Bila anak disahkan ada asma dan ekzema memang ibu kena jaga pemakanan mereka. Si kecil yang ada masalah penyakit tersebut tak boleh makan sembarangan kudapan yang mengandungi gluten.
Selain daripada kanak-kanak yang ada masalah ekzema dan asma, mereka yang bermasalah usus bocor dan intolerans gluten juga perlu mengamalkan makanan yang bebas gluten jika tak mahu penyakit mereka datang menyerang.
Kenapa perlu amalkan pemakanan bebas gluten?
Gluten adalah sejenis protein daripada sumber gandum, barli, rye. Masalah gluten intolerance adalah alahan terhadap makanan berasaskan gandum, migrain, masalah penghadaman dan lain-lain berkaitan setiap kali makan produk berasaskan gandum. Sebenarnya diet bebas gluten ini elok diamalkan oleh semua orang walaupun tiada sebarang masalah penyakit seperti dinyatakan tadi.
Kepada ibu-ibu yang ada anak-anak bermasalah penyakit tersebut bolehlah amalkan makanan yang bebas gluten. Doktor Mazliana Mazlan yang memang mengamalkan pemakanan sihat bebas gluten terutama untuk makanan anaknya berkongsi beberapa resipi yang kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Gluten Free Apri Dates Cookies
Bahan-bahan
1/2 buku butter
1/2 cawan puree kurma dan aprikot
5 sudu besar tepung beras
5 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi kayu
Cara membuat
- Pukul 1/2 buku butter sampai kembang.
- Masukkan 1/2 cawan puree kukrma dan aprikot (boleh diganti dengan buah-buahan lain dan kekacang)
- Masukkan 5 sudu besar tepung beras, 5 sudu besar tepung jagung dan 3 sudu besar tepung ubi kayu.
- Bentukkan cookies dan bakar selama 30 minit (suhu oven lebih kurang 170 darjah celcius)
Gluten Free Pumpkin Rice Sticks
Bahan-bahan
1 cawan nasi
1 cawan labu rebus/kukus
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
Cara membuat
- Kisar semua bahan iaitu nasi, labu rebus, bawang putih, tepung jagung dan air.
- Masukkan dalam piping bag dan buat bentuk sticks.
- Bakar selama 30 minit.
- Terus simpan dalam bekas kedap udara selepas sticks sejuk.
Gluten Free Cekodok Pisang
Bahan-bahan
1 cawan pisang dilenyek
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung ubi kayu
Secubit garam himalaya
Cara membuat
- Campurkan semua bahan dalam bekas.
- Gaul rata sehingga sebati.
- Goreng hingga berwarna kecoklatan.
Gluten Free Kek Coklat
Bahan-bahan
2 cawan nasi
4 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula tebu asli
3/4 serbuk koko
1 cawan VCO/minyak sawit
100 ml air
2 biji telur
Cara membuat
- Kisar bahan-bahan seperti nasi, tepung jagung, gula tebu asli, VCO/minyak sawit, air dan telur.
- Masukkan 3/4 cawan serbuk koko ke dalam bahan yang dikisar.
- Masukkan dalam loyang dan bakar selama 40 – 45 minit.
Sumber: Mazliana Mazlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI