Berita

4 Dekad Menanti, Susan Lankester Buktikan Usaha Tak Pernah Sia-Sia

Share

Siapa sangka setelah 40 tahun dalam dunia hiburanya akhir berjaya merangkul anugerah paling berprestij. Itulah poelakon berbakat, Susan Lankester, melakar detik manis dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33).

Pernah dikenali sebagai pelakon komedi 2+1, Susah era 80an, Susan Anne Lankester, 62, menyatakan bahawa kejayaannya adalah bukti bahawa usaha gigih akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat kejayaannya ini dapat menyuntik semangat kepada penggiat seni.

Memetik laporan mStar, Pelakon Susan Lankester berharap kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni wanita untuk yakin dengan bakat dan kemampuan sendiri.

“Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.

Katanya lagi, mereka harus sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.

“Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun.

Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA)
2024 di Singapura.

Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.

“Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.

“saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang
semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya,” ujarnya.

Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.

“Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali,” kongsinya.

Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Agilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner)
menerusi kategori itu.

Sumber: mStar

Published by
Nor Yusoff