Salah satu barang keperluan anak bawah tiga tahun yang memang tidak boleh keputusan stok ialah lampin pakai buang (diaper). Namun, kenaikan harga barang memberikan impak kepada kewangan keluarga. Walau bagaimanapun, jika anda pandai menguruskan kewangan, penjimatan pasti dapat dilakukan. Jika pandai mencari lubuk diaper murah, anda pasti dapat banyak berjimat.
Di mana nak dapat diaper pada harga murah? Jom baca! Bagi membantu anda berjimat, anda bolehlah mencuba untuk lakukan empat perkara ini.
1. Beli di kedai sensei
Belilah diaper pada harga yang lebih murah di kedai ubat Cina, yang memang sinonim dengan nama kedai sensei. Tidak dapat dikenalpasti, mengapa harga barangan yang dijual di sini kebanyakannya lebih murah berbanding harga pasaran luar. Selain diaper, harga susu pun murah juga. Kadang-kadang, perbezaaan harganya jauh berbeza.
2. Beli di gedung membeli-belah secara online
Kadang kala, gedung membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11st dan lain-lainnya ada menawarkan promosi diskaun atau harga murah. Anda boleh dapatkan diaper yang murah terutamanya bagi jenama-jenama tertentu. Lebih menyeronokkan bila membeli gedung membeli-belah secara online ini, ada yang menawarkan kos penghantaran secara percuma.
3. Borong di ekspo bayi
Tentu anda biasa berkunjung ke ekspo yang menjual pelbagai barang keperluan bayi, bukan? Jika berkunjung ke sana, pada hari pertama ekspo berlangsung, anda dapat melihat ramai pengunjung menyerbu booth yang menjual diaper. Selain dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis hadiah sampingan yang ditawarkan. Berbaloi bukan. Walaupun perlu beratur panjang, banyak benda boleh dapat dalam satu masa.
4. Promosi di pasar raya
Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON Big dan lain-lain kerap kali mengadakan promosi barangan bayi pada waktu tertentu. Jadi, anda kena rajin menjenguk laman web atau singgah ke pasar raya tersebut pada hujung minggu. Jika langkah kanan, dapatlah anda memborong stok itu pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.