Setelah 4 tahun menunggu, anakanda tercinta kini didepan mata. Che Puan Sarimah kini menjadi menjadi ibu kepada seorang puteri.
Sarimah yang mendirikan rumah tangga dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 berkongsi berita mengenai kelahiran anak sulungnya itu melalui Instagram selepas 12 jam melahirkan. Sekeping foto comel puterinya dimuatnaik.
Setelah melalui proses bersalin, pelakon dan pengacara ini memanjatkan kesyukuran kerana selamat menyambut kehadiran cahaya mata pada sebelah pagi 19 Julai 2019.
Menerusi kemaskini Instagram, Sarimah juga mengumumkan nama puterinya iaitu YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin yang membawa maksud kecantikan dan kejayaan.
Manakala nama tengahnya Najihah diambil bersempena dengan nama YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, nenda kepada suaminya. Kata Sarimah, Tunku Sofia Najihah sangat mirip dengan suaminya.
Si comel ini walaupun walau pun baru 12 jam lahir sudah pun membuka mata dan mula melihat di sekeliling. Kehadiran YM Tunku Sofia Najihah disifatkannya sebagai hadiah yang terindah daripada Allah.
Sarimah juga memaklumkan yang dia memerlukan rehat selepas bersalin dan akan terus berkongsi dengan semua tentang berita gembira ini.
Sebelum ini Che Puan Sarimah juga berkongsi tentang proses bersalinnya.
Semasa hamil anak sulungnya ini, Sarimah rupanya hanya mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10.3kg sahaja. Debaran menghadapi kelahiran juga turut dirasai ibu ini.
Berita kehamilannya diumumkan pada Februari lalu ketika usia kandungan 18 minggu.
Para follower turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Sarimah dan puterinya.
Sumber: sarimahibrahim