Siapa sangka setelah 40 tahun dalam dunia hiburanya akhir berjaya merangkul anugerah paling berprestij. Itulah poelakon berbakat, Susan Lankester, melakar detik manis dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33).
Pernah dikenali sebagai pelakon komedi 2+1, Susah era 80an, Susan Anne Lankester, 62, menyatakan bahawa kejayaannya adalah bukti bahawa usaha gigih akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat kejayaannya ini dapat menyuntik semangat kepada penggiat seni.
Memetik laporan mStar, Pelakon Susan Lankester berharap kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni wanita untuk yakin dengan bakat dan kemampuan sendiri.
“Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.
Katanya lagi, mereka harus sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.
“Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun.
Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA)
2024 di Singapura.
Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.
“Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.
“saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang
semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya,” ujarnya.
Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.
“Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali,” kongsinya.
Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Agilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner)
menerusi kategori itu.
Sumber: mStar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kutuk Gemuk Gedempol, Menyesal Bila Dapat Tahu Isteri Usaha Nak Kurus. Terlambat, Dia Dah ‘Pergi’ Selamanya
Kadang-kadang betul kata orang, bila dah tak ada baru kita teringat-ingat. Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali, akan kita hargai. Semasa hayatnya masih ada, haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita. Jika tidak, takut menyesal di kemudian hari.
Begitulah perkongsian seorang suami, Eddie Dieana yang menceritakan tentang seorang kawannya yang ralat kerana tidak menghargai isterinya semasa masih hidup. Isterinya kini sudah meninggal dunia.
Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]
Dia pernah ‘kantoi’ menghantar mesej kepada perempuan lain. Apabila isterinya bertanya tentang hal itu, suami tersebut mengakuinya kerana tak suka dengan bentuk tubuh si isteri yang gemuk. Dia juga membandingkan isterinya dengan perempuan tersebut yang ramping dan cantik.
Menurut kawannya itu, dia sempat minta maaf dengan isterinya sebelum meninggal dunia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangat sedih dan rasa menyesal. Tambah kawannya lagi, dia baru saja melihat-lihat telefon isterinya dan terjumpa ‘sesuatu’.
Dalam tempoh dua bulan, isterinya hanya mencari tentang cara-cara menguruskan badan. Banyak carian tentang kurus, air detoks dan sebagainya. Juga melalui sebuah aplikasi membeli-belah, isterinya banyak letakkan pelbagai jenama ubat menguruskan badan di troli kerana tak mampu membelinya.
Artikel Menarik: [Keluar Suara ‘High Pitch’ Waktu Panggil Anak, Mak-Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni!]
Ikuti perkongsian penuh kisah ini;
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption.
“Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.”
Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau.
“Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa.
Semoga roh arwah tenang disana.”
“Thanks Eddie, kebetulan kau text aku.
Boleh aku call kau?.”
“Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya.
Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih.
“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap.
‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam.
Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon.
‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’
Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack.
“Allah, sedihnya aku dengar Zack.
Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?”
“Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “
“Tapi kenapa bro”
Sahabat saya terus mendiamkan diri.
Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.”
“Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi.
Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.
Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.”
“Kau jumpa apa bro?”
Aku tengok apa yg dia search 🔎 dekat YouTube dia.
‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’
‘Cara² untuk turunkan berat badan.’
‘Cara² bakar lemak.’
‘Cara buat air Detox untuk kurus’
‘Cara² tahan lapar.’
Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni.
“Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”
“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat.
And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap]
1 lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.”
Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni.
Setuju dengan apa yg kau cakap.
Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin.
Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*
Penulis:- Eddie Dieana
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semuanya Salah Isteri? Kerja Rumah Terbengkalai & Anak ‘Bermasalah’, Maka Gagal Jadi Sempurna!
Menjadi isteri dan ibu yang sempurna bukanlah bermakna anda harus mampu melakukan segalanya dalam satu masa. Ingatlah, diri anda juga berharga dan memerlukan rehat. Isteri dan ibu yang bahagia, pasti rumah tangganya juga harmoni. Jangan sesekali ‘tekan’ diri anda untuk menjadi yang sempurna sehingga anda mengalami mental load.
Apa itu mental load? Ia memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu. Bahaya mental load ini boleh mempengaruhi perwatakan seseorang.
Melalui penulisannya, Maryam Jamadi bercerita tentang isu ini.
SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri.
Dapur tak berasap, salah isteri.
Tak ada zuriat, salah isteri.
Anak lewat perkembangan, salah ibunya.
Anak ada sindrom, salah ibunya.
Anak nakal, salah ibunya.
Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya.
Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak. 🔥
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya. 😥
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal. 🙆♀️
Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari. 🤯
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah. 🦁
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri:
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.
Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR
BIRO MENGEMAS
BIRO BAJU
BIRO ANAK
BIRO LAMAN RUMAH
BIRO SAMPAH
BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Artikel Lain: [Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat]
Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi 🤭) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap). 😋
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa? 🚗
Barang basah apa dalam peti ais? 🐓
Nanti malam nak masak apa? 🥗
Elok lagi ke ikan dalam peti ais? 🐟
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh? 🧦
Baju dah kering ke belum? 👕
Tandas dah kotor bila nak sental? 🚽
Anak nak pakai baju apa pergi kenduri? 👗
Dinding kotor macam mana nak bersihkan? 🤔
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.
Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja? 👫
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami? 👶
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan. 🙄
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga! 😍
Artikel Lain: [Suami Tak Berkira Tolong Isteri, Rajin Masuk Dapur Barulah ‘Hero’. Isteri Pun Boleh Senyum!]
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju. 👕👖
Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur. 🍳
Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas. 🌈
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal. 🏋️♀️
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll) 💪
Semoga bermanfaat, terima kasih ❤
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belum Nampak Ada Kuning” Syukur Anak & Isteri Sihat, Azmi Saat Luah Penghargaan Buat Semua!
Selamat bergelar bapa pada Isnin lalu selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, Azmi Saat meluahkan rasa syukur malah berterima kasih kepada semua yang banyak membantunya dari awal kehamilan.
Luah Azmi lagi menerusi media sosialnya, dia dan isteri yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah amat berterima kasih pada semua.
Bukan itu sahaja bahkan Azmi juga turut berkongsi perkembangan terkini buah hatinya, Khalisa yang kini sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah demam kuning.
“Saya, isteri dan Khalisa masih di hospital. Insya-Allah kejap lagi dah boleh balik.
“Alhamdulillah Khalisa dan ibu sihat. Khalisa belum nampak ada kuning. Harap-harap dia akan terus sihat.
“Sedang duduk sementara tunggu masa untuk keluar, tiba-tiba dapat lawatan dari pihak pengurusan UKMSC. Siap bawa hadiah lagi.
“Terima kasih banyak-banyak atas layanan yang sangat baik tak kira doktor, jururawat dan semua pekerja di sini. Kami sangat menghargainya,” kongsinya.
Allah rezekikan bertemu dengan doktor hebat
Melalui perkongsiannya, Azmi turut berterima kasih kepada doktor yang membantunya dari awal kehamilan sehinggalah menyambut kelahiran bayi perempuannya pada Isnin lalu.
Detik pertemuan yang tidak disangka-sangka bersama Prof Azurah, seperti yang dikongsikan oleh Azmi rupanya menjadi asbab rezeki hebat dari Allah SWT.
“Antara keajaiban Tuhan yang saya dan isteri dapat rasai adalah bertemu dengan wanita hebat yang berada di sebelah isteri itu. Beliau adalah pensyarah dan pakar perunding kanan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di PPUKM. Beliaulah yang bertanggungjawab memeriksa kandungan sampailah membuat pembedahan untuk isteri saya melahirkan puteri kami.
“Saya mula kenal Prof Azurah adalah waktu sesi temubual di TV 3 dalam rancangan Helo Doktor pada bulan Oktober tahun lepas. Waktu itu kami berbincang tentang Kemurungan Pasca Kelahiran. Selesai bersiaran, sempat kami berbual. Barulah kami tahu rupanya kami tinggal di kawasan yang berhampiran. Terus Prof tawarkan untuk hantar saya balik. Tak perlu saya tempah Grab.
“Semasa dalam perjalanan balik, Prof Azurah maklumkan sekiranya saya dan isteri berhasrat untuk buat IVF, beliau sedia membantu. Tanpa disangka rupanya Prof bantu saya bukan untuk urusan IVF tapi terus ke urusan mengandung. Hehehe.
“Kalaulah kalian tahu betapa baiknya layanan Prof kepada kami, pasti kalian turut merasakan betapa kami bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan kepada kami. Ia benar-benar keajaiban Tuhan untuk kami. Terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam buat Prof Azurah dan pembantu-pembantunya.
“Semoga Allah limpahkan keberkatan kepada kalian, peroleh kejayaan dan kesejahteraan di Dunia, bahkan lebih lagi di Akhirat nanti,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazirah Mohammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 6 November lalu selepas pemergian anak pertama, Khairul Afnan pada tahun 2020 kerana mempunyai masalah pernafasan selepas lahir.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI