Bank Simpanan Nasional (BSN) telah meraikan peserta-peserta BSN Smart Junior (BSJ) Junior Camp peringkat Kebangsaan 2019 dalam Majlis Penutup bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.

Program kem selama dua (2) hari ini telah berlangsung pada 6 November lalu
melibatkan seramai 250 orang murid (24 buah sekolah terlibat) dari lima (5) negeri
iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan. Program BSJ
Junior Camp merupakan program kem yang julung kali diadakan oleh BSN dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesemua peserta terlibat adalah murid-murid berusia antara 11 tahun hingga 15 tahun.

Majlis Penutup BSJ Junior Camp telah dihadiri oleh Encik Roslan Shaarip,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum mewakili
Encik Zainal Abbas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; wakil-wakil KPM
dan Jabatan Pendidikan Negeri serta pengurusan BSN yang lain.

Ditubuhkan pada pada tahun 1997, BSJ adalah kelab simpanan di bawah kelolaan BSN
untuk para pelajar seawal usia 7 hingga 20 tahun membuat simpanan.
Berbeza dengan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP), BSJ tidak memberi ganjaran
kepada ahli melalui pertandingan simpanan tetapi ia menawarkan kelebihan-kelebihan
menarik kepada ahli dan salah satunya adalah aktiviti luar sekolah seperti program BSJ
Junior Camp.

Melalui program ini, para ahli berpeluang untuk melakukan aktiviti kem seperti Treasure
Hunt, Abselling, Water Confident, Survival cooking, Permainan Dinamik serta
Pengurusan Kewangan oleh Bank Negara. Pada tahun ini, program BSJ Junior Camp
Peringkat Kebangsaan dianjurkan pada 6 & 7 November 2019 dan Peringkat Negeri pula
dianjurkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu pada 16 & 17 November 2019
melibatkan 80 orang murid dari dua (2) negeri iaitu Terengganu & Kelantan.

“Sememangnya mandat yang didokong oleh BSN adalah untuk memperkasakan
simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti pelajarpelajar sekolah. Atas dasar itu, BSN telah menyediakan pelbagai saluran simpanan
di samping memperkenalkan skim simpanan menarik khas untuk para pelajar seperti
SGSP dan BSJ. Walau bagaimanapun, menggalakkan simpanan sahaja tidak
mencukupi. Ia juga perlu didatangkan dengan ciri-ciri atau kelebihan menarik lain agar
para pelajar terus berminat untuk menyimpan. Lagi pula, aktiviti kokurikulum seperti kem
ini adalah penting untuk membina sahsiah dan keperibadian pelajar ketika menempuhi
cabaran dan menangani masalah terutamanya skil survivor di dalam hutan,” kata
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.

Selain aktiviti kem, BSJ juga telah mengadakan beberapa aktiviti luar sekolah yang lain
seperti Program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Petrosains
melibatkan lebih 1,000 ahli BSJ di seluruh negara.

Ahli BSJ juga boleh menikmati pelbagai diskaun dari rakan niaga BSJ yang dilantik
seperti Petrosains, Zalora, Lazz Marketing dan banyak lagi. Setiap ahli juga turut
diberikan perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam termasuk belanja
pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000 selain peluang untuk mendapatkan kadar
pulangan yang tinggi sehingga 1.70%.

Sehingga September 2019, lebih 327 ribu orang pelajar di Malaysia telah menyertai
BSJ. Selain itu, sebanyak lebih 9,000 buah sekolah juga telah menyertai BSJ pada
tahun ini. Jumlah ini adalah 88% daripada jumlah keseluruhan 10,208 sekolah
di Malaysia yang menyertai program SGSP. Lebih membanggakan lagi, sejumlah 1,266
daripada angka tersebut merupakan sekolah angkat BSN. Para pelajar yang ingin
menyertai program BSJ perlulah memiliki akaun simpanan BSN dan mempunyai baki
simpanan RM150, RM300 atau RM500. Para pelajar juga perlu melengkapkan borang
permohonan menjadi ahli BSJ di mana-mana Cawangan BSN berhampiran.

BSN juga terus memperkasakan lagi sikap menabung di kalangan pelajar dan pihak
sekolah melalui program-program lain seperti SGSP, BSN Educate serta Sekolah
Angkat & Buku Wang Saku (BWS) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia.
BSN juga sedang menjalankan Kempen #JomMenabung yang terbuka kepada semua
pelajar berumur 7 – 20 tahun. Kempen ini menawarkan hadiah berjumah RM140,000.
Kempen akan berakhir pada 31 Disember 2019.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan produk simpanan BSN,
sila layari www.mybsn.com.my