Saat yang mendebarkan tetapi semuanya selamat. Itu yang buatkan pelakon Hafizul Kamal mengucapkan syukur selepas selamat menimang cahaya mata perempuan kedua beberapa hari lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
“Alhamdulillah seorang lagi princess untuk daddy,” tulisnya secara ringkas.
Hafizul telah memuat naik foto menggendong bayinya itu selain berkongsi gambar kini tiga ‘princess’ telah berjaya menawan hatinya.
Dalam pada itu, isterinya, Mieja Ibrahim turut berkongsi di laman Twitter miliknya.
Kata Mieja, mereka terpaksa menghadapi situasi getir apabila tali pusat bayi tersebut terbelit sebanyak dua kali ketika pembedahan dijalankan.
“Alhamdulillah. Raisya dapat adik perempuan berat 2.75kg pukul 8.30am tadi.
“Walaupun dua kali terbelit tali pusat tapi doktor berjaya keluarkan baby dalam keadaan selamat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Hafizul dan Mieja serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Terdahulu, pelakon filem PASKAL The Movie ini mendirikan rumah tangga dengan Mieja pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.