Seorang bayi menanggung kesakitan hampir 30 minit apabila tangannya tersepit pada bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak.
Kejadian berlaku pada jam 6.35 petang itu menyebabkan bayi berkenaan meraung kesakitan apabila tangan kirinya sehingga ke bahagian pergelangan tersepit di bawah pemegang eskalator yang sedang bergerak.
Terdengar Jeritan
Seorang saksi, Nurul Huda Abdul Yazid, 23, berkata, kejadian disedari berlaku apabila terdengar jeritan daripada pengunjung pasar raya yang ketika itu sedang menuruni eskalator tersebut dan melihat tangan bayi tersepit.
“Saya ketika itu berada berhampiran eskalator terkejut lalu berlari ke arah mangsa untuk membantu, namun tangan kecilnya tersepit dengan kuat sehingga jari kelengkeng kelihatan seperti membengkok.
Ads
“Nasib baik seorang pengunjung menekan butang berhenti kecemasan pada bahagian bawah tangga berkenaan.
“Orang ramai mengerumuni mangsa untuk membantu namun tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Ads
Di Kejarkan Ke Hospital
Katanya, pasukan penyelenggaraan pasar raya kemudian membantu mengeluarkan tangan mangsa dan berjaya sebelum bayi bersama ibu bapanya dibawa ke Hospital Pakar KPJ Perdana di sini untuk rawatan.
Difahamkan ketika kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 30-an sedang memilih bingkai cermin mata di sebuah kedai bersebelahan eskalator tersebut manakala mangsa pula di bawah pengawasan bapanya.
Ads
Tidak Mengalami Kecderaan Teruk
Bayi itu juga dikatakan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan terperinci di hospital tersebut.
Rakaman kejadian itu turut tular di aplikasi WhatApps semalam yang memaparkan bayi tersebut menangis sekuat hati dengan sebelah tangannya tersepit pada eskalator terbabit. Eskalator berkenaan ditutup kepada orang ramai selepas insiden yang berlaku semalam.
Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 bayi yang ceria. Si kecil berkulit putih, halus dan gebu ini menjadi pujaan ramai.
Kemunculan Ayden memegang watak Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda menjadikan si kecil ini mula dikenali. Lakonannya sebagai sebagai anak angkat kepada Danny lakonan Remy Ishak dan Tiara lakonan Mira Filzah dalam drama tersebut adalah titik tolak populariti anak kecil ini.
Ayden berlakon dalam lebih 300 scene dalam drama itu. Penggambaran drama 28 episod yang bermula daripada awal Oktober hingga akhir Disember 2018. Dari Ayden belum ada gigi hinggalah giginya tumbuh!
PERSONALITI EASY GOING
Mempunyai personaliti easy going, anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar yang mempunyai darah campuran Cina, Vietnam, Cambodia, Indonesia & Portugal ini amat mudah dijaga.
“Ayden tidak pernah meragam sejak lahir. Semasa proses berpantang, dia tidak pernah berjaga malam. Selepas ditukar lampin & menyusu, terus tidur semula,” ujar ibunya.
RAHSIA KULIT PUTIH GEBU
Selain itu, Anna juga turut berkongsi semasa hamilkan Ayden, dia turut mengalami morning sickness. Selain itu, dia turut berkongsi amalan meminum air kelapa tanpa gula dari usia kandungan 7 bulan. Rupa-rupanya inilah rahsia kulit nampak bersih, ibu Ayden Mikael beri petua minum air kelapa!
Ayden dilahirkan ketika usia kehamilan ibunya 39 minggu 6 hari. Dilahirkan melalui pembedahan caesarean, sewaktu lahir si cilik ini seberat 3.18kg.
Semasa temu ramah dilakukan, Ayden sudah pun boleh menggunakan penyedut minuman. Selain itu, dia juga sudah boleh berpegang dan berpaut kepada perabot. Walau pun skip merangkak, Ayden sudah boleh mengengsot untuk bergerak.
