4 Tahun Menanti Anak, Bila Lahir Terkejut Tengok Kepala Anak Lonjong. Tak Pandai Teran, Aishah Hijanah Nasihatkan Cari Ilmu Kelahiran

Share

Aishah Hijanah, penceramah yang terkenal di media sosial baru sahaja bergelar seorang ibu pada Januari tahun ini dan kini anaknya berusia 5 bulan setelah menanti bertahun lamanya.

Aishah yang berusia 23 tahun mendirikan rumah tangga sejak tahun 2017. 4 tahun menanti dan kisah pengalaman pertama kali mempunyai anak di kongsi dalam Anugerah Pa&Ma Gala Moms diinspirasikan bersama Cetaphil secara eksklusif.

“Masa Aisyah baru kahwin dulu, dalam beberapa bulan macam tu dah ada yang tanya “Aisyah dah ada isi ke? dah mengandung ke?” Lepastu Aisyah macam “Boleh sabar tak” hahaha… Waktu tu memang stress sebab orang asyik tanya je. Tapi bila kita dah ada anak, Aisyah mula fikir yang orang sekeliling taya bukan sebab nak jatuhkan kita, tapi dia tak ada topik nak berbual.”

Bercerita kepada Hos Pa&Ma Gala Moms, Dr Say, Aishah mengakui bukan mudah nak melahirkan anak pertama lebih-lebih lagi tiada pengalaman dan ilmu yang cukup.

“Aisyah first time mommy, masa baby tu keluar. Aisyah tak pandai nak push jadi saya tersilap. Masa proses bersalin, anak asyik keluar masuk, keluar masuk sebab kita tak ada ilmu masa tu. Bila anak keluar tu kepala dia panjang senget ke kanan. Aisyah macam..kejap anak aku ni kenapa ea?”

“Bila dia dah tidur, baring kepala dia dah kembali dalam bentuk asal. So ibu-ibu yang bakal bersalin, bakal daddy belajar lah bagaimana cara untuk kita nak teran bayi dan sememangnya bila anak tu keluar kita sangat-sangat happylah. Sebab Alhamdulillah kita dah ada a new family members. Lepas ni kita dah kena lain, dah ada tanggungjawab yang lebih besar. Best sangat bila kita tengok anak kita first time masa dia keluar tu memang sangat terharulah.”

Peranan suami sangat penting dalam menjaga emosi dan fizikal isteri ketika tempoh berpantang dan Aisyah mengakui suamilah orang yang paling banyak membantu ketika dia berpantang.

“Syukur sangat suami Aisyah, Alif sangat-sangat memahami lagipun dia ada pengalaman dalam menjaga anak buah dia. Waktu Aisyah berpantang tu, waktu malam tu kebanyakkan memang suami yang bangun dodoikan anak, bagi susu. Kalau anak banyak nangis Alif yang akan jaga, Aisyah cuma relaks je.”

“Masa mengandung pulak, cerita pengalaman masa mengandung.. memang Aisyah ada muntah yang teruk sampai dia menekan-nekan dalam perut. Sampai muntah hijau kuning tau. Sangat-sangat sakit. Sampai hujung 4 bulan la”

Bila dah ada anak, kita nak yang terbaik untuk anak. Semoga anak Aisyah boleh jadi apa yang dia nak. Aisyah nak biar dia pilih sendiri supaya dia happy dan tenang suatu hari nanti.

Bagi yang terlepas menonton siaran langsung Aisyah Hijanah sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil boleh saksikan video di atas.

__________________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Published by
NuFa