mempamerkan rasa terharunya kala memangku bayi sulungnya itu.
Kata Issey, dia bersyukur apabila diberikan peluang untuk menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
“Alhamdulillah isteri selamat bersalin dah, perasaan saya sangat seronok dan bersyukur.
“Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya.
“Alhamdulillah isteri melahirkan anak secara normal. Dia masuk wad bersalin pukul 7.30 pagi dan 1.48 petang tadi selamat bersalin,” katanya berkongsi.
Sudah ada nama untuk bayi
Menariknya kata Issey lagi, dia sebenarnya tidak menyangka isterinya melahirkan bayi sulung mereka pada hari begitu bermakna.
“Sebenarnya tak sangka dapat tarikh cantik 31 Ogos ni, sebab doktor kata kemungkinan isteri saya akan melahirkan pada hujung Ogos atau awal September,”kongsinya lagi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Issey dia dan isteri sudah pun menyediakan nama untuk bayi sulung mereka dan bakal berkongsi dalam masa terdekat.
“Nama anak kami sudah ada, Insyallah akan diumumkan dalam masa terdekat ini,”katanya lagi.
Semalam menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi Instagramnya beserta dua keping gambarnya bersama bayi.
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
” Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya dikapsyen.
Tidak hanya sekeping gambarnya bersama bayi bahkan sekeping gambar bayi tersayang turut sama dikongsikan Issey sebagai tanda simbolik kelahiran bayi merdeka.
Terdahulu Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 22 Disember 2019. Issey dan isteri turut mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu isterinya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Mstar & @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu muda ini tabah menghadapi ujian apabila anak pertamanya mengalami jantung berlubang manakala anak kedua pula jantung berlubang dan bengkak hati.
Apa sahaja demimu anak. Demikian yang dikatakan ibu tunggal tabah,Puan Normala Syakilla Arman ini tatkala bercerita tentang dua cahaya mata comelnya, Muhammad Harraz, 2 tahun & MUhammad Harizz, 2 bulan yang mengalami sakit kronik.
Kedua-duanya mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir. Namun si adik, Harizz tidak sekadar mengalami jantung berlubang, dia juga mengalami hati membengkak yang menyebabkan dia perlu dirujuk kepada pakar perubatan & pusat perubatan jantung di ibu negara hampir saban bulan. Manakala si abang pula perlu dirujuk ke IJN setiap 3 bulan sekali.
Syakilla yang dulunya bekerja terpaksa melepaskan jawatannya demi menjaga kedua-dua amanahnya itu yang sememangnya perlukan lebih perhatian. Dia mengakui sukar untuk mendapatkan orang yang boleh menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi darinya. Lebih menyedihkan ialah apabila anak-anak tidak diberikan nafkah oleh bekas suaminya.
RUTIN HARIAN & KEKERAPAN MEMBERIKAN UBAT
Ibu muda ini memulakan rutin harian seawal 6 pagi. “Setiap hari rutin saya selepas solat Subuh, kedua-dua mereka akan saya berikan ubat & dimandikan. Harizz diberikan susu menerusi tiub khas.
“Harazz makan 2 jenis ubat setiap 6 jam sekali manakala Harizz pula perlu diberikan ubat setiap 3 jam. Oleh kerana dia makan ubat & minum susu 3 jam sekali, maka tiub susu memang perlu kerap dibersihkan. Begitulah rutin saya menguruskan Harizz sehingga ke malam dan keesokkan harinya. Harazz minum susu formula dan hanya perlu diberikan ubat seperti biasa,” kata Syakilla.
PEMERIKSAAN RAPI
Kata ibu muda ini, si sulung Harraz perlu ke IJN setiap 3 bulan dan perlu dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital di Pahang setiap bulan. Manakala si kecil Harizz perlu mengambl 5 jenis ubat setiap 3 jam. Dia perlu meminum susu menggunakan tuiub dihidung untuk mengelakkn jantungnya semakin lemah bila menyusu menggunakan botol susu melalui mulut.
