Pengalaman bersalin bagi setiap orang lain-lain. Ada yang mudah, ada yang kena lalui sakit lama sampaikan dah habis tenaga sebab tahan sakit dan ada juga terpaksa buat pilihan untuk bersalin secara ceaser.

Bagi Puan Nor Shuhana pengalamannya bersalin induce dengan tiga kali masuk ubat dan perlu tahan sakit selama 36 jam untuk bagi si kecil melihat dunia, benar-benar buatkannya rasa begitu besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

“Ish, lambat lagi ‘due date’. Risaunya bila mana nurse periksa beritahu anak macam kurang gerak kena pergi hospital cepat kalau lambat takut anak lemas. Pergi ke hospital dekat dengan rumah dan apabila malam doktor refer ke hospital lain sebab di sana ada pakar. Sampai hospital tersebut doktor cakap esok kena induce pagi jadi malam ni berehat dahulu.

36 Jam Tahan Sakit Selepas 3 Kali Induce, Sakitnya Allah Yang Tahu. Setiap Kali Kontraksi Sangat Perit!

Kalau orang tengok diri ni macam tak ada nampak sebarang tanda nak bersalin pun . Malam tu mula fikir orang cakap pengalaman bersalin induce ni lagi ngeri daripada bersalin normal. Betulkah?”

Bukan semua wanita dapat bersalin normal seperti apa yang diharapkan. Ada kalanya, walaupun keadaan kehamilan kita sihat secara keseluruhannya, mungkin pada akhir-akhir kehamilan ada pula komplikasi yang menyebabkan perlu menjalani proses bersalin secara induce.

APAKAH BERSALIN INDUCE?

Bagi yang belum tahu, ingin dijelaskan di sini bahawa bersalin induce adalah proses bersalin yang menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses kelahiran. Ia dilakukan sekiranya bayi berisiko dan perlu dikeluarkan secepat mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Antara punca menyebabkan seseorang perlu menjalani proses induce termasuklah kehamilan yang melebihi 42 minggu (overdue), masalah dengan air ketuban, jangkitan rahim, masalah kesihatan bayi, atau masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi.

Ads

PENGALAMAN BERSALIN INDUCE, 36 JAM TAHAN SAKIT

Sakit Ketika Kontraksi

Kontraksi induce ini lain macam bila menyerang. Bila dah namanya ubat, dia mestilah ada yang serasi dan tidak. Mungkin ada orang lepas induce, bukaan cm dia cepat dalam 5-6 jam saja. Tapi ada orang lambat sampai 1-2 hari. Ada orang induce tak sakit langsung sebab ubat tak menjadi. Kena pula masukkan ubat lagi 2-3 kali baru rasa sakit. Ada orang jalan tak buka terus, dan terpaksa dibedah sebab baby dah lemas. Itu gunanya mesin CTG untuk pantau jantung baby tu ya.

36 Jam Tahan Sakit Selepas 3 Kali Induce, Sakitnya Allah Yang Tahu. Setiap Kali Kontraksi Sangat Perit!

Jadinya mengikut pengalaman sendiri, kontraksi induce boleh dikatakan amat sakit. Katil pun boleh roboh, tiang boleh tercabut, dinding pun rasa nak panjat and ada suami kat tepi rasa nak balun tumbuk-tumbuk macam Naruto. Sakitnya… Lebih-lebih lagi kalau orang yang dah tahan lama.

Ads

3 Kali Induce, Baru Bersalin

Aku induce hari pertama waktu pagi pukul 9 pagi lepas 6 jam doktor akan datang periksa sama ada dah buka jalan atau kena induce kali kedua. Jalan aku belum lagi buka jadi terpaksa induce kali kedua. Untuk induce yang pertama ada 8 katil dalam tu tapi yang dah buka jalan cuma 2 orang yang lain semua macam aku juga induce kedua.Time induce kedua pukul 4 petang ni baru aku dapat rasa sakitnya kontraksi, bila yang pertama induce aku sorang je yang belum rasa sakit yang katil lain semua dah mula sakit. Aku mula diuji bila induce yang kedua sakit dia hanya Allah SWT saja yang tahu. Bila tengah malam Dr datang cek cakap belum lagi buka jadi dia minta aku tidur untuk esok pagi pukul 9 induce kali ketiga (yang terakhir) .Yang paling mencabarnya bila mana aku langsung tak boleh tidur sebab kontraksi dia sangat kuat lepas tu aku tengok katil lain yang induce kali kedua semua dah ke labour room tinggal aku sorang je yang jalan tak buka lagi dan akan induce kali ketiga.

Esok paginya induce kali ketiga cukup 6 jam doktor periksa belum lagi buka jalan, Allahuakbar aku dah tahan lama sakit tapi cm tak buka juga walaupun dah induce kali ke-3 (ubat yang terakhir) last doktor cakap aku kena jalani pembedahan caesar jadi dimintanya aku puasa cuma bergantung pada air tangan. Aku berdoa time tu tak mahu ceaser sebab orang kata nanti sakit Dua kali atas bawah dua dua ‘mendapat’. Yang dah induce lepas itu tiba-tiba nak kena ‘operate’, tahu tak kenapa? Sebabnya kita dah hilang tenaga. Bila mana lagi sejam nak caeser alhamdulillah jalan buka walaupun 2cm jadi doktor cakap tak perlu caeser aku boleh beranak normal. Time tu kudrat dah tak ada langsung sebab tenaga dah habis tahan sakit lamanya ‘induce’ dengan puasa lagi.

36 Jam Tahan Sakit Selepas 3 Kali Induce, Sakitnya Allah Yang Tahu. Setiap Kali Kontraksi Sangat Perit!

Masa aku kena induce ke-3 dah lepas puasa tapi baru buka 2cm bayangkan lama mana lagi untuk buka 10cm, jadi bila doktor datang ‘check’ jalan aku sampai merayu pada dia tolong, tolong belah perut saya, saya nak caeser. Tapi doktor marah sebab masih boleh beranak normal cuma kena tahan sakit tu sikit lagi. Bila ‘contraction’ datang, dah tak ada kata-kata yang dapat gambarkan.

Ads

Suami kat tepi pun rasa nak sepak-sepak. Sebab tu penting, zikir, baca doa yang mana patut. Memang betul, bila dah sakit sangat kadang-kadang tak ingat apa dah ayat untuk dibaca. Sebab itu juga penting suami dekat sebelah tolong ingatkan mana yang patut atau pun ahli keluarga.

36 Jam Tahan Sakit Selepas 3 Kali Induce, Sakitnya Allah Yang Tahu. Setiap Kali Kontraksi Sangat Perit!

Akhirnya Selamat Bersalin

Walau pun sakit, pengalaman paling indah bila dah melihat anak. Petang pukul 7 air ketuban pecah dan dah buka 4cm, dah boleh masuk labour room tapi diuji lagi bila mana labour room penuh terpaksa tunggu. Pukul 1 pagi baru boleh masuk ‘labour room’ dah kosong. Tepat pukul 3.15 keluar lah anugerah yang terindah selama 36 jam tahan sakit.

Tapi yang ‘best’ bila mana baby dah keluar rasa panas saja. Lepas itu dengar suara dia menangis dan doktor tunjuk baby dia tanya anak kita “Boy or girl”. Waktu itu, doktor jahit koyakan pun aku dah tak rasa apa. Sebab sedut ubat tahan sakit banyak sangat dan dapat lihat nikmat yang Allah bagi.

Sumber: Nor Shuhana

#Nur Aaira Malaiqa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI