
Anak anda suka melompat, memanjat atau berlari dengan halangan yang disediakan. Jom ke 4 lokasi ini! Memang sesuai membawa anak ke tempat ini. Sebab apa tempat ini penting buat anak anda ialah
- Dapat mengeluarkan peluh anak secara sihat
- Mengelak anak asyik bermain gajet
- Rangsang keberanian anak dengan aktiviti lasak
- Bina keyakinan dalam diri anak
- Riadah seisi keluarga
- Rangsang motor kasar anak
Tahukah ibu ayah, bahawa motor kasar ini penting untuk membentuk dan membina postur badan yang betul .
Kemahiran motor kasar yang ini termasuk aktiviti lasak yang melibatkan tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Seterusnya melibatkan aktiviti antaranya melompat, memanjat, berjalan, berlari, membaling, menangkap dan menyepak.
Apa yang pasti kemahiran motor kasar ini amat penting bagi keseimbangan seluruh anggota badan anak anda.
Berikut 4 cadangan lokasi lasak yang selamat untuk membawa anak-anak. Pasti anak teruja. Cuma anda perlu menyediakan sejumlah bajet untuk masuk ke kawasan ini.
1.CAMP 5 INDOOR CLIMBING GYM, PETALING JAYA
Operasi: Isnin – Jumaat, 2 petang-11 petang / Sabtu, Ahad, Cuti Umum, 10 pagi-8 malam.
Tiket: RM36 (Dewasa), RM25 (Junior), RM16 (Youth), Kanak-kanak bawah lapan tahun percuma.
Facebook:Camp 5 Indoor Climbing Gym
2.JUMP STREET TRAMPOLINE PARK, PETALING JAYA
Operasi: Hari biasa 11 pagi – 9 malam, Sabtu & Ahad 9 pagi– 9 malam
Tiket: RM27
Facebook: JumpStreetAsia
3.SKYTREX SHAH ALAM, BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SHAH ALAM
Operasi: Selasa – Ahad & Cuti Umum 8:30 – 5:00ptg
Tiket: RM35 (Little Adventure), RM45 (Big Thrill), RM55 (Extreme Challenge)
Facebook:Skytrex Adventure
4.DISTRICT 21, IOI RESORT CITY, SELANGOR
Operasi: Isnin – Jumaat: 12tengahari – 8 malam, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam
Tiket: RM58 (hari biasa) / RM75 (hari cuti)
Facebook: district21park
Apa lagi, jom bawa anak-anak ke sana hujung minggu depan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Marah Anak Suka Main Sabun, Syampu. Ini Kelebihannya Mama Patut Tahu!

Ramai mak dan ayah selalu merungut sabun dalam bilik air cepat habis. Baru je beli sabun mandi tengok-tengok dah tinggal separuh botol je.
Ada juga anak-anak yang suka main syampu atau ubat gigi selain daripada sabun mandi kan. Nak tahu kenapa anak kita suka main sabun, Terapis Cara Kerja Freelance, Aslizadilah Abdullah ada jawapannya.
Kenapa Sebenarnya Anak Suka Sangat Main Sabun
Kalau mak dan ayah nak tahu. Sabun ni adalah bahan yang berikan rangsangan MULTI SENSORY. Terutama kanak-kanak sangat suka aktiviti yang berikan rangsangan multi sensory ni. Lebih banyak jenis sensory yang terlibat dalam sesuatu aktiviti, biasanya akan buatkan mereka lebih tertarik dengan aktiviti tu.
Apa tu MULTI SENSORY
Dalam konteks main sabun ni..antara rangsangan sensory yang terlibat adalah;
VISUAL-PENGLIHATAN
Buih-buih yang dihasilkan oleh sabun memang sangat menarik bukan ini memberikan rangsangan visual pada anak. Anak akan rasa seronok melihat buih-buih sabun dan berusaha untuk buat lebih banyak buih.. (awas ye mak ayah..mereka anak cuba gunakan lebih banyak sabun untuk hasilkan lebih banyak buih)
OLFACTORY – BAU
Sabun atau shampoo biasanya memang wangi.. ini berikan rangsangan pada deria bau anak. Lebih banyak sabun yang digunakan lebih wangi lah sekitar tempat anak bermain tu. Contoh dalam bathroom..sy berikan cth..jika dlm bathroom kita ada 1 botol sabun yg sgt wangi dan sebotol lg kurang sedikit baunya.. yg mana akn habis dahulu di gunakan/main oleh anak?
TACTILE- SENTUHAN
Sabun biasanya lbh pekat texturnya berbanding dgn air.. texture ini memberikan rangsangan pd deria sentuh anak..selain itu..textur buih2 yg lembut jg membuatkan anak2 lbh teruja utk meratakan seluruh tubuhnya dgn buih2.
Jika di dlm bathroom anda gunakan sabun mandi yg di dlm botol -boleh picit@ tekan.. ini dpt berikan 1 lg jenis rangsangan deria pd anak2.
PROPRIOCEPTIVE- DERIA SENDI & TULANG
Kita biasanya lihat anak2 kalau diberikan sabun mandi@ shampoo yg boleh tekan2 ni mmg seronok je diaorang tekan kan..10 kali tekan dah luak sabun separuh botol..
Sebab semasa anak menekan botol tu..anak akan dapat merasakan rangsangan deria sendi & otot pada tangannya..
So mak dan ayah dah dapat faham kenapa anak suka sangat main sabun?
Saya berikan contoh lain ye..cuba banyangkan kita berikan anak 1- aktiviti membaca buku di meja sahaja Berbanding 2- aktiviti membaca sambil melompat dan menyentuh/mengambil kad visual yg mempunyai pelbagai textur spt berbulu, kasar dll… Aktiviti manakah yg akn lbh menarik minat anak? Semestinya aktiviti yg ke 2 akan lbh menarik kan..sbb aktiviti ke2 melibatkan MULTI SENSORY..
Nak contoh lg? ok.. bayangkan anda berikan aktiviti 1- anak main dgn tepung mentah berbanding 2- aktiviti main tepung yg sudah di uli dgn diletakkan dgn pelbagai warna dan sedikit esen vanilla.. yg manakan menjadi pilihan anak? biasanya anak akn memilih aktiviti ke 2 bukan.. sbb dlm aktiviti ke2 anak dpt rangsangan deria yg lbh spt visual (tepung berwarna warni), olfactory (bau wangi tepung + esen vanilla), tactile (textur tepung yg dibancuh & diuli) serta deria proprioceptive (semasa anak menguli, mencubit @ menekan doh)
TAPI WALAUPUN SABUN CEPAT HABIS..anak2 Sebenarnya dapat bnyk benefits drp aktiviti main sabun ni..
Sumber: Aslizadilah Abdullah
Terapis carakerja freelance
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhenti Rasa Parenting Kita Terbaik Terutama Kalau Anak Cuma Seorang Dibandingkan Orang Yang Ramai Anak!

Kalau anak seorang tentulah cara parenting anda berbeza dengan ibu ayah yang anak ramai. Jangan berhentilah membandingkan cara anda dengan ibu ayah lain sebab memang ternyata cabaran membesarkan anak seorang tak akan sama dengan cabaran membesarkan anak ramai terutamanya kalau semuanya lelaki.
Semoga dengan membaca tulisan ini kita akan lebih bersikap terbuka dan jangan sekali-kali merasakan cara kita mendidik anak adalah yang terbaik dibandingkan cara ibu bapa lain.
Kerap kali terbaca ada ibu yang komen facebook orang lain dengan ayat “anaknya baik, patuh arahan, kita kena pandai mendidik “. Rupanya anak dia tu perempuan, seorang!
Okey , saya bukan anti orang anak tunggal, saya bukan nak nafikan kewujudan budak-budak berakhlak baik tapi fahamilah parenting sebuah keluarga tidak sama dan dipengaruhi banyak faktor. Antaranya adalah jantina anak dan jumlah anak dalam keluarga.
Kalau awak parenting anak tunggal dengan berfokus 3-4 tahun, no wonder anak awak baik. Sampai 5-6 tahun baru dapat adik.
Normally anak seorang memang senang dididik, tak lasak, jiwa anda pun tak stress sangat dan bertambah bertuah ekonomi suami awak baik. So hasilnya bukan kerana parenting seorang atau ayat “kena pandai mendidik”.
Beza didik anak perempuan dengan anak lelaki

Satu lagi, jangan samakan parenting anak perempuan dengan anak lelaki. Maksudnya akhlak di tempat awam ke. Lasak diorang ke. Anak perempuan kebanyakannya senang dijaga sebab baik dan dengar kata. Anak lelaki ramai, sakit jantung susah nak kata.
Saya tidak nafikan ada anak lelaki yang baik, diam jenis berdamping je. Tapi tengok juga si ibu, ayah dan ekonomi keluarga. Ibu aktif buat kerja, anak pun jenis aktif. Tapi ibu jenis banyak duduk dari buat kerja, anak pun macam tu.
Kemudian tengok perangai si ayah pula . Tengok ekonomi pula. Akhlak si ayah, didikan, komunikasi ayah akan mencorakkan akhlak anak. Ayah yang berakhlak baik dan pandai mendidik akan bantu anak berakhlak baik. Ada ayah dia didik anak tapi cara tak kena.
Dia tak mendidik tapi jenis tegur dan marah dan pukul. So ayah bermasalah, parenting anak pun bermasalah. Stress ibu nak hadapi. Kena kutuk pula dgn parenting luar yang rasa berjaya.
Apapun pointnya, kita ada common sense. Bila ada parents perlukan kekuatan untuk hadapi akhlak anak-anak yang lasak, tak payah tulis komen “anak saya baik “. Padahal parents tu anak ramai campur laki perempuan, kau anak tunggal perempuan.
Anak yang aktif memang tak duduk diam
Dan cuba faham dunia kanak-kanak yang betul adalah sihat dan aktif. Bukan duduk diam tengok ipad je atau diam tak bermaya.
Ekonomi keluarga pun boleh mempengaruhi tahap parenting . Ibu anak lelaki semua tapi suami baik, ekonomi mantap, isteri tak payah kerja langsung, all prepared memang si ibu boleh fokus pada anak.
Tahu tak ibu yang fokus memang boleh membentuk anak yang baik!
Dan nak fokus tu susah sebab tahap individu,t akdir dan ujian sebuah keluarga berbeza-beza.
Stop compare akhlak anak sendiri dengan orang lain sebab ujian dan tahap hidup masing-masing berbeza.
Anak yang terbaik adalah anak yang soleh dan usia kanak-kanak bukan penentu kesolehan mereka.
Sumber: Muhajirin Tarbiyatul AUlad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyik Melompat, Berlari, Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1-5 Tahun

Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak. Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Perkembangan fizikal kanak kanak
Istilah kanak-kanak kecil atau toddler, biasanya merujuk kepada anak yang berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun. Malah, kebanyakan daripada kita menganggap akhir usia bagi kanak-kanak kecil adalah apabila mereka bersedia untuk beralih ke alam prasekolah.
Jika terfikir tentang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, pasti terbayang betapa aktifnya mereka menggunakan kemahiran baru, bercakap dan meneroka dunia. Tidak dinafikan adakalanya akan timbul kekeliruan mengenai perkembangan dan aspek keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berikut antara 3 perkara asas yang di kongsi oleh Hello Doktor yang perlu anda ketahui semasa membesarkan anak kecil.
#Titik pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak
Semakin anak membesar, kemahiran dalam diri mereka juga akan bertambah. Seperkara yang perlu anda fahami, apa yang dikongsikan di bawah bukanlah kemahiran khusus kepada anak. Namun ia adalah untuk membantu anda mengetahui kemahiran apa yang mungkin dapat dikembangkan seorang kanak-kanak pada usia ini.
Kemahiran komunikasi
- Secara konsisten menggunakan 2-3 frasa perkataan
- Sekurang-kurangnya 50% pertuturan difahami ibu bapa/penjaga
- Dapat mengikuti 2 arahan tidak berkaitan, seperti “Berikan Mama bola itu dan pakai kasut”
- Faham mengenai ‘milik saya’ dan ‘milik awak’
- Bertanyakan ‘apa’ dan ‘di mana’, faham soalan ‘mengapa’
Kemahiran motor kasar
Kemahiran yang menggunakan otot besar – kaki, lengan, tubuh dan leher.
- Melompat dengan kedua-dua kaki
- Naik dan turun gelongsor
- Mengayuh basikal beroda tiga
- Berjalan naik turun tangga dengan sebelah tangan dipegang
- Berjalan menggundur
Kemahiran motor halus
Kemahiran yang menggunakan otot kecil – tangan dan jari.
- Menyusun mainan blok
- Memegang krayon dengan jari
- Boleh memotong menggunakan gunting
- Melukis garisan menegak, mendatar atau bulatan
Kemahiran berdikari
Antara kemahiran penting dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar anak melakukan sesuatu dengan sendiri.
- Menggunakan sudu dan garfu walaupun tertumpah
- Membasuh dan mengeringkan tangan dengan pemantauan
- Memberus gigi dengan bantuan
- Menggunakan tandas secara konsisten walaupun ada beberapa kali bocor
- Berpakaian dan menanggalkan pakaian dengan bantuan
- Meletak barang sendiri, bantu membersihkan rumah dan membuang sampah
Kemahiran kognitif
Melibatkan kemahiran mental seperti berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah
- Terlibat dalam permainan bertukar watak (pretend) dan imaginatif
- Memadankan bentuk
- Memahami konsep ‘saya’
- Bermain bersama rakan sebaya
- Menyusun warna
- Mengenal pasti bahagian badan dan fungsinya
- Melengkapkan susun suai gambar 3 – 4 keping
#Memahami perkembangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Ketika bayi memasuki tahun kedua kehidupan, mereka akan lebih bebas dan mempunyai keinginan untuk meneroka segalanya yang boleh dicapai.
Kebanyakan anak kecil sudah boleh berjalan apabila mencapai usia 1 tahun 6 bulan.
Si manja juga akan mula belajar bercakap, mengenal pasti dan meniru individu di sekeliling mereka serta dapat mengikuti arahan mudah.
Semua ini boleh dianggap sebagai proses pendidikan awal kanak-kanak.
Semakin meningkat usia, anak anda akan belajar mengekspresi lebih banyak emosi, bercakap dalam frasa dan ayat.
Mereka akan menggemari permainan mudah, lagu dan irama, mula mempelajari mengenai warna, bentuk dan abjad.
Seperti span, anak akan menyerap segalanya dan mengingatnya dengan mudah.
Namun, seperkara jangan dilupakan, anak anda masih memerlukan kuantiti tidur malam antara 10 hingga 12 jam bersama tidur siang.
#Keperluan nutrisi anak
Memberi anak kecil makan adakalanya boleh mendatangkan kekecewaan.
Mungkin ketika berusia 6 bulan, anda boleh menyuapkan si kecil dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun apabila mereka semakin membesar, segalanya berubah. Anak akan lebih memilih atau cerewat dalam soal makan. Malah mereka mungkin makan dalam saiz hidangan lebih sedikit.
Pemakanan kanak-kanak
Usah bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini, kerana keadaan itu boleh dianggap sebagai normal dan dialami oleh kebanyakan ibu bapa.
Apa yang penting, berat badan si kecil tetap bertambah dan aspek perkembangan fizikal kanak-kanak adalah normal.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan:
Elak paksa anak makan
- Sediakan hidangan makanan utama dan snek sihat
- Bersikap fleksibel terhadap penerimaan anak kepada makanan baharu. Jika mereka menolaknya pada kali pertama, cuba lagi dalam tempoh beberapa hari atau minggu
- Realistik tentang jumlah pengambilan makanan anak
- Galakkan anak makan buah-buahan
- Elak menggunakan pencuci mulut sebagai ganjaran
- Jadikan makanan mudah untuk dimakan, seperti dipotong dalam saiz kecil dan bertekstur lembut
Paling utama, ketika memberi anak makan, anda perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka duduk ketika makan.
Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI