30 minit menahan kesakitan, di pertengahan Ramadan ini kanak-kanak 3 tahun kehilangan jari telunjuk.
Anak kecil mudah terdedah kepada kemalangan. Aktif dan suka meneroka, lagi-lagi bila sudah pandai bergerak sendiri seperti berjalan dan merangkak. Justeru, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan mengawal.
JARI TELUNJUK KIRI TERSEPIT
Gerah Ramadan kali ini, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kehilangan jari telunjuk tangan kiri. Kejadian yang selepas tersepit di dalam mesin pengisar di sebuah premis di Klang.
MENANGGUNG SAKIT 30 MINIT
Lebih memilukan ialah si kecil ini perlu menanggung sakit selama 30 minit. Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, kanak-kanak warga Indonesia itu terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.
SI KECIL MENEMANI IBU BEKERJA
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di situ kerana mengikuti ibunya yang bekerja di premis membuat makanan terbabit.
SITUASI CEMAS DICERITAKAN OLEH PIHAK BOMBA
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebahagian tangan kiri kanak-kanak itu didapati terperangkap di dalam mesin berkenaan.
“Mesin terbabit adalah bagi pelbagai kegunaan dan berada di atas meja ketika kejadian.
“Dipercayai ketika kejadian, ibu mangsa sedang melakukan kerja lain dan kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam mesin terbabit,” katanya.
AMBIL MASA 10 MINIT KELUARKAN TANGAN
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tangan kanak-kanak itu dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melakukannya.
“Anggota paramedik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) turut berada di lokasi untuk bantuan susulan,” katanya.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 9.54 pagi dan kanak-kanak itu kini dirawat di hospital.
Sumbner: Harian Metro & Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia