Mainan jenis disusun bertingkat seperti ini memberikan banyak manfaat kepada si manja. Tahukah anda ia boleh menggalakkan perkembangan pelbagai kemahiran si manja?
Mainan klasik ini elok diperkenalkan daripada peringkat awal lagi untuk untuk pembangunan pembelajaran awal si manja. Bagaimana permainan ini boleh meningkatkan kemahiran motor dan bahasa? Berikut adalah cara anda membantu bayi bermain untuk belajar dengan mainan klasik ini:
MENAJAMKAN MOTOR HALUS
Bagi kanak-kanak kecil, mengambil barang-barang dan meletakkannya membantu mereka mempelajari kemahiran penting seperti menggenggam dan melepaskan yang boleh membantu mereka mengawal otot tangan dan jari.
Ads
Ini kerana bayi masih tidak mempunyai kemahiran atau kawalan motor yang baik, mereka menggunakan seluruh tangan mereka untuk meneroka, memegang, melepaskan dan meletakkan objek. Ini akan membantu si manja menggenggam lebih baik dan terkawal.
PERSEPSI VISUAL DAN KHUSUS
Permainan ini juga berfungsi pada menggalakkan persepsi mendalam (depth perception), koordinasi mata-tangan, dan pemahaman kedudukan badan. Apabila bayi meletakkan objek di atas yang lain, mereka perlu mengukur secara visual dan perkaitan antara kedua-duanya. Bagi bayi, mainan jenis ‘nesting’ lebih mudah dimulakan. Kepingan yang terkunci antara satu dan yang lain akan memberikan bimbingan awal persepsi visual.
Ads
KESEIMBANGAN, KAWALAN BADAN DAN & MOTOR KASAR
Bermula pada usia kira-kira 6 bulan ke atas, bayi mendapat kestabilan postur untuk dapat duduk sendiri. Mereka juga berusaha menyelaraskan pergerakan mereka. Duduk semasa menyusun setiap kepingan mainan membolehkan mereka belajar untuk menstabilkan badan mereka semasa bergerak dan penggunaan tangan.
Ads
CROSSING MIDLINE
Lintasan pada bahagian tengah badan adalah keupayaan tangan kanan untuk melintasi pusat badan untuk berfungsi di hemisfera kiri dan sebaliknya. Ini adalah kemahiran penting untuk menulis tulisan tangan, memotong dengan gunting, membaca, makan, dan apa sahaja yang memerlukan tangan untuk bergerak dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Untuk menajamkan kemahiran ini, letakkan semua kepingan mainan di bahagian kiri badan (di sebelah pinggang kiri). Pastikan dia menggunakan hanya tangan kanannya tanpa menggunakan tangan kiri untuk membantu.
Sumber: www.arktherapeutic.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktiviti santai yang bayi suka ini rupanya rupanya bagus untuk perkembangannya. Mama papa jangan lupa buatkan hari ini!
Bayi sekecil 1 hingga 3 bulan mengalami banyak perkembangan yang pesat dari segi mental dan fizikal. Dia sudah mula kenal suara dan wajah, lebih peka kepada persekitaran, tubuhnya lebih kuat, mempunyai karakter menyerlah dan sudha pandai memberi respons kepada persekitaran.
14 AKTIVITI BERMAIN DENGAN BAYI
Berikan respons kepada bayi anda dengan membuat bunyi-bunyian ‘ba ba ba ba’ atau ‘ga ga ga’ atau apa sahaja bunyi-bunyian yang disukai bayi. Anda boleh mengagah dan bercakap dengan bayi. Dengan cara ini bayi akan belajar untuk mendengardan berbual.
Deria bayi semakin baik. Sediakan alatan permainan yang pelbagai tekstur, bentuk, saiz dan warna untuk dipegang dan diterokai.
Sediakan permainan yang tergantung menggalakkan bayi menggapainya.
Pegang mainan supaya bayi mencapainya atau ambil daripada anda. Bayi sangat suka kan permainan ini. Tapi JANGAN sekali-kali mengikat mainan pada mana-mana tempat, pastikan mainan itu dari tangan anda.
Tepuk tangan bayi sambil menyanyi kepadanya.
Silangkan tangan bayi, regangkan tangannya ke luar dan ke dalam serta ke atas.
Gerakkan perlahan kaki bayi seperti mengayuh basikal.
Gunakan mainan kegemaran bayi dengan menggerakkan di depannya. Biar dia fokus dan mengikutnya. Ini baik untuk melatih mata bayi.
Gerakkan mainan kerincing biarkan dia mencari dari arah mana bunyi itu terhasil.
Biarkan bayi menghabiskan masa meniarap untuk menguatkan leher dan bahunya. Sentiasa PANTAU bayi ketikan meniarap dan bantunya apabila dia kelihatan penat. Jangan tidurkan bayi dalam posisi meniarap kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi mengejyut atauSudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Buat mimik muka dan biarkan bayi menirunya. Mesti melucukan!