Tidak seperti kebanyakan bayi yang mempunyai objek/ mainan kegemaran, Ayden lebih suka diagah dan berkomunikasi dengan orang sekeliling.
AYDEN SELALU DIPANGGIL IQY
Selepas drama ditayangkan, ramai yang memanggil Ayden dengan panggilan Iqy. Ibunya mengakui selepas Ayden berlakon, ke mana-mana mesti sentiasa proper sebab ramai yang mula mengenali Ayden. Populariti yang tidak dijangka ini menyebabkan ada yang membuka akaun palsu menggunakan nama & gambar Ayden Mikael. Hal ini menyebabkan Anna lebih berhati-hati.
Anda nak tahu lanjut mengenai Ayden Mikail, boleh dapatkan naskhah majalah Pa&Ma Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lebih banyak cerita yang dikongsikan dalam ruangan Penghias Kulit, Pa&Ma Edisi Mac 2019!
Rezeki setiap orang tak sama. Kadang bila kita rasa susah sebenarnya ada lagi yang lebih susah dan memerlukan daripada kita. Walaupun kita sekeluarga hidup secara sederhana, masih cukup makan dan minum, dapat besarkan anak dengan sempurna dan tinggal di rumah yang selesa itu semua dah cukup baik.
Kadang kehidupan orang lain belum tentu sebaik kita dan ada yang perlu catu makanan untuk pastikan ada lagi makanan untuk hari esok bersama keluarga.
Bawa anak keluar kutip tin, botol nak beli makanan
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor, Shamsiah Shaaban masih ada lagi insan yang sanggup keluar mencari rezeki walaupun kerajaan mengehadkan pergerakan semata-mata nak pastikan anak-anak tak lapar.
Menurut Shamsiah dalam posting di Facebooknya baru-baru ini, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Dalam perjalanan pulang itu, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.
“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya.
Anak minta nak akan nasi lauk telur
Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.
Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.
Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.
“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.
“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.
Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.
Rentetan dari kisah yang tular itu, Shamsiah bersyukur ramai yang telah menghulurkan sumbangan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga tersebut berada dalam keadaan baik.
Banyak sumbangan yang diterima dan kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan keluarga ini, ” katanya.
Anak kecil tidur di atas tilam yang usang
Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.
“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.
Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.
“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.
Sekiranya ada yang masih nak menghulurkan sumbangan boleh salurkan sumbangan anda melalui
MAYBANK BERHAD 551043529587 MRA JOHOR
==============================
Atau boleh berhubung klik talian WhatsApp Official MRA Johor www.wasap.my/601132723337/mrajohor
Pemergian kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui dalam keadaan tragis dan dipercayai lemas dalam tong air beberapa hari lalu begitu membuatkan rakyat Malaysia bersedih. Ini kerana cara kematiannya benar-benar menyayat hati.
Walaupun baru kembali kepada ibu kandung tiga bulan lalu selepas dijaga oleh keluarga angkat ketika usianya dua bulan, adik Amir dipercayai di dera ibu kandung dan bapa tirinya kerana terdapat kesan kecederaan di kepala dan lebam pada beberapa anggota badan.
Waris tuntut jenazah adik Amir
Bagaimanapun, hasrat keluarga angkatnya yang ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang Selangor dan dikebumikan disana tidak kesampaian selepas jenazah diserahkan kepada waris.
Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.
Setakat ini, laporan daripada bedah siasat belum diperoleh dan pihak keluarga angkat memohon agar orang ramai dapat mendoakan urusan pengebumian dipermudahkan pada hari ini. Mereka juga menyerahkan segala urusan berkaitan kes kepada pihak polis.
Doakan umi kuat
Dalam pada itu, mereka juga berharap orang ramai sudi mendoakan kekuatan ibu mereka kerana wanita itu begitu sedih dengan keputusan tersebut berikutan hasrat membawa pulang jenazah Amir tidak kesampaian.
Hal ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang hak walaupun telah mengasuh Amir sejak berusia dua bulan sebelum diminta kembali oleh ibu kandungnya pada tiga bulan yang lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.