Bila disahkan hamil, automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita. Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga waktu nak bersalin.

Setiap orang pengalaman mengandung dan melahirkan berbeza. Sebab itu pentingnya kena jaga pemakanan dan kesihatan sewaktu hamil. Kesihatan yang baik dan emosi positif memberi kesan yang mudah untuk bersalin secara senang dan tenang.

4 Tip Pastikan Proses Bersalin Senang Dan Tenang. Paling Penting Kurang Sakit Masa Contraction

Berikut ada 4 tip yang boleh diamalkan:

IKLAN

Pertama:
Penting ambil makanan yang sihat, makan makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Elak makanan yang diproses kerana di dalamnya mengandungi pengawet pewarna perasa yang melemahkan imun badan. Mengandung bukan tiket nak makan segala, craving all the time. Boleh amalkan green juice dari sayuran hijau dan jus buah-buahan segar. Organik lebih baik tapi kalau semua organik boleh kanser poket kita. So tak organik pun ok beli local punya, rendam dengan cuka epal/cuka kurma cuka tiruan pun boleh sebab dalam cuka ada probiotik yang membantu menyingkirkan racun. Elak sayuran dari China kerana isu tanah bertoksik dan begitu juga USA yang banyak GMO.

Kalau takde cuka guna baking soda dicampur air suam pun boleh. ,Pilih ulam-ulam lagi sedap. Kena ingat, apa yang ibu mengandung makan sekarang memberi kesan kepada tiga generasi akan datang, epigenetics. Kita nak jaga kesihatan keturunan kita kan.

Kedua:
Bergerak aktif penting. Alahan diawal pregnant antara tanda kekurangan magnesium. Kita ni selalu fokus tentang kalsium tetapi selalu lupa tentang mineral penting ni. Ini hasil pembacaan . Alahan, kita tahu itu perkara biasa. jadi, kalau alahan pun kena usaha untuk bergerak, cuba dapatkan cahaya matahari vitamin D natural tu bagus sangat untuk kita. Banyak bergerak bantu pengaliran darah berjalan baik dan kita juga dapat refreshment kan. Dihujung kehamilan lagi aktif. Menggolek gym ball, squat, turun naik tangga abaikan lift.

IKLAN

4 Tip Pastikan Proses Bersalin Senang Dan Tenang. Paling Penting Kurang Sakit Masa Contraction

Ketiga:
Ceria emosi. Ini memang penting. Wanita ni ada beribu-ribu emosi sebab kita ada banyak hormon yang macam-macam tindak balasnya. Ini adakala paling susah nak buat kadang-kadang sendu sendirianlah jawabnya tapi jangan biarkan berlarutan. Belajar untuk jangan fikir perkara diluar kawalan, breath and let it go. Bila tenang, hormon oksitosin pun dirembes dengan baik. Uterus pun seronok melayan contraction. Baby pun tenang, dapat oksigen dengan baik mudahlah baby keluar.

IKLAN

Keempat:
Yakin sampai masa baby nak keluar, ia akan keluar sendiri. Enjoy layan surge sambil membayangkan betapa seronok nak jumpa baby. Bila seronok, contraction yang memulas membelit ruang perut yang dirasa masa 1st time bersalin dulu, hanyalah mild saja. Faham fisiologi melahirkan itu penting. Bila ibu stres, melayan macam-macam emosi yang tidak sihat, hormon kortisol pun meninggi. Badan melawan ombak contraction dengan keras maka stres lah badan ibu. Baby dalam perut pun stres macam mana baby nak keluar dengan baik. Macam mana uri nak sama-sama keluar ikut baby keluar bila sama-sama stres. Baby ni Allah jadikan sampai masa ia akan keluar sendiri.

Alhamdulillah. Senang dan tenang melahirkan, atas usaha sungguh-sungguh dan izinNya.

Sumber: Ziela Juzaila

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI