Demi memastikan lebih ramai rakyat pulih daripada pandemik Covid-19 ini, negara kita akhirnya memulakan misi menguji penawar Covid-19 bermula pertengahan April ini.

Empat buah hospital yang terdiri daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban akan memulakan ujian klinikal pada pertengahan April ini.

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian, Malaysia Mula Uji Penawar COVID-19 Pertengahan April

Laporan terdahulu menyatakan, Malaysia bakal menyertai pelbagai lagi negara dunia dalam mencari penawar COVID-19 dengan bermulanya ujian klinikal secara bersama di antara empat hospital tempatan.

Menurut Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan PPUM, yang mengetuai kumpulan penyelidik empat hospital ini amat menghargai penyertaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kajian yang amat penting ini bagi menyelamatkan banyak nyawa.

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian, Malaysia Mula Uji Penawar COVID-19 Pertengahan April

Terdahulu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Astro Awani semalam, beliau memberitahu bahawa fokus kajian mereka adalah pada ubat bernama Tocilizumab yang dipasarkan dengan jenama Actemra.

Ads

Ubat ini menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam beberapa ujian klinikal bebas di seluruh dunia untuk merawat pandemik ini. Malah kajian tocilizumab yang sebelum ini dijadikan penawar membabitkan radang sendi atau artritis rheumatoid, akan tertumpu kepada perbandingan tocilizumab secara intravena dengan dos tinggi corticosteroid pada 300 pesakit teruk COVID-19.

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian, Malaysia Mula Uji Penawar COVID-19 Pertengahan April

Menurutnya lagi, fokus kajian adalah pada peratusan kecil pesakit COVID-19 yang akan menjadi teruk berbanding majoriti lain.

“15 peratus pesakit akan jadi tenat dengan 5 peratus daripadanya menjadi kritikal dan 1 hingga 3 peratus seterusnya meninggal dunia,” katanya.

Ads

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian, Malaysia Mula Uji Penawar COVID-19 Pertengahan April

“Tujuan kajian ini antara lain bagi melakukan pemantauan rapi kumpulan pesakit, sebaik sahaja kemerosotan secara klinikal dan makmal, sama ada akan dirawat dos tinggi steroid atau dengan tocilizumab,” jelasnya.

Kajian ini juga untuk menghalang perkembangan proses keradangan melampau (hyperinflammation) yang menyebabkan kegagalan pernafasan. Ini dengan harapan untuk mengelak lebih ramai pesakit yang bergantung kepada mesin artificial ventilation yang bukan sahaja terhad, tetapi mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.

Ads

Jelas Prof Datuk Dr. Adeeba lagi, sistem imun tubuh akan memberi tindak balas berlebihan berbahaya yang dikenali sebagai cytokine storm yang menewaskan pesakit dengan kegagalan sistem pernafasan diikuti pelbagai organ lain.

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian, Malaysia Mula Uji Penawar COVID-19 Pertengahan April

“Tindak balas sistem imun tubuh pada virus inilah yang membunuh mereka. Jadi kita perlu temui cara untuk hentikan tindak balas sistem imun yang berlebihan ini sebaik sahaja ia bermula,” katanya yang merupakan pakar dalam penyakit berjangkit.

Semoga usaha murni dan gabungan empat hospital ini bakal menemui penawar yang sebaiknya untuk membantu memulihkan pesakit-pesakit terutama jumlah pesakit yang terpaksa bergantung kepada mesin artificial ventilation yang meningkat saban hari.

Dalam pada itu masyarakat diminta untuk terus kekal berada di rumah demi memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan. Doakan yang terbaik buat negara kita yang tercinta.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI