Rupa-rupanya sudah genap 10 tahun usia perkahwinan pengacara popular, Fedtri Yahya dan isteri. Mungkin wajahnya tak makan dek usia, sentiasa tampak muda menjadikan pasangan ini seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Bercerita tentang kisah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun, Fedtri mengimbas kembali pengorbanan isterinya demi melahirkan zuriat buatnya. Pernah keguguran sebanyak 4 kali, isterinya juga pernah bertarung juga sebanyak 4 kali demi penyambung zuriat keturunan.
Salam Jumaat.
Alhamdulillah, today is our 10th anniversary 🤲🌸
Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran.
Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami 🤲❤️
Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah 🤲🥰
Rata-rata wargamaya mendokan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke Jannah. Amin
Kredit:Fedtri Yahya
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI