30 Minit Sebelum Tidur Waktu Terbaik Nasihat Anak. Inilah Senjata Melembutkan Hatinya

Share

Lembutkan hati anak sangat mudah jika ibu bapa tahu cara nak tackle mereka. Kena ingat apa yang anda lakukan, itulah salah satu senjata untuk anak lebih memahami dan mendengar kata.

Jika dari kecil anak dibiasakan dengan kelantangan suara ibu bapa, selalu dipukul sampai besar pun anak akan ingat ye. Sebenarnya banyak cara yang boleh kita buat dengan menggunakan pendekatan lebih rasional dan seterusnya menyentuh hati anak-anak.

Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim boleh dimanfaatkan bersama. Somga kita dapat jadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.

Senjata melembutkan hati anak

  1. Sabar, solat & doa – Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
  2. Mata – Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal dirinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
  3. Sentuhan & pelukan – Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.

  1. Sekeping nota – Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
  2. Hobi – Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka sedang gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
  3. 30 minit waktu bersama sebelum tidur – 30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.

Sumber: Ashikin Hashim

Published by
Wan Amy