Bagi kebanyakan ibu bapa, jantina bayi pada kebiasaannya diketahui selepas bayi tersebut dilahirkan. Ada juga yang memilih untuk tidak mahu mengetahuinya walaupun jantina tersebut boleh diketahui melalui ujian pengimejan.
Ini bertujuan sebagai satu kejutan untuk mereka mengetahui jantina anak sejurus setelah bayi dilahirkan.
Bagi mereka yang merancang untuk memilih nama anak, tetapi masih tidak mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, kami ada cadangan untuk anda.
Berikut disenaraikan beberapa nama anak yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina beserta maksudnya.
Afif: Yang mempunyai harga diri
Afiq: Yang mulia
Afnan: Pepohon yang berbuah/kecantikan
Aiman: Yang bertuah/berkat
Akmal: Yang sempurna
Badrulmunir: Bulan bercahaya
Baheera: Cantik/berseri/elok/indah
Baiduri: Permata
Baqir: Sangat pandai/terpelajar
Basri: Penglihatanku
Dahin: Yang cerdik
Daim: Yang berpanjangan
Daiyan: Hakim/pelindung
Daneen: Puteri
Daris: Pembaca/pelajar
Eijaz: Keajaiban
Essam: Melindungi
Faeeq: Tertinggi/utama/terkenal
Fahim: Yang faham/pintar
Fahmi: Kefahamanku/pemahaman
Fairuz: Nama sejenis batu permata
Ghali: Mahal/sesuatu yang bernilai tinggi
Ghazi: Penakluk/perajurit di medan perang
Nadhim: Pengatur
Naim: Kesenangan
Nasrat: Kemenangan
Nasrul-haq: Pertolongan kebenaran
Nudhar: Emas
Nurhan: Cahaya raja
Orkid: Bunga orkid cantik
Pemilihan nama-nama anak yang baik adalah penting bagi semua individu. Mengapa? Kerana setiap nama yang diberikan kepada bayi adalah ibarat satu doa kepadanya sepanjang hidupnya.
Nama yang baik akan membentuk peribadi yang elok pada bayi kelak.
Sumber: Hello doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak Degil, Tak Solat, Jangan Salahkan Anak! Kita Sendiri Perlu Jadi Orang Yang Kita Nak Anak Jadi
Sebagai ibu bapa kita nak yang terbaik untuk anak-anak. Tapi sebelum impikan anak-anak jadi yang terbaik, kita sebagai ibu bapa perlu yang yang terbaik supaya anak dapat mencontohi kita.
Benda yang paling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak adalah sikap. Saya dulu pun perangai panas baran, tak sabar, degil, tak reti hormat orang, rasa diri sendiri je betul.
Tapi tahun demi tahun, especially bila dah jadi mak, saya mula perasan,anak2 ni memang nature dia susah nak dengar arahan.
Kita ajar lah macam mana pun, kita berbuih lah nasihat macam mana pun, kita bebel lah sepanjang hari pun, kita hantar lah kat sekolah bagus macam mana pun, anak2 still tak dengar cakap, still memberontak, still tak jadi anak yang macam mana kita impikan.
Tapi after soooo many years baru saya sedar, formula dia cuma satu!
KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI
Anak tak perlukan nasihat, Anak tak perlukan bebelan, Anak tak perlukan pendidik.
Mereka cuma perlukan CONTOH.
Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman. One of my favourite mantra yang saya selalu share dalam talk/seminar BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER.
Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling. Orang lain panas, dia panas.
Orang lain sejuk, dia sejuk.
Tapi termostat tak. Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan. Walau macam mana pun suhu orang sekeliling, termostat takkan ubah suhu dia sampai lama2 semua orang sekeliling ubah suhu sama macam suhu dia.
Itu termostat. It sets the standard, and influences the surrounding. Tipu kalau saya kata Haikal ni anak yg baik macam malaikat. Ada hari, dia memang baik. Tapi ada hari, saya rasa nak marah.
There are times Haikal liat gilaaa nak solat. But before saya marah dia, I reset my solat standard first — solat awal waktu, increase khusyuk, etc.
Tak lama lepas tu, i can see improvements pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.
There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif. Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk. Before saya hempok dia dengan remote, I reset the standard of my screen time first, hadkan masa dengan TV/phone, rancang activities without screen, read books, read Quran, exercise, etc.
Tak lama lepas tu, i can see improvements pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, keluar main dengan kawan2.
And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan kami. Sebelum berkasar dan melawan dia balik, we reset our standard of handling our own anger, patience, communication first.
Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf, etc.
My point is, kita sebagai ibu bapa. We’re the thermostat. We set the standard, and our children will follow accordingly.
But of course, setiap progress perlukan masa. Buat sehari, tak jadi apa, sabar.
Teruskan buat hari kedua dan seterusnya. Trust the process, and don’t lower down your standard.
Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan. Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit.
Just be consistent in improving yourself.
Macam air yang menitis atas batu, lama2 akan menghakis batu bukan kerana tekanan air tu kuat, tapi kerana konsistensi titisannya.
Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi, termostat yang lebih berkualiti.
Sumber: Adlil Rajiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Benar! 25 Tahun Jadi Perokok Tegar, Bapa Berjaya Berhenti Serta Merta Kerana Anak
Demi isteri dan anak, apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi. Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga, bapa ini sanggup berhenti merokok serta-merta.
Rokok menyebabkan ketagihan. Memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan. Apa yang dilakukan bapa ini wajar dicontohi. Tidak ada yang mustahil apabila beliau benar-benar tekad berhenti merokok. Dugaan melalui seksa selama sebulan pertama amat menguji. Khairul Abdullah berkongsi 6 tips yang diakukannya yang boleh dijadikan panduan.
6 Perkara Yang Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Tak teringin langsung.
Sekian.
Sumber: Khairul Abdullah
Artikel berkaitan: “Saya Mommy, Sayalah Daddy.” Jaga Amanah Isteri Bukan Mudah. Walaupun Penat, Puas Hati!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Buat Urutan Menaikkan Uri, Boleh Sebabkan Pendarahan & Bayi Meninggal
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan anda berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, anda dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan
Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, anda dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin.
Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, anda mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Anda akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri anda terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI