Mama perlu memahami perubahan pada tubuh. Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan. Bukan, anda tidak bertukar menjadi hodoh!

Anda masih cantik. Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik. Ia hanya bersifat sementara. Hampir semua daripadanya tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan saat hamil ini.

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil. Jangan Risau, Lepas Bersalin Semua OK Balik

KULIT JADI GELAP

Terdapat tompok-tompok kelabu di sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.

Perubahan kulit disebabkan oleh melanosit yang menyebabkan warna kulit menjadi lebih gelap. Hampir 70 peratus wanita hamil akan mengalami perubahan kulit ini.

Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan,warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap.

Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan. Sekiranya perlu berada di bawah sinaran matahari untuk suatu jangka masa yang panjang, lindungi kulit dengan sapuan krim sunblock sekurang-kurangnya SPF15.

Perubahan kulit ini juga tidak berkekalan dan lazimnya akan hilang dan pudar selepas anak dilahirkan.

Ads

Sekiranya masih terjadi tompok kegelapan tersebut, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat dan ujian lanjut.

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil. Jangan Risau, Lepas Bersalin Semua OK Balik

GARISAN PADA PERUT

Saat perut menegang dan membesar, muncul  garisan kecoklatan di perut. Ia bermula dari pusat hingga ke arah bawah yang disebut linea nigra.

Garisan ini sememangnya sudah ada sebelum ini tetapi hanya lebih jelas kelihatan ketika mengandung.

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil. Jangan Risau, Lepas Bersalin Semua OK Balik

Ads

KEHITAMAN PADA TUBUH

Selain itu sering juga terjadinya kecoklatan pada wajah dan tubuh yang disebut chloasma atau topeng kehamilan.

Ia selalunya berlaku pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.

Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.

Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas.

Ads

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil. Jangan Risau, Lepas Bersalin Semua OK Balik

KULIT BERMINYAK

Semasa hamil,  perubahan kulit menjadi lebih berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat.

Peningkatan hormon androgen iaitu progesteron selama kehamilan menyebabkan kelenjar sebasea di kulit menjadi lebih besar sehingga meningkatkan penghasilan sebum (minyak). Sebum yang berlebihan ini bercampur dengan sel kulit mati akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Wanita hamil harus membersihkan kulit untuk mengelakkan minyak pada kulit. Bersihkan wajah dua hingga tiga kali sehari  dan bilas dengan Basuh wajah dengan air suam

Keringkan wajah dengan cara menepuk-nepuk, jangan mengeringkan dengan cara menggosok untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulit hilang.

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil. Jangan Risau, Lepas Bersalin Semua OK Balik

Sumber: Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI