Setelah 4 tahun menanti kehamilan, akhirnya pelakon Aeril Zafrel mengumumkan dia akan jadi ayah lagi.
Pengumuman dilakukan aktor ini menerusi Instagram apabila isteri, Wawa Zainal memberikan alat penguji kehamilan yang menunjukkan kandungan sudah pun berusia 3 minggu ke atas.
Bapa kepada Ahmad Fakhruddin Attar & Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa ini mengucapkan kesyukuran dan mohon doa akan dipermudahkan.
aeril_zafrel Alhamdulillah..terima kasih isteri,setelah 4 tahun menanti…jadi ayah lagi????
Doakan dipermudahkan semuanya.
Wawa berikan kejutan
Wawa juga memuatnaik video kejutan keputusan ujian kehamilan yang memaparkan gelagat Aeril menerima berita menggembirakan ini.
Doakan semua baik-baik
Pasangan yang berkahwin pada 25 Februari 2012 ini menerima ucapan tahniah daripada para peminat dan mendoakan agar kehamilan Wawa berjalan dengan baik.
@__nurul_12 Alhamdulillah tahniah @aeril_zafrel and @w4w4_zainal ??
@nadiaazulkufli tak sabar nya nak tengok mesti cute ?❤️
@malizamansoreija Alhamdulillah..congrats to both of u..mga sentiasa dlm lindunganNya..
Sumber: aeril_zafrel & w4w4_zainal
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.