REDA & TERIMA UJIAN ALLAH
Apabila ditanya bagaimana dia begitu tenang menghadapi ujian ini, Syakilla mengakui dia reda semua yang berlaku walau pun pada awalnya sukar menerima kenyataan. “Saya seperti ibu-ibu lain, perasaan sedih kecewa semua ada, Yelah anak sulung pun belum sihat sepenuhnya lagi, sudah diuji dengan anak kedua dengan penyakit yang sama. Memang sedih, tapi saya reda dan terima dengan hati terbuka ujian Allah beri kepada saya ini.”
KOS TINGGI
Syakilla turut mengakui kos pembedahan dan prosedur rawatan Harraz & Harizz dianggarkan sebanyak RM30 ribu untuk setiap seorang. Tidak termasuk kos ulang alik ke IJN setiap seorang rm200, minyak kereta dan sebagainya.
“Saya ibu tunggal membesarkan ank tanpa nafkah dari suami. Penceraian terjadi semasa saya mengandungkn Harizz. Kini apabila tidak bekerja saya hanya bergantung kepada ayah yang bekerja kilang. Selain itu saya ada adik 4 orang adik yang masih bersekolah yang perlu ditanggung oleh ayah,”kata Syakilla.
Bagi anda yang ingin meringankan beban ibu ini,bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Normala Syakilla Binti Arman melalui akaun Bank Islam 06037023296993.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika membeli barangan dapur, kita sering kali melihat label “Use By” dan “Best Before” pada bungkusan makanan. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksud di sebalik istilah-istilah ini. Mengetahui perbezaannya bukan sahaja penting untuk keselamatan makanan, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran.
Label “Use By” merujuk kepada tarikh terakhir makanan itu selamat untuk dimakan. Ia biasanya digunakan untuk makanan yang mudah rosak seperti susu, daging segar, atau makanan yang perlu disimpan sejuk. Jika makanan telah melepasi tarikh ini, ia tidak lagi selamat dimakan walaupun kelihatan, berbau atau rasa masih baik. Makanan seperti ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
Contoh makanan berlabel “Use By”:
Susu segar
Yogurt
Daging mentah
Makanan siap masak sejuk beku
Selepas tarikh ini, makanan tidak lagi selamat dimakan walaupun ia mungkin masih kelihatan baik atau tidak berbau.
Sementara itu, label ini merujuk kepada kualiti makanan, bukan keselamatannya. Tarikh ini menunjukkan sehingga bila makanan itu berada dalam keadaan terbaik dari segi rasa, tekstur dan nutrisi. Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan tetapi mungkin tidak lagi mempunyai kualiti terbaik.
Contoh makanan berlabel “Best Before”:
Biskut
Pasta kering
Bijirin sarapan
Coklat
Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan, selagi ia tidak berkulat, berbau pelik, atau berubah rasa drastik.
Gunakan akal dan deria: bau, rasa dan lihat.
Simpan makanan di tempat kering, sejuk dan gelap (pantry atau almari makanan).
Tahukah anda? Sejuta tan makanan dibazirkan setiap tahun di seluruh dunia kerana salah faham tentang label ini. Dengan memahami perbezaan ini:
Anda boleh kurangkan pembaziran makanan.
Jimat wang dengan guna makanan secara bijak.
Elakkan keracunan makanan dengan ikuti panduan penyimpanan.
Semak tarikh sebelum beli, terutama untuk makanan segar.
Gunakan makanan yang berlabel “Guna Sebelum” dulu sebelum tarikh tamat.
Labelkan makanan dengan tarikh buka, jika tiada.
Bekukan makanan sebelum tarikh “Guna Sebelum” jika tak sempat guna.
Amalkan sistem FIFO (First In, First Out) di dapur, guna stok lama dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!