Menjadi suri rumah bukanya mudah, rutin setiap hari bermula seawal subuh dan berakhir hingga lewat malam. Banyak urusan rumah yang perlu diselesaikan setiap hari. Tanpa suri rumah tiadalah rumah yang kemas teratur, makanan yang enak dihidang di atas meja, baju yang bersih tergantung dalam almari.
Bila kita sendiri yang berada dalam situasi ‘suri rumah’ barulah kita memahami bagaimana penatnya tugas menjadi suri rumah. Hal ini diakui sendiri oleh bapa tunggal kepada 3 cahaya mata. Dia mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anak-anak tanpa bantuan sesiapa. Ikuti perkongsian beliau.
Genap sudah 3 tahun aku jadi bapa tunggal.
Tiga tahun membesarkan budak kecil umur 4, 2 dan 7 bulan bersendirian sampailah depa besar. Dari baby yang baru merangkak sekarang dah siap boleh flying kick bila bergaduh dengan abang-abang dia.
Apa yang aku belajar selama 3 tahun ini?
1. Jadi surirumah sepenuh masa ni adalah kerja yang berat yakmat. Respek betul pada mak-mak yang anak ramai. Duduk rumah sepenuh masa dan berbakti pada keluarga dari 5 pagi sampailah 11 malam setiap hari non-stop sepanjang berpuluh tahun. Huge respect.
2. Penat urus rumahtangga ni lain maciam betul. Kalau dapat offer untuk pergi kerja 16 jam sehari aku lebih rela dari duduk urus rumah dan anak-anak selama 16 jam sehari. Nampak macam mudah, eleh duduk rumah jer pun. Tapi tidak sama sekali. Silalah cuba bagi siapa yang belum pernah tu.
3. Surirumah perlu keluar ambil angin. Duduk terperuk di rumah 24 jam sehari memang boleh buat jiwa jadi gelap oihh. Kena keluar juga tengok dunia. So kena juga keluar pergi mall ke, kedai ke, atau dalam kereta pusing-pusing tengok highway pun jadilah. Bukan mengada-ngada nak keluar tapi nak bagi kelegaan pada mata dan otak.
4. Kena ada “me time” weh. Inilah yang paling dikehendaki. Tak lama pun cuma 4-5 jam dah memadai. Sebab kalau lama pun dia akan jadi susah hati jugak lepas tu. Dia dah mula rindu anak, dah mula wonder apa yang jadi kat rumah tu dan macam-macam. But seminggu sekali at least kena ada me time ni. Dapat jalan sorang-sorang kat mall, dapat pergi spa, dapat shopping. Heaven noh rasa dia.
5. Kena ada bantuan. Bukan tak boleh buat semua kerja bersendirian, tapi sesekali bila ada bantuan, rasa lega dan lapang jiwa. So kalau ada orang tolong angkat kain, buan sampah, cuci toilet, vakum karpet, mop lantai atau cuci pinggan sendiri lepas makan pun dia syukur sangat dah.
Begitulah.
Ada banyak lagi tapi malas tulis panjang-panjang. Sesungguhnya jadi pengurus anak dan rumahtangga sepenuh masa ni memang tough gila.
Tambahan yang seorang diri macam aku ni. Awal-awal dulu kira nak nangis jer. Penat dan stress. Tapi bila dah lama macam ni, layan jer semua. Penat dan stress tetap sama, tapi dah tahu cara nak handle dah.
So, suka aku nak berpesan pada korang yang masih ada pasangan tu, salinglah bantu membantu. Suami yang masih ada isteri tu bersyukurlah banyak-banyak. Rajinlah tolong dia, ringankanlah beban dia.
Sesungguhnya bila salah seorang dah takde nanti waktu tu barulah kau rasa. Barulah kau sedar yang tugas itu sangat berat dan menyesal sebab tak bantu dia.
Lagipun aku dengar orang pompuan selalu kata, suami yang basuh pinggan, jemur dan lipat kain, cuci toilet, vakum dan mop serta pandai buat nasi goreng kampung adalah lelaki yang seksi dan idaman para suri.
Depa lah kata.
Aku sampaikan saja.
#superdaddy
Kredit:Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI