“Empat tahun kami tunggu kehadiran bayi lelaki, namun pemergiannya yang mengejut sangat menyakitkan,” kongsi ibu bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia ketika tidur di rumah pengasuh, dua hari lalu.
Normariana Bachok, 34, berkata, dia tidak menyangka panggilan telefon daripada pengasuh anaknya, Najmi Mifzal Muhammad Fizree membawa berita duka yang akan menghantui hidup buat selamanya.
Hanya baju dan bantal pengubat rindu
Katanya, dia terpaksa mencium pakaian dan bantal anak bongsu itu bagi meredakan kesedihan.
“Pagi Rabu lalu saya dan suami (Muhammad Fizree Azani, 32) menghantar Najmi ke rumah pengasuhnya di Taman Universiti seperti biasa.
“Kira-kira 3 petang, pengasuh menghubungi saya memaklumkan Najmi tiada reaksi dan badannya sejuk, sebelum saya dan suami bergegas ke rumah itu.
“Setibanya di sana, saya dapati Najmi sudah kebiruan. Saya menepuk dan memeluknya tapi dapat rasakan yang dia sudah tiada lagi, ” katanya yang menangis teresak-esak menceritakan semua kejadian itu.
Ads
Dia yang ditemui di rumahnya di Johor Bahru berkata, pengasuh anaknya turut ralat dan menyalahkan dirinya kerana tragedi yang berlaku.
Pengasuh tidurkan anak dalam keadaan meniarap
Normariana berkata, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa dan reda dengan ketentuan itu walaupun berat untuk menanggungnya.
Ads
“Pengasuh memaklumkan menidurkan anak saya dalam keadaan meniarap kerana katanya bayi saya tidur lebih nyenyak dalam keadaan begitu dan meminta maaf jika itu menjadi asbab kematian Najmi,” katanya.
Reda terima takdir Allah walaupun perit
Sementara itu, Muhammad Fizree menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar kematian bayinya.
“Kami terima ketentuan Allah walaupun pedih rasanya. Pengasuh berkenaan pun pernah mengasuh anak sulung dan kedua kami, (Nayla Medina, 5, dan Nadeera Mikayla, 2) tanpa masalah sebelum ini, selain bayi lain.
Anak sulung pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin ini memang lain macam bijaknya. Ada sahaja keletahnya di Instagram yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Rupanya si kecil, Afeeq Anaqi tidak kekok berada di dapur dan memasak menu kegemarannya biarpun usianya baru lima tahun.
Menerusi perkongsian Amyra di Instagramnya, anak sulungnya itu kelaparan dan mahu makan mi, lantas terus membuat permintaan untuk masak sendiri sampil dipantau ibunya.
“Masyaallah dia buat lagi. Pukul 10:45pm masuk dapur cakap “I NAK MASAK NOODLE! “ Kita ingat dia nak tido dah.
“Baru je balik holiday anakku, barang basah pun tak ada nak masak betul-betul. Xpe la, asalkan ada rasa cukup lah. Alhamdulillah,” tulis Amyra di Instagramnya.
Menariknya, aksi Anaqi ketika memasak di dapur tidak kekok malah cukup berani memegang peralatan memasak untuk memasak.
Walau hanya memasak menu simple, kue tiaw goreng namun nampak cukup berselera dan habis licin sepinggan.
Paling menarik pastinya telatah comel Anaqi yang bimbang badannya gemuk sebaik sahaja habis menjamah kuetiaw sepinggan. Malah anak kecil itu terus sahaja melakukan senaman. Memang comel!
“Pastu lepas makan dia kata badan dia dah gemuk.. then terus exercise,” kongsinya lagi.
Telatah lucu anak sulung pasangan ini turut mendapat perhatian para pengikut Amyra di Instagramnya.
Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.
(Followers Pa&Ma dapatkan barangan dengan harga murah di SINI)
Tidak mengapa. Berikut disenaraikan 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
Kesan kepada anak
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga. Anak-anak hanya mahukan ibu ayah yang gembira, bukan sempurna. Kerana keluarga yang sempurna itu tidak wujud.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dato’ Mohamad Fadzilah Kamsah (DMFK) kata, kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik-baik kat anak. Walau anak tengah buat perangai, walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat-sangat.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Ezzaty Suffian mengenai apa yang kita cakap itu akan mencorakkan diri anak bila mereka besar nanti memang betul.
Cakap yang baik-baik itu doa buat untuk anak.
Fakta sains pulak cerita, setiap apa yang kita sebut pada telinga anak, akan sampai kepada otak dia. Setiap ayat sama yang kita ulang dan ulang banyak kali itulah yang akan disimpan dalam minda bawah sedar anak (subconcious mind).
Dan ianya akan menjadi KEKAL hingga dewasa.
Penting sangat kita jaga subconcious mind anak sebab fungsi minda separa sedar ini adalah untuk : pegang apa yang anak percaya (store their beliefs), simpan memori dan pengalaman hidup.
Nak tahu siapa anak kita pada usia 18 tahun nanti? Kena tengok apa yang kita percaya dan selalu sebut kat anak pada masa sekarang.
Kalau kita selalu sebut : bagus fayyadh, fayyadh boleh buat, fayyadh anak yang hebat, fayyadh anak yang pandai, fayyadh anak yang sabar, fayyadh anak yang suka dengar nasihat ummi, fayyadh anak yang berdikari.
InShaaAllah itulah yang akan fayyadh jadi 18 tahun lagi.
Kata-kata yang baik ini kita namakan dia sebagai affirmation. Perlu diulang cakap setiap hari supaya dia dapat masuk dan melekat terus dalam minda bawah sedar anak. Yang boleh buatkan otak anak percaya itulah dirinya dan finally akan membuahkan kenyataan.
Kenapa? Sebabnya, minda anak kita tengah kosong waktu ini (dari usia baru lahir hingga 6 tahun). So, yang hubungkan sel-sel otak anak adalah segala experience (pengalaman) yang dia lalui setiap hari.
Experience tu termasuklah apa yang dia nampak, dengar, sentuh, bau, rasa. So, apa yang dia dengar itulah mostly apa yang keluar dari mulut kita ibu ayah dia kan?
Tambah lagi 1 fakta : otak anak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun berada pada gelombang theta dan alpha. Gelombang otak yang tenang tapi sangatttt tajam.
2 gelombang ini adalah gelombang power yang buatkan anak kita bersedia untuk belajar macam-macam. Whatever yang kita cakap, nasihat, marah dan sebut pada anak, diorang akan terimanya sebagai 1 pelajaran baru dan betul (walaupun kita cakap/ajar benda yang salah). Dan maklumat itu akan terus dihantar ke subconcious mind anak.
Memang betul. Kita yang corakkan kepercayaan dan keperibadian anak-anak. Jati diri anak-anak pun ya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya.
Nak atau tak, kita perlu selalu cuba untuk maintain positif, perlu buat latihan cakap perkara yang baik-baik kat anak, perlu selalu rasional dan jaga kata-kata yang keluar dari mulut kita supaya tak melampaui batas.