Rasanya kebanyakan ibu bapa mengalami keadaan, di mana salah seorang anak mesti ada yang menjadi paling ‘nakal’ kan.
Paling ‘nakal’ disini bermaksud degil. Berdasarkan perkongsian Puan Azeni Ahmad dalam blognya, jangan terlalu melabelkan anak yang nakal ini sebagai anak yang tak ada potensi untuk berjaya.
Sebenarnya saya kurang gemar menggunakan ataupun cuba elakkan menuturkan perkataan tersebut. Kerana perkataan itu agak ‘keras’ dan apabila diucapkan di depan anak-anak, kedengarannya tidak enak sekali kan. Hehe.
Sebenarnya, bagi saya masalah anak yang kurang dengar cakap ataupun ‘nakal’ ini adalah terlalu subjektif. Tidak boleh dikategorikan bagaimana kalau itu yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap.
Anak yang dikatakan ‘nakal’ apabila:
Dan banyak lagi keadaan di mana mereka bersikap di luar pemikiran kita. Di mana mereka bersikap tidak seperti yang kita mahukan.
Betul tak?
Kalau tak betul pun, takpa.
Masing-masing mempunyai definasi tersendiri kan. Sebab setiap anak kita mempunyai karakter ataupun personaliti yang berbeza.
Sedangkan dengan adik-beradik yang lain pun sudah berbeza karakter, inikan pula dengan anak orang lain. Yang berbeza sperma dan ovum nya.
Cuma kita sahaja sebagai ibu bapa mereka yang tahu tentang karakter dan bagaimana untuk menghadapinya.
Dan tahukah anda sebenarnya anak yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap itu, mempunyai sikap ataupun personaliti untuk lebih berjaya berbanding yang mendengar cakap.
Tapi takkan disebabkan itu, kita nak anak yang ‘nakal’ pula kan. Hehe…
Ini adalah penulisan daripada Heather Young yang dibuat berdasarkan pengalaman beliau.
Mungkin boleh bantu anda melihat ia ke dalam diri anak-anak kita pula kan. Mana tahu akan memudahkan kita bagaimana untuk manage mereka.
Disebabkan ada pendirian sendiri, kanak-kanak akan digelar tidak dengar cakap kan.
Ini kes nak kita (ibu bapa) ikut semua cakap mereka sahaja walaupun ada yang salah kan. Tak berganjak daripada pendirian.
Dari satu sisi, ia sebenarnya bagus kerana mendidik mereka untuk mempunyai pendirian yang tetap.
Tapi dari sisi yang lain, agak susah untuk kita berkompromi dan nak-nak kalau berada di tempat awam kan. Lagi haru dan memeningkan kepala.
Ini memang kena guna pendekatan yang halus dan lembut untuk jadikan situasi win-win.
Sebab bagi saya, kalau dijerit lagi dan ditinggikan suara menambahkan keadaan yang lebih tegang lagi.
So semua itu, berbalik pada pendekatan ibu bapa itu sendiri. Elakkan menjerit pada anak.
Selalu diperhatikan, kanak-kanak yang jenis ini akan lebih berdikari. Akan buat semua benda dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa.
Mungkin kita sebagai ibu bapa merasakan ataupun nampak mereka buat sesuka hati kan. Tetapi biarkan mereka berkreativiti mengikut cara mereka selagi ia tidak membahayakan keselamatan.
Mungkin salah satu caranya untuk rapat adalah dengan melakukan aktiviti bersama dengan mereka.
Dengan mempunyai pendirian tetap sendiri, membuatkan orang lain perlu mengikut cakapnya. Tidak boleh dibantah ataupun melawan.
Biasanya keadaan ini terjadi di antara adik beradik. Antara abang, kakak, ataupun adik mesti akan ada seorang yang bertindak sebagai ketua kan.
Biasanya ibu bapa akan bagi arahan pada yang paling sulung untuk bantu adik-adik yang lain. Tetapi boleh jadi keadaan terbalik jika adik yang lebih ‘nakal’ daripada abang atau kakak.
Biasanya anak yang sulung lebih mendengar cakap berbanding anak tengah ataupun yang bongsu kan. So abang atau kakak akan mengalah dan ikut cakap.
Apabila berdikari dan mempunyai pendirian, menyebabkan secara tidak langsung berani menyuarakan pendapat.
Kanak-kanak akan merasa lebih selamat dan berani untuk bercakap apa yang dia rasakan betul apabila ibu bapa suka mendengar.
Bukan setakat mendengar tetapi berikan kebebasan untuk buat keputusan asalkan masih dalam keadaan yang normal kan.
Berbanding dengan generasi Y yang dulu. Lebih banyak menurut daripada bersuara kan.
Kena berubah mengikut peredaran masa.
Kesahihan 4 sebab di atas tidak pasti berjaya atau tidak untuk diaplikasikan pada anak masing-masing. Tetapi bagi kita sebagai ibu bapa walaupun anak itu ‘nakal’ ataupun tidak, terlalu pendiam ke, tidak ada langsung ciri kepimpinan ke, semua itu boleh dicorak kemudian dengan persekitaran yang sesuai dan selesa.
Saya sendiri pun masih bereksperimen untuk memahami anak-anak saya. Banyak artikel dan juga jurnal tentang keibubapaan yang boleh dibaca.
Tetapi itu hanya sebagai panduan sahaja. Apa-apa pun hanya kita sebagai ibu bapa sahaja yang memahami anak kita sendiri. Dan kita sendiri yang akan mencorakkan mereka untuk di kemudian hari.
Sumber: www.azeniahmad.com