Bercakaplah kepada bayi dan biarkan dia memberikan respons kepada anda.
Permainan ini disukai bagi bayi yang normal. Sekiranya bayi mempunyai masalah pendengaran, ia boleh dikesan sekiranya tidak memberikan respons kepada permainan yang melibatkan percakapan, bunyi-bunyian.
Mama dan papa juga perlu perhatikan sekiranya bayi overstimulated atau terlebih rangsangan. Hentikan permain untuk mengelakkan bayi terlalu penat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi pramatang perlu teknik penyusuan yang berbeza. Paling mustahak ialah supaya beratnya naik dengan cepat. Ikuti panduan daripada pakar laktasi ini.
Menyusukan bayi pramatang memberikan kelebihan agar bayi berkembang sihat dan naik berat badan dengan cepat. Tapi bayi pramatang mempunyai daya hisapan yang tidak kuat malah mereka tidak pandai menghidap kerana masih kecil.
Menurut pakar laktasi, Noor Fazila Abdul Rahman, perunding laktasi bertauliah penghasilan susu sebenarnya tidak pernah berhenti seperti sebuah kilang yang beroperasi tanpa cuti. Ia berlaku secara berterusan selagi ada rangsangan yang kerap daripada bayi.
Kelahiran sebelum minggu ke-37 ditakrifkan sebagai kelahiran pramatang. Bayi pramatang selalunya akan ditahan di wad sehingga berat badan melepasi paras yang sepatutnya. Penyusuan kepada bayi pramatang perlu dijayakan untuk memastikan perkembangannya pantas dan naik berat badan.
SENTUHAN KULIT KE KULIT
Selain itu, tip terbaik untuk ibu yang melahirkan bayi pramatang ialah dengan memberikan sentuhan kulit ke kulit. Ibu perlu menghabiskan masa setiap hari bersama anak di hospital walaupun jururawat boleh mengambil alih tugas memberi susu perahan melalui tiub untuk si kecil. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sangat penting untuk membantu kenaikan berat anak dan pastinya penghasilan susu yang lebih lancar.
PERAH DI SAMPING BAYI
Ibu boleh meluangkan masa memerah susu di tepi katil anak setiap tiga jam sambil menyentuh kulit dan jari jemari anak. Hal ini semua akan membuatkan hormon oksitosin meningkat dan membuatkan pengaliran susu menjadi lebih lancar.
RANGSANG DENGAN PAM PAYUDARA
Jika si kecil masih belum dibenarkan untuk menyusu terus daripada ibu atau ibu tidak dapat ke hospital setiap hari, rangsangan pada payudara boleh diwujudkan dengan menggunakan pam payudara. Bagi memastikan penghasilan susu yang berterusan dan semakin meningkat, ibu perlulah memerah setiap tiga jam sekali atau sekurang-kurangnya lapan kali sehari.
Sebaik-baiknya ibu menggunakan botol simpanan susu yang bersaiz kecil (2oz) kerana hasil perahan pada awal kelahiran terutama untuk anak pramatang sangat sedikit. Susu perahan tersebut bolehlah dibekalkan kepada pihak hospital untuk diberikan kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai cerdik sangat Rina. Belum setahun lagi usianya, anak sulung kepada Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae dah faham arahan yang diberitahu padanya.
Reaksi Rina ketika mendengar mommynya menyebut ‘Annyeonghaseyo’ buatkan ramai yang memuji kecerdikan Rina dan pandai memberi tanda hormat tiap kali dengar perkataan tersebut.
Melalui perkongsian video di instagram Maryam, menunjukkan Rina sedang berbual dengannya.
Setiap kali Maryam sebut ‘Annyeonghaseyo’ automatik Rina terus menundukkan kepalanya ke hadapan.
Bagi masyarakat Korea, cara sebegini sebagai tanda hormat kepada orang lain. Beberapa kali Maryam mengulangi perkataan tersebut dan begitu jugalah Rina terus menundukkan kepalanya.
Sebagai ibu, Maryam mengakui dia bangga dengan perkembangan Rina yang memahami apa yang dicakap padanya.
Gelagat comel Rina ini buatkan Maryam gembira dan bertepuk tangan. Malah peminat turut terhibur melihat perkembangan Rina yang makin bijak belajar dan memahami bahasa Korea.
“Kecil-kecil dah faham bahasa Korea..”
“Rina faster learn what her mommy teach her❤️.”
“Ya Allah pandai Rina. Bestlah Rina belajar banyak dari mama dan papa. Comel sangat sayang😍..”
“Budak pandai ❤️ Untungnya Rina, boleh cakap banyak bahasa nanti.”
Kredit: IG Maryam Younarae
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.